Thursday 29 October 2015

#JejakJepunJihan - Hiroshima Memorial Park

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam sempat tengok program Jejak Jepun Jihan.. Selalunya kalau episod-episod sebelum ni, memang dia happy, lompat situ lompat sini.. Tapi kali ni berlainan.. Episod kali ni bertukar menjadi pilu, sedih dan sewaktu dengan nya.. Ini disebabkan Jihan Muse dan kru telah ke  Hiroshima Memorial Park.. Dengar dari perkataan Hiroshima tu, terlintas terus tempat yang dimusnahkan oleh bom atom suatu ketika dulu.. Ini ayat Jihan di instagram :

"Bangunan yang tersergam tapi nampak macam kurang siap ni adalah satu-satunya bangunan yang tersisa dari ledakan bom atom di Hiroshima.. Pernah dengarkan? Nama tempat ni adalah Hiroshima Memorial Park atau masyarakat dekat sini namakan tempat ini sebagai simbol “Peace City”. Kalau anda semua nak tahu, memang banyak sejarah yang memilukan berlaku, bukan Jihan sorang je terasa pilu masa datang sini, pelancong-pelancong lain pun sama jugak.."



Terasa dalam hati nak terjah Hiroshima Memorial Park kalau berpeluang ke Jepun suatu hari nanti.. Mana tahu kan walaupun sekarang tak de dalam plan hidup lagi.. Paling kesian ialah mana-mana rakyat Jepun yang meninggal serta merta semasa bom atom tu meletus satu hal dan satu hal lagi bila terpaksa hidup dalam kualiti udara dan suasana yang tidak sihat, mereka sakit dan meninggal sejerus selepas tu dengan penuh seksa.. Ada yang meninggal akibat kanser akibat dari radiasi bom berkenaan..

Dalam pada itu juga, dipaparkan bagaimana pakaian anak-anak sekolah yang mana ada koyak rabaknya dan bagaimana keadaan kulit mereka seolah-olah cair.. Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan sebenar masa tu.. Sama-sama kita doakan negara kita dijauhi oleh semua perkara-perkara seperti itu dan aman sampai bila-bila.. Insyaallah.. Amin..

2 comments:

  1. Asalam EFazli..terbaik..selalu tengok Jejak Jihan di Jepun..hebat tul gadis kecil molek ni...pengacara hebat pula tu.Jepun ada 5 hari dekat sana 2014..ada team ke sana..memnag Jepun negara maju terbaik.

    ReplyDelete
  2. teringin juga pergi jepun..tapi belum rezeki..Insha Allah one day XD

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.