Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya perkara ni merupakan perkara biasa yang berlaku kepada semua ibu bapa dalam proses membesarkan anak-anak.. Bermula dari anak pertama, kedua dan mungkin seterusnya sehingga semua anak-anak dah besar.. Dan semestinya dalam membesarkan anak-anak, perangai dan tingkahlaku mereka semua adalah berlainan.. Setuju atau tidak.. Hari ni Eraz nak cerita kisah sendiri pulak! Mesti akan ada sama dengan yang lain dan mesti juga akan ada bezanya kan.. First!
Firstly, ketika korang suami isteri atau mungkin sorang-sorang keluar nak beli barang ala-ala shopping kecil-kecilan atau besar-besaran.. Kalau korang bawa anak terutama yang kecil.. Terutama lagi yang macam Adam yang sangat aktif dan suka ke hulur hilir, niat asal nak pilih barang secara berhemah memang akan bertukar menjadi pilih barang dengan cepat.. Haha.. Betul tak? Selebihnya masa digunakan untuk menjaga anak itu daripada membuat sepah atau ambil barang itu barang ini..
Gambar ni Eraz snap masa ke Kaison di Aeon Mall Kota Bharu.. Masa ni kami keluar berempat termasuk wife dan Zara.. Disebabkan Adam nak jalan-jalan, semasa wife dan Zara menunggu makanan sampai, Eraz bawa Adam jalan-jalan di sekitar dan sampai lah ke Kaison.. Kebetulan dalam kepala nak beli satu barang.. Masa sampai tu, dukung la dulu sebab nak pilih barang kan.. Tapi bila dan nampak macam barang, mula la dia pun nak turun.. So bila dia dah turun, Adam mulakan la tugas nya sementara di situ.. Cuba semak barang, susun barang dan lain-lain..
Nasib baik lah dah set nak beli barang apa dan dah nampak awal-awal apa yang sesuai.. So terus grab lepas lama kat situ.. Kalau dibiarkan, memang satu Kaison la Adam merantau.. Itu pun tertinggal nak belon untuk Zara.. Apa-apa pun, budak-budak sebesar Adam ni memang sangat aktif dan kami ambil benda tu secara positif.. Dalam perkembangan nak membesar la tu.. Cuma kami lah yang kena lebih bersabar.. Itu belum cerita di restoren..
tu la..kalau Fariza dah besar agaknya macm ni jugak la..budak kan suka tengok barang2
ReplyDeleteHaah so true...memang kena banyak beesabar....even ammara yang dok dlm kendong ni pon x duduk diam...pusing sana sini semata mata nak tengok barangan dalam kedai...adoiiii....
ReplyDelete