Sunday 26 July 2015

Bila kamera iPhone blur !

Assalamualaikum w.b.t.. Bila dah biasa snap gambar dan hasilnya sangat memuaskan tetapi tiba-tiba 3, 4 hari lepas kot sesuatu terjadi dengan kamera belakang ni.. Masa mula-mula ON ia akan OK lepas je sesaat nak auto fokus pada objek, terus blur.. Try pulak kamera depan ala-ala selfie, ok pulak..

Dalam kepada fikir pasal setting sebab Zara selalu main handphone ni.. Godek-godek semua setting, compare dengan hp wife, sama je.. Kenapa lak hp Eraz je jadi cmtu.. Try juga tanya orang lain yang pakai iPhone juga, diaorg pun no idea.. 

Try google kot-kot orang lain hadapi masalah yang sama.. Tak jumpa pulak dalam blog or laman web tertentu.. Yang ada di laman web official Apple pun tak membantu untuk masalah ni.. Fuh! Stress ni.. Kalau boleh tak nak la kena p hantar ke kedai kan..

Last-last semalam masa kat office, fikir-fikir, renung-renung, mungkin sebab kamera tu sendiri.. Tenung sedalam-dalamnya kat kamera, nampak macam ada habuk kecik-kecik dan panjang-panjang.. Mungkin disebabkan itu.. So try tanya geng office, katanya dia ada alatan yang boleh bukak belakang iPhone ni.. So try selesaikan dengan dia dulu then kalau tak berjaya, kena hantar ke kedai jugak la nampak.. Fuh!

1 comment:

  1. moga masalah eraz segera temui jalan penyelesaian..in sya Allah boleh diselesaikan

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.