Friday 10 July 2015

Bila Mengajar & Melayan Anak Kecil

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau sebelum ada Adam, Zara akan selamanya boleh duduk di seat depan kereta.. Tapi bila dah dapat adik ni, Kakak Zara kenalah beralah duduk di belakang.. Car seat tak de masalah memang sebelum ni dah ada dua.. Cuma semalam kira macam nak melatih.. 


Eraz cuba suarakan pada Zara supaya duduk di belakang dan alhamdulillah dia macam ok dan duduk kat belakang.. Cumanya kena lebih hati-hati semalam sebab dia duduk tanpa car seat.. Sebarang emergency break, akan membahayakan dia.. 

Dalam pada sempat dia di belakang, masa berhenti di traffic light, sempat la minta dia selfie sebab nak tunjuk kat Mama.. Sejak dua menjak ni memang dah pandai buat peace! Haha.. Mana belajar pun tak tahu la.. Mungkin dia tengok orang lain buat, dia buat la.. Selalu buat peace dengan Mama dia la..

Dalam melatih anak kecil memang perlukan kesabaran.. Mana boleh marah-marah sebab diaorang ni kan masih budak kecil, mana la pandai berfikir macam kita kan.. Yang pandai merajuk.. Tapi di usia sekarang ni, macam Zara, memang mereka cepat belajar.. Kalau sekali atau dua kali suruh, kali ketiga kadang-kadang tu mereka dah boleh buat sendiri..

Atau macam menyebut sesuatu perkataan.. Dua tiga kali kita ajar, lepas tu memang dia dah pandai.. Terbaru Zara dah mula pandai sebut nama adik dia, 'Adam'.. Perkataan 'baby' tu memang dah lama dia pandai sebut.. Paling best bila Zara sebut 'Papa' or 'Mama' dalam bada manja.. Hehe..

Dalam pada mengajar anak kecil, kita memang akan terhibur.. Itu yang penat-penat balik kerja, hilang penat bila melayan mereka.. Atau kalau terpaksa outstation, selagi boleh elak, tetap nak mengelak!

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.