Assalamualaikum w.b.t.. Kalau bercakap hal tukar kad atm baru di bank sekarang ni, boleh kata orang akan member jawapan yang sama je.. Orang ramai giler.. Kena tunggu berjam-jam.. Itu ok, ini tak ok.. Semua hal la ada.. Betul tak? Kalau tak diri sendiri yang alami, mesti ahli keluarga atau kawan-kawan yang alami.. Lain bank, lain caranya.. Kalau sama bank pun, kalau berlainan cawangan, lain caranya juga untuk urusan pertukaran kad atm baru ni..
Pertama sekali memang nak ucap tahniah kepada Maybank sebab adakan cara pertukaran kad secara online.. Ada yang berbayar, ada yang tak kan.. Yang berbayar tu semestinya ada request la kan macam contoh nak guna gambar sendiri.. Kalau tukar biasa, free je kan.. Tak kisah la ambil masa sikit untuk dapat, janji tak perlu bersesak di bank dan ambil masa yang lama.. Kiosk pun mereka perkenalkan lepas tu kan.. Walaupun ada la dengar juga ada beberapa masalah, tapi tak pe la, at least ada kemudahan yang memudahkan pelanggan..
Gambar di atas tu Eraz snap di CIMB.. Itu di CIMB cawangan Wakaf Che Yeh Kelantan.. Eraz pernah ke CIMB cawangan KuBang Kerian, walaupun ramai orang, tetapi sedikit sistematik sebab mereka berikan no. giliran dan kita boleh agak no. giliran kita tu lambat lagi atau tak lama dah.. So kalau lambat giler lagi, boleh la buat kerja lain dulu kan.. Tapi berbeza di cawangan Wakaf Che Yeh.. Mereka tak menggunakan no. giliran.. Isi form dan submit di meja staf yang incharge..
Satu staf sahaja yang uruskan dan memanggil nama secara manual juga.. Ada yang datang pada pukul 9.30 pagi lagi tak dapat ke mana kerana risau nama terlepas dan tak boleh nak agak adakah nama dia akan dipanggil dalam masa terdekat.. Pelik kan sistem mereka.. At least, kalau no. beratus pun, kalau kita tahu no. kita lambat lagi, boleh la minum-minum dulu ke atau buat la apa-apa..
Ini lihatlah hasilnya, pelanggan berdiri disekeliling meja staf berkenaan sampai menunggu nama.. Kalau berdiri sampai 3 jam pun, 3 jam la jawabnya.. Hehe..
Yes, memang mungkin salah pelanggan sebab membuat keputusan nak tukar kad tu last minute.. Tapi kalau sistem tu sistematik, ok je rasanya.. Apa-apa pun, lepas ni, kalau berlaku macam ni lagi, mungkin boleh elakkan kejadian last minute dan memilih bank yang menggunakan cara sistematik..
BTW, kalau boleh pihak bank elakkan berlaku tidak adil.. Contohnya kalau ada kawan yang pergi nak tukar kad, buatkan dulu walaupun dia baru datang.. Itu tidak adil.. Ada kes, kawan datang, staf di kaunter tolong buatkan walaupun sebenarnya bukan tugas dia.. Kalau nak tolong, tolong la yang lain juga yang mana mereka dah berdiri selama berjam-jam.. Orang kurang upaya, orang tua, wanita mengandung, berilah laluan istimewa..
#Sekadar pandangan
cik nor ada 1 kad lagi xtukar..haha..dah g ramai orang xjadi nak buat :)
ReplyDeleteBetul2 skrg ni bank penuh nak tukar kad. Nasib maybank boleh tukar melalui maybank2u.
ReplyDelete