Assalamualaikum w.b.t.. Selepas 6 hari Adam tak pergi nursery sebab demam dan ulser mulut, hari ni Adam terpaksa kembali ke nursery.. Pada mulanya sepatutnya semalam Adam dah perlu ke nursery, tetapi bila tengok keadaan dia baru nak ok, baru nak mula minum susu botol semula, so semalam, Papa ambil cuti jaga.. Jumaat Sabtu takpe hujung minggu Mama jaga.. Ahad, Papa cuti, so Papa jaga.. Isnin, Mama pula EL.. Selasa, Papa ambil turn..
Macam tu la kalau kedua-dua parents bekerja.. Kena la bertolak ansur cuti untuk menjaga anak yang tak sihat.. Tak kan nak suruh Mama je cuti.. Dia pun kerja makan gaji kan.. Juga tak kan nak suruh Papa je cuti.. Papa pun ada kerja dan makan gaji juga.. Tapi alhamdulillah, lepas berbincang apa semua, kami mampu bergilir demi anak.. So semalam nampak better dari sebelum ni.. So hari pagi-pagi dah bangun ke nursery..
( Gambar ni Eraz snap masa malam pertama dia kena ulser dan merengek sebab tak dapat nak hisap susu.. Bawa ke ruang dia biasa main, tak menangis.. Tapi bersengkang mata juga.. Takpe, demi anak.. )
Sekarang ni sangat risau kalau kat nursery kot-kot ada jangkitan Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) kan.. Sebab tu la nampak demam sikit je, terus hold tak pergi nursery bagi ulser tu ok dan tengok tanda-tanda di kaki tangan semua ok dulu.. Alhamdulillah setakat semalam, takde tanda-tanda apa-apa di kaki dan tangan dan ulser pun dah takde..
Ulser tu mainkan peranan kami tengok kesian giler kat Adam.. Dia biasa minum susu banyak, alih-alih ulser yang buat dia sakit bila nak masukkan puting botol susu dalam mulut.. Bila dah tak tahan sangat, baru la dia minum.. So kami terpaksa gunakan cawan untuk bagi dia minum susu.. Makan pun sama.. Adam yang jenis kuat makan, so bila ulser, memang dia tak nak..
Badan yang sado tu dah kurang sadonya sekarang.. Mana Mama Papa tak risau dan sedih kan.. Tanye kakak nursery tadi keadaan Adam macamana.. Alhamdulillah.. Dia hisap susu macam biasa dan tidur baik-baik.. So tak de la risau sangat.. Cuma harap, penyakit dan demam tu tak dapat balik..
kesiannya dia kena ulser,
ReplyDeletealhamdulillah dh ok skang,
kembali sado le lepas ni.
Haah.. 1st time kena tu.. Kami tengok pun kesian..
Deletesakit tu kena ulser.. mikhail pernah kena, sampai kami bawak dia ke kecemasan sebab tak minum dan makan 1 hari ...risau
ReplyDeleteItu la pasal.. Kalau kite kena pun tak lalu makan kan..
DeleteHaah kan.. Kite pon selalu bergilir dgn husband kalau anak sakit sampai berhari2
ReplyDeleteDemi anak anak.. :)
Deletesemoga cepat sembuh
ReplyDeleteAmin..
Deletehi selamat hari raya.. done follow u, follow me back ;)
ReplyDeletesemoga cepat sihat ye adam ..
ReplyDeleteorg tua kene ulser pn seksa..ni kan budak2...kesian
ReplyDeleteJom tgk kat sini.. Raver Si Sotong Vs Hipster Bermisai Lentik
get well soon ya adam...
ReplyDeletepstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #24. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2016/07/senarai-url-blog-24.html
pemenang akan diumumkan pada 1.35 petang 26 Julai 2016