Wednesday 10 October 2012

Kes Senior Rakam Gambar Bogel!

Senior Rakam Gambar Bogel Budak Lelaki 13 Tahun Untuk Bergurau?

Senior Rakam Gambar Bogel Budak Lelaki 13 Tahun Untuk Bergurau?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Entri ni merupakan isu dalam HARIAN METRO hari ni, 10 Oktober 2012.. Kes ni berlaku di GURUN.. Seorang pelajar lelaki dimalukan dengan dipaksa telanjang / bogel sebelum seorang pelajar lain merakam gambar bogelnya menggunakan telefon bimbit dengan alasan bergurau.. Apa? Berguran? Takde cara lain lagi ke nak bergurau budak zaman sekarang ni.. Bapa mangsa meluahkan rasa kecwa lagi apabila kejadian itu berlaku Februari lalu dan hanya diketahui apabila telefon bimbit pelajar berkenaan dirampas warden pada 30 September lalu..

Selain tu, pada ketika itu, anaknya baru sebulan tinggal di asrama dan difahamkan kejadian berlaku ketika dia ke tandas dengan memakai tuala sebelum dipanggil pelajar senior dan dipaksa berbogel sebelum disepak berulang kali.. Dah la kena bogel, kena sepak lagi tu.. Tak tahu dari mana la mereka ni belajar.. Mesti mereka ni dah terdedah banyak sangat dengan video-video atau internet yang tanpa kawalan..

Kepada ibubapa lain, selalu la bertanya khabar anak masing-masing.. Jika nampak sebarang keraguan, cepat-cepat la selidik.. Apa yang dirisaukan, kita tidak mahu anak-anak ini trauma untuk ke sekolah dan terganggu untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.. Dalam kes ni, siapa yang perlu disalahkan? Pelajar? Sekolah? Guru? Ibu Bapa? Masing-masing la fikir.. Masing-masing mesti mempunyai pendapat yang tersendiri.. Apa-apa pun, berhati-hati..

Sumber : HARIAN METRO

Entri Menarik Lain :

8 comments:

  1. iskhh..budak2 sekarang ni da th pasal violence da.mesti mak ayah tak pantau ni. da pandai buli budak2

    ReplyDelete
  2. sedih dengar. tak patut. harap tak ade ahli keluara kita dimalukan seperti itu mahupun menjadi orang yang tak bermoral seperti si pelaku. geram rasa. tak ada moral.

    ReplyDelete
  3. Ya allah bebudak zaman sekarang takut le plak nak anto anak masuk asrama wlupun akak mmg berniat utk anto anak akak ...

    ReplyDelete
  4. apa kes nak gurau mcm ni. memang kena beri pengajaran. Ni pun kira buli ni.

    mungkin dia ingat benda ni suka suka. tapi impact dia cukup besar kepada si mangsa.

    kena cuci otak pembuli tu.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum eraz...budak2 skg ni semakin melampau2kan ada lagi kes buli mcm ni kat sekolah2 ke...:)

    ReplyDelete
  6. Kalau aku jadi mak bapak budak tu, dah lama aku sue senior tak berapa betol tuh

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.