Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, plan dengan wife untuk bawak anak jalan-jalan ke pantai, terlaksana.. Wife sampai apply cuti sebab cuti kami kan berbeza.. Mula-mula set nak pergi pada hari Merdeka, tapi terpaksa cancel sebab hari merdeka tu tukar plan balik Machang.. So awalkan sehari iaitu Ahad.. Mesti tak ramai orang sangat.. Plan lagi nak pergi pagi, tapi kesian pulak tengok anak-anak lena tidur.. So tunda ke waktu petang.. Dengan harapan, hari tu tak hujan sebab dah 3 hari tak hujan petang..
Bila tiba hari kejadian, memang wife siap masak sesuatu untuk berkelah dan nampak di langit, macam gelap.. Alahai.. Tapi sebab semua dah siap, kami pergi juga.. Paling best, tak decide awal pun nak pergi pantai mana-mana.. Hari tu baru decide ke Pantai Irama sebab nak elak jalan kiri kanan banyak pokok.. Masa bertolak ok lagi, masa sampai pun ok lagi.. Alhamdulillah, semua terkawal..
Zara yang tak biasa ke pantai, memang dia happy bila sampai.. Bawak ke tepi pantai.. Ok lagi.. Tapi bila suruh bukak selipar, terus tak nak pijak pasir.. Al-maklum la orang tak biasa kan.. Lama pujuk, dan lepas tengok Mama Papa pijak pasir, baru la dia ok.. Lepas tu takut air lak.. Tapi lepas Eraz bawak dia, lepas pada itu ok.. Tapi, bila dah ok tu, dia la paling excited.. Wife tak join sangat main tepi pantai sebab Adam ada sekali.. Kecik lagi kan..
Terus la melayan Zara main ke hulur ke hilir.. Biasa la budak kecik, bila dah syok, asyik la main.. Sampaikan nak ajak naik pun tak sampai hati.. Untuk pertama kali ni dan sebab langit dan gelap, memang tak bagi Zara duduk dalam air.. Mungkin next time, boleh la.. Dah lama tak pergi Pantai Irama ni.. Tapi memang dah banyak berubah..
Pantai memang bersih.. Kemudahan pun banyak.. Masjid dekat.. KFC tersergam di situ.. Gerai makan-makan pun banyak.. Dekat la juga dari kawasan ramai orang kan.. So memang sesuai la bawa anak jalan-jalan ke situ.. Insyaallah lepas ni, memang rancang dengan wife nak bawak anak-anak lagi.. Mungkin kali ni pergi lama sikit dan harapnya tak hujan..
emm.. pengalaman baru bagi Zara. Lepas ni sebut pergi pantai.. mesti dia nak..
ReplyDeleteSebelum pergi tu, memang Eraz dah sebut-sebut pantai.. Mungkin masa tu tahu sebut je.. Dah tahu macamana, sure nak pergi lagi lepas ni.. :)
Deletebest la zara dapat pergi laut.. luaskan pandangan,kembang minda anak2... bagus2
ReplyDeleteBagi pengalaman baru kat dia..
Deletewaaaa.. santai2 bersama family.. seronok :)
ReplyDeleteEntry terkini
1. "Baby Comel"
2. "Job hujung minggu lepas"
Sekali sekala memang kena cari masa.. :)
Deleteanak papaG pun suka kt air skrg ni. pantang masuk air.. Tapi kesina kejap jer dh mengigil kesejukan. padahal nak main lgi..
ReplyDeleteItu la budak2 kan.. Tapi kalau time mandi, memang kalau boleh nak duk lama dalam bilik air tu..
Delete