Sunday 20 October 2013

Hari penat sedunia !


Assalamualaikum w.b.t.. Imbas hari semalam.. Hehe.. Semalam boleh dikatakan hari penat sedunia bagi Eraz.. Kerja di pejabat sangat banyak dan ada terlibat dengan satu program juga.. Sebelah paginya memang dah rasa bahang stress tu sampai kan tak lalu nak makan breakfast.. Tapi makan juga untuk alas perut sebab risau pengsan.. Hehe.. Dah lama Eraz tak rasa nak muntah sebab stress ni.. Tapi semalam terjadi lagi.. So memang terbukti lah semalam hari yang bad bagi Eraz.. 

Tapi alhamdulillah semua settle semalam.. Cuma bila balik kerja tu, memang tak dapat nak buat apa-apa, muka kepenatan tu terpancar di muka sampaikan isteri, mertua semua tegur.. Cara duduk di kerusi pun nampak keletihan.. Lepas je ambil isteri dan Zara di rumah mertua, terus balik then rehat secukupnya.. 

Bangun pagi-pagi ni untuk Solat Subuh, badan dah segar semula.. Ikut hati, nak je sambung tidur.. Tapi tak lena sebab dah lama tak sambung tidur lepas subuh.. Harapnya hari ni menjadi hari yang OK bagi Eraz dan keluarga.. Wassalam..

12 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.