Assalamualaikum w.b.t.. Adam Fitri sebelumnya ada kembar ?! Ya, tapi itu hanyalah dalam 6 ke 8 minggu sahaja.. Masa mula-mula dapat tahu yang wife pregnant kali kedua melalui test UPT tu, petang nya terus kami ke klinik untuk sahkan kehamilan.. Alhamdulillah masa tu dapat berita gembira yang wife memang pregnant.. Tapi lebih mengejutkan bila hasil scan tu, macam kat bawah.. Jeng jeng jeng..
Masa dapat tahu tu, macam-macam perasaan ada.. Perasaan bercampur-campurkan.. Dalam sejarah keluarga Eraz, memang ada keturunan kembar.. Sepupu Eraz memang kembar.. Dan anak saudara pun ada yang terhasil kembar.. Jadi tak mustahil yang kami akan dapat anak kembar juga.. Cuma tak sangka la kan.. Masa tu fikir, dah la Zara baru nak masuk dua tahun, dapat pula anak kembar.. Jadi semua benda kena fikir dan rancang ni..
Ya la, kos sara hidup dan mental, fizikal, semua kena fikir.. Kos mungkin akan berganda kena tampung dan lain-lain la.. Tapi itu biasa la mainan perasaan.. Kami digalakkan untuk berfikiran positif kan.. So tiada yang mustahil.. Selalu ingat, apa yang Allah berikan itu dalam bentuk apa-apa pun, mesti kita mampu untuk harungi.. Insyaallah.. Siapa sangka dalam masa dua tahun ni, kami bakal dapat tiga orang anak termasuk Zara Faleesya..
Masa tu doktor beritahu yang wife kembar tak seiras.. Sebabnya berada di dua kantung berlainan.. Hehe.. Tapi itu masa hamil 6 minggu la.. Doktor suruh kami datang balik untuk scan untuk minggu ke - 8.. Sekali lagi doktor mengesahkan yang kembar Adam itu dah tiada.. Tiada lagi kantung.. Semakin hari semakin kecut.. Jadi tinggallah Adam seorang dalam perut wife..
Dalam masa dua minggu tu memang dah ready mental dan fizikal.. Nak hadapi hidup dengan 3 orang anak termasuk dua yang kecik tu.. Tapi apakan daya, Allah dah tetap kan adik Zara Faleesya seorang je.. Adala sebabnya kan.. Frust tapi redha.. Alhamdulillah juga Adam membesar dengan sihatnya dalam tu sampai la dia lahir..

xpe, setiap ketentuan Allah tu ada hikmahkan
ReplyDelete