Thursday 16 August 2012

Eksperimen MAUT! Wanita Maut Akibat Ubat Perangsang Seks!

Eksperimen MAUT! Wanita Maut Akibat Ubat Perangsang Seks!


Mesti ramai dah baca berita tentang ni kan.. Jadikanlah ianya sebagai teladan.. Janganlah jadikan diri anda sebagai mangsa seterusnya.. Jom baca sedikit tentang berita ini.. Fuh!

Tindakan sepasang kekasih melakukan eksperimen ketika berasmara dengan meminum sejenis ubat cecair dipercayai perangsang bersama minuman isotonik mengundang padah apabila pasangan wanitanya mati dipercayai akibat sesak nafas, kelmarin.. Kejadian berlaku jam 11 malam di sebuah rumah tumpangan di Taman Mutiara, Jalan Bakar Sampah, di sini.

Wanita berusia 23 tahun bersama lelaki berusia 20 tahun terbabit menyewa rumah itu dipercayai untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.. Sumber berkata, pasangan terbabit ditemui orang awam jam 12 tengah malam semalam dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan berhampiran sebuah tokong apabila lelaki terbabit dilihat memapah wanita itu..

Menurutnya, dia cuba meminta pertolongan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mulut wanita itu sudah berbuih.. 

Sumber : Harian Metro
--------------------------------------------

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.