Tuesday 9 September 2014

Hargailah Suri Rumah !


Assalamualaikum w.b.t.. Dari kecil, Eraz dibesarkan oleh seorang suri rumah yang Eraz panggilnya dengan panggilan, Ma.. Dia juga ialah seorang isteri kepada seorang suami yang Eraz panggil Abah.. Ma memang seorang suri rumah sepenuh masa tapi masa mudanya dulu, dia buat kerja sendiri macam untuk mengisi masa seperti buat kuih, buat nasi juga untuk bantu suaminya.. Masa tu Eraz kecil lagi.. Sekarang dah stop la.. Adik beradik Eraz pun ramai.. Alhamdulillah, semua dah ada kerjaya masing-masing..

Bukan senang nak jadi suri rumah.. Serius.. Kenapa Eraz cakap macam tu? Sebabnya, Eraz sendiri, dah menjadi Mr. Mama kalau masa cuti dari kerja.. Zara, Eraz tak kan hantar ke nursery semasa Eraz cuti.. Sebabnya Eraz tak sanggup nak hantar ke nursery sedangkan Eraz tak de buat kerja penting masa cuti.. Better luangkan masa lebih dengan anak, dari anak luangkan masa dengan kawan-kawan dan pengasuh kan..

Eraz akan jaganya di rumah.. Kadang-kadang, dalam pada kita menjaga anak yang kecik, sampaikan tak sempat nak buat benda lain.. Sampaikan ada satu tahap, nak lelapkan mata pun tak boleh.. Boleh bayangkan macamana ibu kita yang bergelar suri rumah tu boleh mengemas rumah, memasak, membasuh, memberi anak makan dan lain-lain la.. Walaupun kerjaya suri rumah ni orang tak pandang, tapi pengorbanan mereka sangat bernilai..

"Ma, terima kasih sebab jaga Eraz dari kecil sampai ke besar dan Eraz tak kan lupakan jasa Ma serta Abah.. Kenakalan, kedegilan dan segala 'ke' lagi dilayan dengan baik sekali.. Terima kasih.."

7 comments:

  1. wanita itu sesungguhnya adalah hebat...jadi hargai wanita dengan seadanya dan sebaiknya...

    ReplyDelete
  2. Betul2. Hargailah suri rumah. ^_^ mereka paling berjasa.

    ReplyDelete
  3. my husband pun sama jaga anak lagi penting dr ddk umh xda kerrja kan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Eraz....hargailah wanita...pengorbanan wantia terlalu besar untuk keluarga....

    ReplyDelete
  5. Rindu kat mak...

    ReplyDelete
  6. Sangat betul. Suri rumah ni mmg keje 24/7. Kita yg keje pejabat pun takat 8jam je

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.