Saturday 4 July 2015

Shopping Raya 2015


Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang ni orang dah sibuk keluar rumah bila cuti ke shopping mall atau tempat yang biasa pergi shopping untuk Shopping Raya 2015.. Pastinya sekarang ni mesti tempat-tempat berkenaan penuh dengan rakyat-rakyat Malaysia dan maybe ada juga bukan warganegara.. Duit pun mesti banyak habis kan sebab raya kan setahun sekali, mesti la nak baju baru terutama untuk anak-anak.. Anak-anak isteri didahulukan untuk hal-hal macamni.. Untuk diri sendiri, serius Eraz cakap, tak de pun tak pe.. Pakai je yang tahun-tahun lepas.. Tapi bukan cara wife Eraz untuk tidak belikan untuk husband dia.. Hehe..

Dalam pada orang baru nak Shopping Raya 2015, kami sekeluarga dah complete set! Sememang sejak kahwin ni, Eraz dah terbiasa dengan cara wife yang shopping raya awal.. Dia jenis yang tak suka last minute shopping dan bagi dia, jika shopping raya sekali gus, banyak la duit habis dalam masa yang singkat.. Kalau zaman Eraz bujang dulu, pernah sekali tu keluar malam raya dengan Ma dan adik untuk beli baju raya.. Itu ok la lagi time rasa nak beli, kalau tidak, memang pakai baju lama je la..

Tapi lepas kahwin, caranya berbeza.. Untuk diri sendiri, wife dan anak serta untuk Ma Abah plus mertua, memang beli awal.. Tambahan lagi due untuk bersalin kan Adam baru 2, 3 hari sebelum puasa.. So memang confirm masa dalam pantang la masa nak dekat raya.. Sebab tu la kali ni memang terlebih awal.. Dia paling risau kalau semua barang raya tak lengkap dan due dah dekat.. 

So hampir-hampir raya ni, kami hanya mungkin get ready untuk biskut raya or kek raya.. Selalu memang beli extra untuk diberikan kepada family belah Eraz dan mertua.. Kami sendiri simpan stok sikit sebab banyak masa di rumah family kalau berhari raya.. Rumah sendiri mungkin malam or sehari dua je sebelum kerja.. Hehe..

2 comments:

  1. Alhamdulillah..lega bila persiapan raya dah dilunaskan..hehe..

    ReplyDelete
  2. Tunggu.baju yang ditempah siap je ni..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.