Assalamualaikum w.b.t.. Zara dapat adik seawal umur setahun 10 bulan dan dalam fikiran kami mengharapkan dia dapat 'terima' Adam.. Alhamdulillah, dalam 15 hari kelahiran Adam, Zara macam dah dapat faham yang Adam tu adik dia.. Tak pernah nak kacau.. Tak pernah nak jeles kalau Mama Papa dukung or riba Adam.. Kalau suruh sayang, terus cium kat pipi.. Kadang-kadang tu time dia geram tengok Adam, dia cuba untuk sentuh dahi, pipi.. Tapi setakat ni, alhamdulillah, semua ok..
Cuma sekarangnya peranan kami sebagai Mama dan Papa.. Dalam pada memberi perhatian kepada Adam yang masih baby tu, dalam masa yang sama kami perlu memberi lebih perhatian juga kepada Zara.. Sebabnya? Kami tak nak dia rasa kasih sayang kami terhadap dia hilang lepas lahirnya Adam.. Yang pasti, memang kadang-kadang tu Zara akan jadi lebih manja dari sebelum ni.. Maybe untuk dapatkan perhatian..
Gambar kat atas tu Eraz snap masa kami di USM Penang.. Kalau tengok dalam gambar tu, memang dah macam budak besar.. Tapi serius, masa Adam belum lahir, dukung Zara ke, riba Zara ke, memang rasa biasa je.. Tapi bila Adam lahir, dah biasa dukung Adam yang 3 kilo lebih tu, bile riba Zara, terus rasa yang Zara ni dah besar.. Sama juga kalau mereka tidur bersama..
Comelnya Zara...
ReplyDeleteIn Shaa Allah, zara akan menjadi kak long yang bagus dan baik...
ReplyDeleteerm.... jd k.long mesti la zara dah pandai jg adikkan... jom join GA suami cemerlang....
ReplyDeletehttp://www.sheilainspire.com/2015/06/giveaway-si-anak-isteri-suami-dan.html
zara kakak yg baik...
ReplyDeleteAlahai comelnya :)
ReplyDelete