Friday 15 April 2016

"Rumah Aku Je Blackout?"

Assalamualaikum w.b.t.. Jika petang semalam, kami diduga dengan kereta wife yang rosak.. Tapi Allah permudahkan cara dengan takdirkan wife dan anak-anak drive bertentang dengan arus asal iaitu selalunya balik terus ke rumah, tapi semalam, tiba-tiba ke office Eraz.. Dan kereta tu ditakdirkan nampak kerosakan di depan office Eraz sebab wife bertolak balik ke rumah semula.. Alhamdulillah dah selesai kes tu walaupun kereta masih di workshop.. Rujuk entri INI..

Malamnya pula, tiba-tibe black out.. Masa tu kebetulan Adam Fitri bangun nak susu.. Lepas tu settle bancuh susu dan bagi pada Adam, black out! Tak de guruh or kilat tapi hujan la sikit-sikit.. Dalam hati kata mungkin satu kawasan taman kot.. Tapi bila buka pintu tengok, depan rumah ada sekolah.. Sekolah tu ada elektrik.. Tengok belakang rumah, rumah belakang ada elektrik.. Ok, keluar rumah sekejap sebab nak tengok rumah sebelah..


Rumah sebelah kiri ada elektrik! COnfirm.. Tapi rumah sebelah kanan, macam tak de elektrik.. Tapi tak pasti pula mereka ada ke tak kat rumah.. Selalu mereka jarang ada kat rumah tapi buka lampu di depan.. So dalam fikiran berfikiran, Allah nak uji kami dengan beri sikit dugaan kerosakan di rumah la kot.. Dalam kepala duk fikirkan siapa nak kena panggil esok ni.. Dah la kerja.. Kena cuti ke.. So esok plan panggillah orang yang biasa kan..

Dalam masa yang sama lepas dah check keadaan sekeliling, terus call TNB buat laporan.. Mereka tanya itu ini dan tunggu feedback.. Mereka nak buat semakan.. Selepas 40 minit kot, elektrik masih belum ada.. Anak dah mula gelisah panas.. Zara pula kadang bangun suruh Papa bukakan lampu.. Timbul stress sikit fikir pasal rumah ni sebab kesian tengok anak-anak..


Terus rasa nak decide bawa anak-anak dan isteri ke rumah mertua demi keselesaan mereka.. Then lepas 45 minit kot dari awal tak de elektrik, terus semua cerah balik.. Alhamdulillah.. Tak perlu kami panggil orang pakar elektrik datang esok.. Kerja pun boleh pergi.. Anak-anak isteri pun boleh tidur tenang.. Eraz berjaga sekejap kot-kot berlaku lagi dan mengharapkan orang TNB call semua bertanya atau beritahu apa berlaku.. Tapi tak de..

Yang penting sekarang semua dah ok.. Syukur.. Fikir-fikir sejenak, Allah nak tarik sesuatu tu sekejap je.. Bila-bila masa je.. Tak kira masa.. 

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.