Assalamualaikum w.b.t.. Memang sejak dua tiga minggu ni, Eraz boleh dikatakan sangat busy bekerja.. Cuti hanya mampu sehari je seminggu..? Kenapa? Sebabnya tugas hakiki dan arahan bos.. Camne? Alasan kedua tu paling kukuh dan tak boleh nak buat apa.. Tapi diharapkan pengorbanan kecil ni akan diingat walaupun rasanya macam errrrrmmmmmmm.. Sendiri faham.. By the way, memang My body needs a refresh button !
Sampai je rumah petang, memang badan akan rasa sangat penat.. Andai kata pejam mata, memang boleh lelap sampai ke berbuka puasa la.. Ataupun kalau lepas lepas berbuka dan solat Maghrib, memang akan sampai ke larut malam la kalau bangun.. Itu andaian lepas office hour.. Kalau dalam office hour, memang mengantuk juga kat office.. Kalau bukan bulan puasa, boleh la minum coffe je apa kan.. Tapi bulan ramadhan.. Risau tak produktif kan..
Ditambah pula dengan berjaga malam bergilir-gilir dengan isteri, bertambah lagi la penatnya.. Pernah satu malam tu, memang wife bagi je Eraz tidur secukupnya waktu malam, bangun esoknya memang beza sikit rasa.. Tapi tak kan nak setiap malam macam tu kan.. Wife pun dalam berpantang.. Kami kena la saling membantu kan.. Anak bersama-sama juga kan.. Lagi satu, bila waktu siang dah bekerja, waktu-waktu menjaga Adam malam-malam la masanya Eraz nak main dengan Adam.. Itu serius.. Kalau tak mesti rindu masa kat office..
Minggu ni nampaknya akan berulang lagi.. Hint dari bos dengarnya cuti hanya untuk sehari sahaja.. So redha je la.. Sehari itu memang digunakan sepenuhnya dengan wife dan anak-anak.. Dalam masa yang sama, nak kena luang masa sikit untuk family Ma Abah kat Machang.. Penat tak penat, celahkan masa balik ke Machang walaupun tak lama.. Itu penting juga..
#Apa-apa pun semua bergantung pada diri sendiri!
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.