Kes Wanita Dirogol dan Disamun Semasa Ditemuduga !
Inilah muka suspek yang sedang DIBURU sekarang..
Kes terbaru yang dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.. Berlaku 2 kes seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa..
Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani ‘temu duga’ di bilik hotel bajet di ibu negara..
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, teruja dengan tawaran gaji lumayan, mangsa yang berhubung melalui e-mel dengan suspek hadir di sesi temu duga sebelum diperkosa dan barang berharga disamun..
Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan setakat ini dan percaya kedua-dua kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama kerana taktik digunakan sama..
“Kes pertama dilaporkan pada awal Ramadan lalu, dengan seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa dirogol dan disamun seorang lelaki ketika menghadiri temu duga kerja di sebuah hotel bajet di ibu negara.
SUMBER : HARIAN METRO
Kepada kawan-kawan yang sedang mencari pekerjaan sekarang (terutama wanita), berhati-hatilah sebelum membuat keputusan.. Pilihlah organisasi yang betul-betul dikenali dan kenalpasti tempat temuduga.. Pastikan betul-betul selamat.. Kes camni mungkin akan terjadi lagi jika kita lalai..
bengong la... org nak cari keje pun susah..kalau ditangkap kasi potong tak bley?
ReplyDeletejaatnya .. kesian mangsa. kene hati2 selalu bwk teman
ReplyDeletegila punya org..hish!!
ReplyDeletekdg2 rasa tak selamat je bila nak kemana2 even dlm negara kita sendiri. TQ follow KA yek!
ReplyDeletemenakutkan!
ReplyDeletesiyes menakutkan!
ReplyDeleteklau ye pun g*****g, jgn la aniaya kaum wanita sampai mcmtu sekali.
x pasal je wanita jd mangsa keadaan rakus dia ni. huhuhu
Nie yang buat makin takut nak pergi interview, tapi pelik jugak apasal perempuan terpedaya pergi interview di hotel bajet ?
ReplyDelete