Harian Metro - 18 Ogos 2012 : Kisah Seksa 'NERAKA' 21 HARI Akibat Menjadi Saksi Kes Samun Gangster
Derita yang tidak disangka-sangka.. Lepas tu, kena tumbuk, tampar, sepak terajang lak.. Dengan kata lain, kena seksa la akibat menjadi saksi kes samun sekumpulan 5 penjenayah.. Mohmad dikurung 21 hari dengan penuh derita.. Tapi alhamdulillah dibebaskan selepas 21 hari setelah membuat perjanjian.. Jom baca sedikit kata mangsa..
“Bagaikan dalam neraka...hampir setiap hari saya ditumbuk, ditampar selain disepak terajang.. Jika saya tidak datang (perbicaraan), rakan mereka berpeluang untuk dibebaskan daripada kesalahan jenayah itu.. Dengan surat perjanjian itu, mereka (penjenayah) mengugut untuk membuat laporan polis mendakwa saya tidak membayar hutang berkenaan sekiranya menghadiri perbicaraan..” kata Mohmad, 34, menceritakan pengalaman ngeri dikurung selama 21 hari di sebuah rumah oleh sekumpulan lima penjenayah sejak ‘diculik’ di hadapan rumahnya di Cheras, di sini, pada 23 Julai lalu..
Mohmad berkata lagi, dia hanya dibebaskan kumpulan penjenayah itu jam 5 petang, 12 Ogos lalu selepas dipaksa menandatangani surat perjanjian yang kononnya dia berhutang dengan kumpulan itu RM15,000 sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras, di sini, kelmarin.. SUMBER
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
(Entri 1) Tahniah! Irma Hasmie Hamil..
(Entri 2) Ayu Raudhah Sahkan Kini Bertudung
(Entri 5) Datuk Yusof Haslam Tegur Neelofa
(Entri 11) CubeRamadan
(Entri 12) Info Samsung SIII
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.