Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Kedua | Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum lelapkan mata malam ni, try untuk wujudkan satu entri tentang Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Kedua yang berlangsung malam ni, 25 Oktober 2015 (Sabtu).. Dari segi lagu tugasan, memang ada yang best dan memang ada yang kurang best.. Tapi semua bergantung pada penyampaian masing-masing la kan.. Tapi bagi Eraz sendiri, memang ada satu dua penyanyi yang Eraz memang nak dengar sebab nak tahu samada dia boleh bawa atau tidak lagu tu atau best ke tak style penyampaian dia..
Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Kedua ni dimulakan dengan Siti Nordiana yang nyanyi lagi Madah Berhelah dari Ziana Zain.. Dengar je Madah Berhelah, memang dah tahu kekuatan lagu tu.. Ok je Nana ni nyanyi kan.. Tapi terbukti, Dato' Ramli MS kata boleh bagi kredit sebab tak sumbang tapi ada kekurangan sikit dari segi tenaga yang diletakkan untuk lagu tu.. Haiza, pun best dengan lagu Kelmarin nyanyian asal Zur Eda.. Susunan muzik yang berbeza.. Kata Haiza, idea dan cadangan dari Dato' Ramli MS..
Seterusnya Farahdhiya.. Kan dia berikan persembahan yang best last week.. So tertunggu juga dia nak nyanyi kan.. Dah la lagu lelaki iaitu Di Alam Fana Cinta.. Komen Dato' Kathy, Ok cuma perlu berhati-hati semasa bahagian pertama susunan baru lagu berkenaan.. Rasanya macam style acapella tu.. Perlu lebih berhati-hati.. Yang lain-lain juga boleh kata best.. Tak sangka juga Dato' Ramli MS puji nyanyi Acong Sweet Child.. Haha.. Penyingkiran?
Nabil dan Jihan Muse mengumumkan tiada penyingkiran untuk Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Kedua ni.. Kalau ikutkan penyanyi yang last mendapat lagu tugasan untuk Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ketiga ialah Zul Handy Black.. Kalau betul dia tersingkir, semestinya sebab kesilapan dia nyanyi pada permulaan lagu minggu ni.. Apa-apa pun yang best, Nabil dan Jihan tersipu-sipu malu bila dipuji oleh Dato' Ramli MS yang mana dia katakan pelawak seorang yang bijak.. Haha..
Ok, ini Eraz senaraikan lagu tugasan untuk Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ketiga.. Nampaknya makin ramai yang artis lelaki nyanyikan lagi artis wanita dan sebaliknya.. Tugasan yang diberikan pun macam pelik-pelik.. Apa-apa pun, bertanding kan.. Cabaran la tu.. So ini lagunya :
Nassier Wahab - Tanpa Pesan (Dato' M. Daud Kilau)
Ezlynn - Kuda Hitam (Hetty Koes Endang)
Ezad Lazim - Mengerti (KRU)
Azian Mazwan Sapuan - Tak Ada Logika (Agnes Monica)
Nizam Laksama - Tak Seindah Wajah (SM Salim)
Haiza - Istilah Bercinta (Ramli Sarip)
Acong Sweet Child - Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)
Farahdhiya - Joget Siapa Dia (Wann)
Sheeda - Hantu Dan Buaya (Nana Sheme)
Amir Ukay's - Yang Sedang-Sedang Saja (Iwan)
Siti Nordiana - Kasihnya Laila (Jinbara)
Zul Handy Black - Ku Menunggu (Rossa)
Penampilan Khas -
Nabil & Jihan Muse - Zapin Usik Mengusik (Senario)
#Apa pendapat korang tentang Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Kedua?
#Apa pendapat korang tentang Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Kedua?
Gegar Vaganza musim kedua lebih gempak!! Semua penyanyinya best-best belaka. Tak tahu nak pilih yang mana.. Wlpun Dato MS kata pada lagu Nana ada kekurangan tenaga tapi bagi saya Nana best giler sebab boleh bw lagu dengan baik..cara dia.
ReplyDeletehttp://madey09.blogspot.my/
ReplyDeletememang menarik tiap persembahan artis dah terkenal...suka tengok Nassier dan azian Mazwan..hebat paling suka dengar kritikan Ramli Ms..)
Ini adalah komen peribadi saya terhadap Konsert GV:Minggu Kedua...
ReplyDeleteSiti Nordiana:
Pitching yang bagus. Suaranya lembut untuk menyanyikan lagu yg 'berjiwa' besar ini. Stuju dgn Dato' Ramli, kurang tenaga yang diberikan oleh Siti Nordiana utk lagu ini. keseluruhan, bagus.
Zul HandyBlack:
Ada kekurangan pada nyanyian beliau minggu ini. Nampak kesungguhan untuk membawakan lagu ini dengan cara beliau sendiri, tetapi 'tersadung' beberapa kali dlm beberapa bait melodi.
Sheeda:
Lagu ini adalah berunsur selamat. Santai nyanyian Sheeda walaupun tidak nampak impak x-faktor dlm nyanyian beliau utk lagu ini. Walaupun ada sedikit2 elemen nyanyian dangdut Sheeda ketika menyanyi lagu ini, bg sy, itu tidak menjadi masalah.
Haiza:
Arrangement lagu yang sungguh Sepanyol. Rentak yg lebih perlahan. Haiza membuat persembahan yang bagus utk lagu ini. Tetapi dalam aspek nyanyian, pitching ok, tetapi walaupun lagu ini telah bersifat lembut, sebaiknya Haiza harus memberi 'bentakan' pada nyanyian beliau. Sedikit meleweh2 nyanyiannya utk lagu yg bersifat tegas ini.
Achong SweetChild:
Lagu ini adalah makanan beliau. Acong menyanyikan dengan baik lagu ini walaupun pada separuh lagu yg terakhir, sudah kelihatan suaranya menggoyah. Biasalah tu, faktor usia dan perut pun dah ke depan kan. Tetapi beliau mengawalnya dengan baik sekali sehingga akhir nyanyian. Bagus.
Faradhiya:
Pada saya, tiada masalah utk beliau improvise pada awalan lagu. cuma mungkin key-nya antara nyanyian tanpa muzik sehingga nyanyiannya dengan muzik sedikit lari. Nyanyiannya bagus, tetapi masih tiada impak x-faktor dalam nyanyian beliau utk lagu ini.
Ezlynn:
Nyanyiannya lebih bersahaja dan penuh senyuman sepanjang lagu. Tetapi jiwa tidak dapat mengisi pada halwa telinga saya melalui nyanyian beliau untuk lagu ini. Walaubagaimanapun, cubaan yg baik sbb ini bukan genre beliau.
Amir Ukays:
Lagu ini susah ye. Tinggi. walau agak krepot Amir menyanyikan lagu ini, tapi secara keseluruhannya dia dapat jugak menghabiskan nyanyian ini dengan ok. Tidaklah bagus, sederhana sahaja.
Nassier Wahab:
Ini adalah makanan beliau. Dia menyanyi lagu ini dengan baik sekali. penuh jiwa. pitching yg baik. kawalan vokal yg baik. Nak tengok pulak mcm mn beliau membawakan lagu rock nnt. mungkin itu cabaran bagi beliau. Syabas Nassier Wahab.
Azian Mazwan Safuan:
Pada minggu pertama bila namanya diumumkan utk membawa lagu Fran ini, sy berkata, ini adalah makanan beliau. Azian pasti akan membawa lagu ini dengan cemerlang sekali. Rupanya meleset ramalan sy itu. Beliau menyanyi lagu ini tanpa pengisian jiwa. Lagu Fran yang ini (Aku Hanya Pendatang), perlu lahir dengan jiwa dahulu baru menyusul dengan vokal. nampak mudak tetapi sukar utk menyanyikan lagu ini. Yelah. Azian pun dah lama x menyanyi. Jadi mmg sukar utk membawakan lagu yg perlukan nafas yg pjg ini. Keseluruhan, sederhana nyanyian Azian utk lagu ini.
Ezad Lazim:
Pada minggu pertama, bagi saya beliau adalah yg terbaik. Bukan Faradhiya sepertimana yg ramai org perkatakan (bg sy yer). Utk minggu kedua ini, sama seperti jangkaan saya terhadap Aziam Mazwan Safwan, Ezad kurang x-faktor untuk lagu ini, sedangkan melodi lagu ini adalah makanan beliau. Melalui pengalaman, Ezad dapat mengawal kekurangan itu sehingga selesai nyanyian. keseluruhan, sederhana utk Ezad pd minggu kedua ini.
Nizam Laksamana:
Agak pincang nyanyiannya pada rangkap pertama lagu. Tetapi beliau cuba mengubatinya pada rangkap2 seterusnya sehingga klimaks pada akhir melodi. walaupun beliau tidak menyuntik x-faktor dlm nyanyiannya, tetapi secara keseluruhan, baik.
Top 3 pilihan saya utk GV minggu kedua ini adalah seperti berikut:
1) Nassier Wahab
2) Acong SweetChild
3) Siti Nordiana
Top 3 utk GV minggu pertama adalah seperti berikut:
1) Ezad Lazim
2) Nizam Laksamana
3) Faradhiya