Wednesday 15 February 2017

Tips Mengeringkan Pakaian Dengan Mesin Pengering

Tips Mengeringkan Pakaian Dengan Mesin Pengering | Assalamualaikum w.b.t.. Mesti ramai di sini ada pengalaman menggunakan mesin pengering kan samada di rumah sendiri atau di dobi layan diri.. Pernah berlaku tak, bila dah guna high / hot temperature pun masih ada yang tak kering kan.. Tapi sebelum baca Tips Mengeringkan Pakaian Dengan Mesin Pengering ni, pertama sekali kena pastikan kain yang dimasukkan dalam mesin pengering tu tidak melebihi limit sepatutnya dan jangan la masukkan pakaian yang basah yang belum spin tu.. Haha..

Panduan Mengeringkan Pakaian Dengan Mesin Pengering
Tips Mengeringkan Pakaian Dengan Mesin Pengering
  1. Untuk proses pengeringan, asingkan pakaian yang jenis cepat kering dan pakaian jenis sintetik ringan untuk dikeringkan bersama daripada pakaian tebal seperti tuala mandi atau seluar yang memerlukan masa yang lama untuk di keringkan.. (Layan Diri / Personal)
  2. Jangan penuhkan mesin pengering dengan muatan baju basah yang telalu banyak.. Ini boleh menyebabkan mesin pengering tidak berfungsi atau tidak bergerak.. (Layan Diri / Personal)
  3. Jangan keringkan terlalu lama.. Keluarkan pakaian yg sudah kering untuk memudahkan kerja-kerja lipatan nanti.. Dan jangan bazirkan tenanga elektrik atau gas semasa proses pengeringan.. Jika mesin pengering anda mempunyai set masa, pastikan masa yang betul untuk proses pengeringan bagi mengelakkan pembaziran tenaga.. (Personal)
  4. Jangan menambah pakaian yg masih basah semasa proses pengeringan berjalan di dalam mesin pengering.. (Layan Diri / Personal)
  5. Keringkan pakaian anda secara berturut-turut, bagi menjimatkan masa sementara mesin pengering masih dalam keadaan hangat / panas.. (Personal)
  6. Periksa atau pusingkan dryer secara manual selepas proses pengeringan siap dan berhenti bg memastikan tiada yg tertinggal seperti stoking atau pakaian kecil.. (Personal)
  7. Bersihkan mesin pengering selepas setiap kegunaan. Sentiasa servis atau buang habuk pada penapis mesin pengering untuk mengelak pengering tersumbat dan tidak panas utk keringkan baju..(Personal)
  8. Akhir sekali, lipat pakaian yang telah kering dan sembur dengan pewangi fabric Sinar Habib Dobi.. Untuk dapatkan aroma wangi sepanjang masa pada pakaian simpan baju yang telah dilipat didalam almari yg bertutup.. (Personal)
Ok tak Tips Mengeringkan Pakaian Dengan Mesin Pengering tu? Dan satu lagi, kalau guna mesin layan diri, elakkan main masuk ke semua pakaian dalam mesin.. Beri sedikit masa untuk leraikan baju-baju atau seluar yang berlipat atau 'berpeluk' antara satu sama lain supaya haba panas tu serap rata oleh semua kain ok..

.

Kunjungi Sinar Habib Dobi di Tanah Merah, Kelantan (Tepi Masjid Tepi Sungai) untuk kami membantu anda dengan perkhidmatan dobi yang terbaik dari kami atau hubungi +60139987280.. Selain perkhidmatan dobi, ada banyak lagi perkhidmatan lain contohnya mengeringkan pakaian sahaja, basuh toto / comforter, basuhan tangan, cucian kering, sterika pakaian, jual sabun, pewangi dan lain-lain.. Boleh call atau whatsapp No. +60139987280 untuk pertanyaan lanjut..



Dexandra Perfume juga boleh didapati di Sinar Habib Dobi ini.. Senang.. Ready stock ada di situ.. Tester pun ada.. Boleh test banyak bau dulu sebelum beli.. Harga memang berpatutan.. Boleh bawa solat, senang nak bawa travel.. Alhamdulillah.. Untuk pertanyaan pasal Dexandra Perfume, boleh whatsapp +60179773382 dan +60139987280.. Ok! #AgentDropshipJugaDiperlukan

#Semoga Tips Mengeringkan Pakaian Dengan Mesin Pengering akan berguna kepada semua.. Insyaallah..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.