Saturday 30 August 2014

My AirAsia Free Seats !

My AirAsia Free Seats !
My AirAsia Free Seats

My AirAsia Free Seats | Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Pagi semua.. Jika saya mempunyai 10 tempat duduk percuma AirAsia, saya akan ke Langkawi dan akan membawa semestinya Zara Faleesya dan isteri tersayang.. Selain daripada itu, akan turut sama membawa kedua Ma dan Abah serta ibu mertua.. Empat lagi tempat kosong akan Eraz isikan dengan adik-adik tersayang.. Seorang adik kandung dan tiga orang adik ipar.. Ia seolah-olah akan menjadi satu percutian keluarga yang sangat indah.. Alangkah bahagianya kalau pihak Air Asia memberikan peluang ini..

Kenapa memilih Langkawi? Satunya sebab Eraz sendiri belum lagi berpeluang ke Langkawi.. Kehidupan kami sekeluarga di masa kecil sangat susah kerana hanyalah orang kampung.. Dan setelah bertungkus lumus belajar dan ke menara gading, alhamdulillah mendapat kerja, tetapi sangat sibuk dengan komitmen kerja.. Selain daripada itu, sebenarnya sudah lam tidak bercuti selepas isteri melahirkan anak pertama.. So, inilah peluangnya..

Langkawi sebenarnya boleh sampai dengan menaik kereta.. Akan tetapi, dengan Air Asia memperkenalkan My AirAsia Free Seats, inilah masanya nak beri pengalaman indah kepada ahli keluarga yang masih belum merasa menaiki kapal terbang.. Keselesaan dan keseronokan menaiki kapal terbang  menerusi Air Asia harus dikongsikan dengan keluarga tersayang.. Kalau dengan kereta, kami terpaksa konvoi sehingga tida buah kereta.. Tetapi dengan kempen My AirAsia Free Seats, kami boleh berkumpul di sepanjang perjalanan.. Alhamdulillah.. Percutian akan menjadi lebih bermakna..

Langkawi.. Eraz memang teringin ke luar negara dan pilihan pertama ialah Korea kerana Eraz sendiri sememangnya kagum dengan keindahan Korea serta ingin beri pengalaman indah kepada diri sendiri dan keluarga tersayang.. Tetapi dalam masa yang sama, Eraz ingin dulu pergi Langkawi kerana kenapa mahu ke luar negara sedangkan di negara sendiri pun belum habis dijelajah..





Sumber Gambar : Google

Tengok sahajalah keindahan gambar di atas, siapa yang tidak terpikat.. Dari mata turun ke hati.. Dengar sahaja nama tempat seperti Telaga Air Hangat, Makam Mahsuri, Masjid Al-Hana dan Pulau Dayang Bunting, kita secara jelasnya akan teringat akan sejarah-sejarahnya.. Bagi anak isteri dan keluarga, Eraz pasti bawa mereka juga ke Aquabeat, Underwater World  dan Dataran Lang/Taman Lagenda untuk merasakan pengalaman di Langkawi..

Insyaallah, dengan kempen My AirAsia Free Seats, semoga impian Eraz sekeluarga akan tercapai dan juga Eraz sarankan kepada semua yang membuat, ambillah peluang kempen My AirAsia Free Seats untuk mendapatkan tiket anda bersama keluarga.. Peluang keemasan..


2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.