Gambar Hiasan
Assalamualaikum w.b.t.. Betul ke lelaki berjanggut dan bermisai awet muda? Errmmm.. Masing-masing ada pendapat masing-masing kan.. Tapi ini yang Eraz jumpa di alam maya yang mungkin boleh kongsikan dengan korang.. Ada sesetengah pendapat menyatakan lelaki yang menyimpan janggut dan misai akan kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.. Tapi, ada tapinya.. Kajian tentang itu sebenarnya belum dapat disahkan lagi tapi jika dilihat secara rambang ia ada benarnya juga kan..
Dibawah ialah antara kebaikan jika lelaki berjanggut dan bermisai.. Jom baca :-
- Perlindungan daripada cahaya matahari - Janggut dikatakan mampu menghindari diri daripada terkena kanser kulit.. Hal ini terbukti apabila para penyelidik berpendapat janggut dan misai yang rata boleh melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya..
- Mencegah lelah - Pesakit lelah senang jatuh sakit apabila terdedah kepada kawasan berhabuk. Oleh kerana itu, misai yang tumbuh di sekitar bawah hidung boleh menghindarkan habuk tersebut dari memasuki rongga hidung..
- Lambatkan proses penuaan - Rerambut yang terdapat di kulit wajah mampu menyimpan lembapan, membuatkan kulit sentiasa lembap.. Dengan lembapan tersebut, kulit akan kelihatan muda dan berkeadaan baik.. Namun lelaki pastikan janggut dan misai anda dijaga dengan kemas dan rapi..
- Melawan batuk - Tahukah anda janggut yang tumbuh lebat di sekitar kawasan dagu dan leher mampu menaikkan suhu leher? Ia sekali gus dapat mencegah jangkitan selesema..
- Menghalang ruam di muka - Ruam sering diakibatkan oleh kaedah mencukur yang tidak dibuat dengan berhati-hati.. Bagi mengelakkan berlakunya masalah tersebut, adalah lebih elok untuk menyimpan janggut sahaja seterusnya menyelesaikan masalah ruam di muka..
SUMBER
#Eraz pun dah lama tak cukup licin janggut.. Misai tu kadang-kadang cukur sebab rimas.. Awet muda juga ke aku? Haha..
hehehe..apa pun yg terjdi ada hikmahnya
ReplyDeleteHikmah itu sentiasa ada..
Deletegua ada janggut...walaupun sejemput..ha3
ReplyDeletebagus bagus bagus.. :)
DeleteMenarik. Vee selalu je lelah and batuk. Nak simpan janggut dan misai lahh kalau camtu.......
ReplyDeletePerempuan mana ada janggut dan misai.. hehe..
Deleteerk..x kan org perempuan nak simpan benda tu semua..eeee...geli akak...
ReplyDeleteGuna misai dan janggu palsu..
DeleteHAHA....betul ker...?
ReplyDelete