Assalamulaikum w.b.t.. 'Jodoh Plastik'.. Itu antara tajuk utama di Harian Metro hari ni.. Kalau tengok pada tajuk, memang boleh agak, apa yang tersirat dalam artikel berkenaan.. Antara caption yang menarik, Eraz dah snap dan kongsi di Fanpage Facebook Eraz Fadli.. Juga di upload di entri ini.. Sebenarnya perkara macam ni memang dah lama terjadi.. Tapi mungkin ada di kalangan kita yang terfikir, dan ada yang tidak terfikir.. Soal nikah kahwin memang satu perkara yang besar.. Kalau kita boleh elak dari berlakunya perkara yang seperti ini, better elakkan dengan berfikir panjang dan berbincang dengan orang yang berpengalaman.. Di bawah ni antara caption yang menarik :
"Golongan muda sepatutnya perlu mengutamakan faktor utama untuk memperkukuhkan dan mengekalkan sesebuah perkahwinan itu, termasuk pendidikan agama bagi mengelak berlaku konflik dalam rumah tangga mereka." - Dr. Mohammad Shatar Sabran
Ada dikalangan mereka yang tersalah langkah memilih pasangan hidup, selepas seketika berkahwin, perangai salah seorang daripada mereka berubah.. Pada saat berubah, akan rengganglah hubungan suami isteri.. Tanggungjawab? Memang boleh jawab sendiri kan.. Bagi yang kahwin berdasarkan rupa paras yang kacak atau cantik ataupun kaya berharta, suatu hari kalau ditakdirkan mengalami kemerosotan dalam kewangan pasangan, akan berlaku juga kes ditinggalkan kerana tidak tahan hidup susah.. Rupa paras? Bukan kekal selamanya juga kan.. Jawapannya sudah ada..
Insyaallah, bagi yang sudah berkahwin, sama-sama kita doakan agar rumahtangga yang dibina itu akan kekal bahagia hingga ke jannah.. Jika yang masih belum kahwin, pilihlah yang terbaik mengikut perkara yang disyorkan.. Insyaallah..
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.