Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pernah menaiki teksi? Sekali? Dua kali? Atau berkali-kali? Teksi memang tak asing bagi rakyat Malaysia untuk ke sana ke mari.. Samada untuk pergi kerja atau keluar jalan-jalan.. Pengalaman Eraz sendiri, kalau di Kota Bharu ni memang tak guna teksi la sebab dah ada transport sendiri tapi bila outstation ke KL, memang selalui fly dan bila dari airport atau KL Sentral, memang teksi la penyelamat.. Begitu juga kalau dari hotel dan nak ke mana-mana..
Entri khas ini adalah untuk memperkenalkan atau memberi lebih info tentang MyTeksi dan kesedaran untuk menghargai pemandu teksi melalui Driver Swap Campaign #TakYahMafan.. Sebelum Eraz bercerita lebih detail, please bagi masa sikit untuk tonton video di bawah ni.. Boleh sediakan tisu kalau anda seorang yang mudah tersentuh!
MyTeksi | Hargai Pemandu Teksi melalui Driver Swap Campaign #TakYahMafan
Done? Ok.. Apa komen? Apa yang boleh disimpulkan selepas menonton video berkenaan ialah pemandul teksi yang bekerja boleh dikatakan selama 12 – 16 jam sehari, 7 hari seminggi dan disebabkan kekangan masa dan mencari rezeki, memang tidak sempat nak meluangkan masa bersama keluarga.. Oleh sebab itu, MyTeksi telah merancang dan memberi kejutan kepada 3 pemandu mereka. Apa yang dibuat oleh MyTeksi memang menyentuh hati pemandu teksi berkenaan, keluarganya dan juga penonton macam kita..
Lebih istimewanya, untuk satu hari yang istimewa buat pemandu teksi berkenaan, MyTeksi dengan suka rela menawarkan diri untuk membuat pertukaran tugas memandu daripada pemandu teksi kami.. Jarang-jarang berlaku.. Ini yang dimaksudkan dengan Driver Swap Campaign #TakYahMafa..
Bila tonton video berkenaan, memang boleh bayangkan apa perasaan mereka memandu teksi mencari rezeki termasuklah pada Hari Raya Aidilfitri ni kan.. Hmmmmm.. Apa perasaan kita bila tengok pemandu teksi yang berjumpa dengan keluarga yang berada di luar KL? Setahun sekali jumpa pun ada.. Dua tahun sekali jumpa pun ada.. Keluarga memang segala-galanya.. Sama macam kita kan.. Demi keluarga, kita akan lebih bersemangat untuk buat apa-apa sekali pun..
Korang pernah rasa susah untuk dapatkan teksi untuk ke tempat kerja, jumpa kawan, jumpa client atau lain-lain aktiviti? Penyelesaian ialah MyTeksi.. Ini sedikit sebanyak maklumat tentang MyTeksi yang korang perlu tahu :
MyTeksi ditubuhkan pada tahun 2011 oleh dua graduan Harvard Business School Malaysia, MyTeksi adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia yang bertujuan untuk memulihkan semula industri teksi.. MyTeksi kini menyediakan perkhidmatan di bandar-bandar di seluruh Malaysia, Filipina, Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia dengan lebih daripada 75,000 pemandu berdaftar dalam kumpulan pesawatnya di seluruh Asia Tenggara..
Kelebihan :
1) MyTeksi menyediakan perkhidmatan teksi bajet dan perkhidmatan teksi eksekutif..
2) MyTeksi dilengkapi ciri-ciri keselamatan dengan membolehkan pelanggan mengesan di mana teksi berada sepanjang perjalanan..
3) MyTeksi meneliti pra-skrin semua pemandu dan memantau prestasi mereka berdasarkan maklum balas daripada penumpang setiap hari..
Seterusnya Eraz nak kongsi empat langkah mudah untuk menempah teksi menggunakan aplikasi MyTeksi.. Senang dan cepat!
1) Jenis di destinasi yang anda mahu..
2) Aplikasi ini akan mengesan pemandu untuk anda..
3) Anda akan menerima pemandu yang ditetapkan untuk anda..
4) Anda atau orang tersayang dapat mengesan pemandu yang ditempah sepanjang perjalanan..
Mudahkan? Tak perlu kita bazirkan masa menunggu teksi yang tak sampai tiba tu.. Alhamdulillah, dengan Driver Swap Campaign #TakYahMafan, sekurang-kurangnya pemandu teksi rasa diri mereka dihargai setelah berkhidmat kepada pelanggan yang tidak kira masa dan ketika.. Ucapan terima kasih kepada semua pemandu teksi terutama MyTeksi dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Selamat meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang!
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.