Wednesday 22 July 2015

Kenderaan Utama Dahulu | Motosikal

Assalamualaikum w.b.t.. Salam Pagi 6 Syawal.. Pejam celik pejam celik, dah masuk hari ke 6 bulan Syawal.. Hari ni ramai dah kembali ke tempat asal sebab ada anak-anak dah sekolah.. Yang bekerja pun sama.. Ada yang dah mula bekerja hari Isnin lagi kot.. Bagi yang terpaksa bekerja pada Raya Pertama Aidilfitri tu harapnya dah dapat cuti la sekarang sebagai ganti..

Berbalik kepada tajuk entri ni, Eraz dapat idea bila viralnya gambar seorang lelaki bersama anak-anak menaiki motosikal yang rasanya dalam perjalanan balik kampung.. Lagi satu gambar lebih kurang sama tapi kali ni lelaki itu siap ikat anaknya kerana risau jatuh dari motosikal kalau tertidur.. Budak-budak ni anytime boleh tertidur kalau naik motosikal..

Bagi family Eraz pun, motosikal memang kenderaan utama dari zaman Ma Abah muda-muda lagi.. Orang kampung.. Memang family Eraz takde kereta sehinggalah ada abang dan kakak yang bekerja.. Eraz sendiri masa nak dapatkan lesen kereta tu, memang 1st day belajar, itulah juga 1st pegang stereng kereta.. Tapi alhamdulillah sekali test je lulus.. Haha..

Motosikal memang sangat berjasa pada Ma Abah serta kami adik beradik sebab motosikal tu la yang digunakan untuk Abah bekerja, ke klinik kalau demam sakit, hantar kami ke sekolah, pergi ke mana-mana sahaja antaranya ke sungai sebab bekalan air terputus.. Ada masa memang terpaksa Abah menunggang membawa anak-anak yang ramai sekali gus demi menjimatkan masa.. Bayangkan kami 7 beradik kan.. Berapa boleh muat untuk satu perjalanan?

Tapi alhamdulillah, walaupun Abah dan Ma hanya orang kampung, anak-anak dijaga dan dididik sebaik mungkin sehingga dewasa dan mempunyai kerjaya masing-masing serta membantua Abah pula.. Kami pula beli kereta untuk bawa Abah ke mana-mana yang perlu tapi motosikal dia memang still ada sebagai pengangkutan utama di kampung.. Untuk jarak dekat je la..

Bersusah payah dahulu, insyaallah kemudian senang.. Tapi kalau kita dah ada kesenangan yang baik berbanding yang lain, jangan la lupa untuk membantu.. Ramai di dunia ini yang zaman kecilnya sudah hidup senang sehingga dewasa, dan ramai juga yang zaman kecilnya hidup susah tetapi sekarang alhamdulillah lebih senang.. Tapi tetap ada yang masih kekal bertaraf hidup yang sama.. Apa-apa pun bersyukurlah..

2 comments:

  1. dalam hidup tak pernah naik motosikal tapi teringin nak naik tapi tulah family pulak jenis tak pakai motosikal. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok naik motosikal ni sb dpt aircond semula jadi.. Hehe..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.