Assalamualaikum w.b.t.. Masa menunggu lampu hijau di traffic light tadi, sempat buka facebook dan nampak satu berita dari Harian Metro.. Tajuk? 'Lelaki Berbogel Minta Singa Baham'.. Menarik kan tajuk.. Sedia maklum Harian Metro.. Mereka ni selalu bermain dengan keyword tajuk berita supaya menjadi panas dan tarik ramai pembaca.. Tapi apa yang buat Eraz baca berita tu sebab dalam komen ternampak ada orang komen yang tak pasal-pasal dua ekor singa mati ditembak kerana nak selamatkan lelaki yang cuba nak bunuh diri tu..
Kisah benar ni berlaku di Santiago ya, bukan di China atau Malaysia.. Sinopsisnya : Seorang lelaki telah masuk ke dalam kandang singa di sebuah zoo dan dipercayai mahu membunuh diri dia sekarang berada dalam keadaan kritikal selepas diserang singar serta terkena tembakan ubat pelali oleh petugas zoo.. Lelaki berkenaan dikatakan membuka pakaiannya dan mengacah haiwan terbabit supaya menyerangnya..
Pekerja zoo terlebih dahulu cuba menembak ubat pelali kepada singa supaya tidak bertindak liar.. Tetapi bila masa nampak singa berkenaan mahu menerkam lelaki itu, mereka terpaksa melepaskan tembakan peluru hidup lalu membunuh dua singa.. Akhirnya lelaki itu, cedera di punggung dan kepala akibat serangan singa serta akibat terlebih dos ubat pelali.. Polis juga menemui nota bersama lelaki itu dipercayai nota membunuh diri..
Ok! Itu sinopsis atau sebenarnya boleh kata cerita penuh la kot.. Sekali fikir, kesian pula pada dia ekor singa tu sebab disebab lelaki yang hilang akal berfikir pada masa itu untuk membunuh, singa yang memang nampak manusia tu bahan makanan dan menyerah diri, mati kena tembak.. Tapi tak salah juga kepada pekerja zoo yang mulanya dah cuba hanya tembak ubat pelali tetapi nampak singa makin ganas, terpaksa la menembak dengan peluru hidup kan.. Asal cerita, kalau la lelaki itu tidak cuba untuk menyerah diri kepada singa, semua ni tak akan berlaku.. The End..
it is either nak biar lelaki itu hidup atau singa itu hidup. choice been made, lelaki itu hidup.
ReplyDelete