Sunday 11 November 2012

Impian Penghijrahan Maal Hijrah 1434

Impian Penghijrahan Maal Hijrah 1434


| Lebih lanjut, boleh klik link di atas atau banner di atas |

Assalamualaikum.. Ini merupakan salah satu segmen yang dianjurkan oleh blogger otai, Saudara HasrulHassan.. Ianya segmen sempenan Maal Hijrah 1434.. Syarat segmen ini, "Apa yang perlu anda buat ialah dengan membuat sebuah entri ringkas kurang daripada 100 patah perkataan, menyatakan apa yang ingin anda capai sebagai seorang Muslim di tahun baru 1434H, dan apa yang anda tidak mahu ulangi di tahun 1433H.."

Setiap insan dan hamba Allah dimuka bumi ini seharusnya mempunyai impian masing-masing.. Jika ianya dinamakan impian, seharusnya itu perkara yang kita ingini.. Untuk Maal Hijrah 1434, E'raz berhasrat ini mencapai impian untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik berbanding sebelum ini.. Seorang muslim yang bertambah dekat dengan Allah berbanding sebelum ini.. Atau lebih tepat, ingin berubah menjadi insan yang lebih baik, cemerlang dan semuanya yang positif berbanding sebelum ini.. Dan dapat melaksanakan tanggungjawab yang lebih sempurna kepada insan-insan tersayang..

E'raz juga ingin memasang impian supaya berjaya dikurniakan zuriat untuk mewarisi legasi keluarga.. InsyaAllah..Apa yang tidak mahu diulangi ialah jika diberikan peluang dan rezeki yang lebih baik, E'raz ingin berhijrah daripada 'company' sekarang.. Jika tidak berpeluang, E'raz redha dan berfikiran positif yang mana mungkin, rezeki E'raz sememangnya tertulis di situ.. InsyaAllah..

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434.. Teringat di zaman sekolah-sekolah rendah dulu, E'raz pernah mewakili sekolah untuk pertandingan nasyid sempena Maal Hijrah dan bertindak sebagai solo! Kenangan..

6 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.