Saturday 4 July 2015

17 Ramadhan 1436 H | Hari Nuzul Al-Quran


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ini ramai yang bercuti di hujung minggu.. Tapi pasti ada juga yang kerja.. Eraz sendiri hari ni sepatutnya kerja tetapi minta cuti dengan big boss sebab nak kemas rumah.. Kenapa? Sebabnya wife dah nak habis pantang dan nak bawa balik Adam Fitri ke rumah sendiri.. Sebelum ni berpantang di rumah mertua.. 

Sebab dah tinggalkan rumah tanpa duduk 24 jam, ada tempat-tempat yang berdebu dan pastinya kena vakum.. Kang tak pasal-pasal Adam balik nanti, batuk pulak.. Sama juga dengan Zara Faleesya kan.. Sempat la juga kami berpuasa di rumah sendiri seterusnya sampai ke Hari Raya Aidilfitri.. Kali ni wife ambil cuti 60 hari sahaja.. Berbanding dengan Zara, 90 hari.. Jadi lepas je Hari Raya, memang dia akan masuk kerja.. Rasa macam sekejap je..

Bermulalah episod Adam Fitri duduk di nursery sementara Papa Mama bekerja.. Setakat ni, kami dah book tempat untuk Adam sama tempat dengan Zara.. Alhamdulillah setakat hari ni, semua ok.. Harapnya ianya akan berkekalan sampai akhir.. Bukan senang nak jumpa tempat yang OK kan.. Sebab tu booking awal-awal sebab kalau last minute, mesti penuh.. Susah pula nak cari tempat lain..

04 Julai 2015, Sabtu atau dalam bulan Hijrah hari ni merupakan 17 Ramadhan 1436H bersamaan dengan Hari Nuzul Al-Quran.. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. 

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq (SUMBER).. Ingin dapatkan MAKLUMAT tentang Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran dan Bila dan Bagaimana Al-Quran Diturunkan? Klik pada ayat tersebut.. 

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.