Tuesday 14 February 2017

99 Kata-Kata #QALIFMODEN Fattah Amin

99 Kata-Kata #QALIFMODEN Fattah Amin | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam memang tak online sangat sebab ada urusan penting ke Kuala Terengganu.. Masa petang on the way balik ke Kota Bharu, buka Facebook kejap dan tengok kenyataan pada Sharnazz Ahmad yang berang pada seorang artis.. Hal apa lak ni.. Lepas baca, ada juga mention pasal artis tulis buku, buat single.. Errrmmmm.. Macam ditujukan pada Fattah Amin.. Ada lak cerita kakak Neelofa, Nabila, sebut-sebut pasal Fattah Amin.. Macam menarik.. Terus la baca dan cari berita lain..

99 Kata-Kata #QALIFMODEN Fattah Amin
99 Kata-Kata #QALIFMODEN Fattah Amin

Rupa-rupa dan viral satu Malaysia tentang Fattah Amin tulis buku.. Tajuk : 99 Kata-Kata #QALIFMODEN.. Semua netizen tu berkata-kata.. Samada mereka amatur mahupun yang memang mempunyai pengalaman dalam penulisan.. Eraz sendiri baca tu, biar betul kan.. Melalui kata-kata yang ditulis di twitter katanya, terhasillah sebuah buku.. Antara kata-kata? Korang boleh baca kereta di bawah ni :


Korang rasa? Ayat macam tu ok ke? Hehe.. Mungkin sekarang rezeki dia dapat terbitkan buku.. Ya la, sepatutnya ramai lagi yang sepatutnya mendapat peluang menulis sebuah buku yang berkualiti.. Tetapi mungkin rezeki Fattah Amin tengah meletop letop sekarang, terus ada orang offer.. Harapnya lepas ni, ada yang akan memberi lepas peluang kepada penulis Malaysia yang berbakat untuk pasarkan idea mereka..

By the way, dengan terjadinya viral kes ini, as usual, ini akan menjadi satu bentuk pemasaran buat produksi buku dan Fattah Amin sendiri.. Tak mustahil jualan buku tu melonjak-lonjak nanti.. Dah dapat banyak untung.. Betul tak? Ya la, dari yang tak tahu macam Eraz semalam, terus dapat tahu.. Dah satu Malaysia kot tahu ni.. 

Pemasaran macam ni sangat sangat penting buat mereka sebenarnya.. Mungkin jika ada buku yang berkualiti, tapi pemasaran takde atau kurang menjadi, sah-sah tak de orang tahu akan kewujudan buku berkenaan kan.. So?!

8 comments:

  1. owh, yang ni puncanya ramai buat status pasal kelakar kan tu...

    ReplyDelete
  2. kadang2 the power of viral ni membantu bisnes kita.. hehe

    ReplyDelete
  3. kalau dah viral dan ramai org kutuk tapi sales boom! hehe. rezeki fattah amin kan..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.