Klik! Pengantin Musim Salju | Assalamualaikum w.b.t.. Novel Klik! Pengantin Musim Salju bakal dijadikan drama.. Mungkin peminat novel ramai yang dah baca novel ni.. Tapi berita ni Eraz dapat di page Dia Semanis Honey yang mengumpulkan peminat Alif Satar dan Siti Nordiana.. So bila ada drama selepas Dia Semanis Honey yang popular bang bom bang tu, lagi-lagi gandingan sekali lagi Alif dan Nana, memang mereka teruja la kan..
So entri khas untuk mereka.. Mendapat info dari kenyataan Alif, "Pasukan sama (Produksi Dia Semanis Honey) sekali lagi terlibat dalam pengambaran drama berjudul Pengantin Musim Salju.. Sekali lagi saya bekerjasama dengan Siti Nordiana dan barisan pelakon lain..".. Michael Ang juga pernah membarikan satu kenyataan bahawa Siti Nordiana bakal ke lokasi pengambaran tahun depan.. So pada yang ingin tahu serba sedikit tentang dari Klik! Pengantin Musim Salju, boleh baca di bawah :
Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.
Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.
Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.
Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?
So tunggukan tayangan drama ni nanti walaupun masih belum mula pengambaran.. Adios!
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.