Sinopsis Drama 'Jidin Puasa Lagi' di Cerekarama TV3 ; Pelakon - Ahmad Daniel, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Shiera Ayob, Izzue Islam, Harun Salim Bachik
Izzue Islam : Salah Seorang Pelakon
Dengar daripada tajuk drama 'Jidin Puasa Lagi', macam kurang menarik.. Tapi bila layan, lekat jugak depan TV.. MENARIK! Lawak jugak drama ni sebenarnya.. Lakonan Izzue Islam dan Shiera Ayob pun nampak berbeza.. Sempat tengok sekerat jalan dah ni.. Dari info yang dicarik, drama ni terbitan Radius One Sdn. Bhd. Telemovie arahan Azma Rizal Yusof.. Antara pelakon ialah Ahmad Daniel, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Shiera Ayob, Izzue Islam dan Harun Salim Bachik.
Sinopsis Drama 'Jidin Puasa Lagi'
Kedatangan Ramadan sering kali menerbitkan rasa gembira kepada Jidin yang berusia 10 tahun dan ahli keluarganya termasuk ibu, kakak dan abangnya.. Mereka sekeluarga menganggap bulan Ramadan sebagai bulan yang penuh dengan keuntungan dan kemewahan. Bagi Jidin, dia mempunyai tiga sebab mengapa dia menantikan Ramadan.
Pertama, Jidin akan mendapat upah RM 5 setiap kali dia dapat menghabiskan puasanya.. Kedua, dia dapat menikmati juadah yang disukai untuk berbuka puasa.. Ketiga, dia pastinya akan mendapat baju dan kasut raya. Bahkan, Jidin turut menyediakan pelan ‘B’ jika dia tidak dapat menghabiskan puasa.
Satu hari, Jidin telah ditangkap oleh Pak Ali, tukang sapu sekolahnya kerana mencuri makanan di belakang stor sekolah. Jidin merayu kepada Pak Ali supaya tidak memberitahu ibunya dan sedia menjalani hukuman dimana dia akan datang awal pagi untuk membantu Pak Ali menyapu sampah sebelum kelas bermula. Sejak itu, Jidin dan Pak Ali menjadi rapat. Jidin banyak mempelajari perkara tentang hikmah bulan Ramadan daripada Pak Ali. Jidin mula berubah dan berdakwah secara halus memujuk ahli keluarganya untuk mengejarkan solat tawarih di surau setiap malam. Berjaya atau tidak, kena tunggu sampai pukul 12 malam ni..
Best drama ni ^_^
ReplyDeletebru lps tgk cite ni..best...
ReplyDeleteskarang ni jidin tu,umurnya brapew?
ReplyDelete