Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Adam Fitri yang dilahirkan hujung bulan Julai baru ni dikurniakan kesihatan yang baik dan membesar dengan jayanya.. Ibunya pun dah mula kerja hari ini so bermulalah episod Adam Fitri di nursery bersama Kakak Zara.. Kami tempatkan mereka di nursery yang sama sebab puas hati dengan pengelola dan staf-stafnya.. Masa dapat tahu wife pregnant kan Zara dulu, memang terus booking sebab risau penuh..
Gambar yang Eraz attach kat atas ni Eraz snap masa sama-sama berjaga malam baru ni.. Adam pun macam Zara juga dulu.. Masa kecik berjaga malam tetapi tak menangis nak berdukung atau diriba.. Cuma berjaga dan main.. Kalau kita layan di bercakap, mula la dia senyum dan keluarkan bunyi-bunyi baby.. Yang berbeza Adam dan Zara ialah Adam lebih aktif.. Mungkin sebab Adam baby boy.. Memang dari dalam perut lagi dia aktif..
Memang berbeza cara nak besarkan anak lelaki dan anak perempuan.. Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki untuk merasa kedua-duanya.. Isnyaallah tanggungjawab tu dipikul sebaik mungkin dan selalu mendoakan agar mereka sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
Dalam kepala ni duk fikirkan Zara lebih dari Adam.. Dia dah lama tak g nursery, mesti punya akan rasa 'sedih' sebab ditinggalkan.. Harap dia dapat sesuaikan diri hari ni esok dan sepanjang minggu ni.. Agaknya dia tak sedar adik dia ada kat atas sebab masa serah adik dia tadi, dia tidur.. Dukung dia keluar kereta, adik dah naik atas..
Alhamdulillah..elok sangat letak satu nursery..zara boleh tengok tengokkan adam..
ReplyDeletealahai Adam! tahun ni Sally tak sempat nak kirim duit raya untuk dua-dua anak buah sally ni kan...hmmm...
ReplyDeletesemoga dua-dua elok la duduk kat nursery tu hendaknya :)
singgah raya > http://jmbelog.blogspot.com/2015/07/top-commentators-monthly-blog-jm.html
ReplyDelete