Kisah Seorang Lelaki 4 Orang ISTERI | Assalamualaikum w.b.t.. Masa merayau-rayau di Facebook tadi, terjumpa satu perkongsian daripada kawan-kawan.. Mula tengok tajuk, 'Seorang lelaki mempunyai 4 orang ISTERI', mungkin sesuatu yang lawak atau biasa-biasa je.. Tapi bila baca habis, baru la dapat pengajaran.. So, jom sama-sama kita baca..
Seorang lelaki mempunyai 4 orang ISTERI
Isteri Pertama : Tidak diberi perhatian..
Isteri Kedua dan Ketiga : Selalu di beri perhatian..
Isteri ke empat : Terlalu diberi perhatian dan kasih sayang..
Ketika lelaki itu mahu meninggal, dia memanggil ke empat-empat isterinya.
‘Mahukah kalian menemaniku di alam kubur..??
Isteri ke-4 : ‘Sorry! Sampai sini sahaja aku mengikutmu.’
Isteri ke-2 dan ke-3 : ‘Kami akan menemanimu tapi hanya sampai ke liang kubur sahaja.’
Lelaki itu kecewa. Lalu ditanya pula pada isteri pertama. Isteri pertama menjawab :
‘Aku akan menemanimu ke mana saja kamu pergi dan akan selalu mendampingimu.’
Siapa isteri pertama hingga ke empat?
Isteri ke 4 - Adalah harta dan kekayaan kita
Isteri ke 3 - Teman-teman kita
Isteri ke 2 - Keluarga kita
Isteri Pertama - Merupakan AMALAN kita selama kita hidup di dunia.
Published with Blogger-droid v2.0.10
di sebalik yang tersurat ada yang tersirat kata-kata peringatan nie....renung-renungkan........
ReplyDeleteitu la pasal.. di sebalik yang tersurat ada yang tersirat kata-kata peringatan..
Delete