Lagi Kes DERA Bayi : Bayi NAZAK Didera TEMAN LELAKI Ibu
Kes yang tak de kesudahan.. Ada je berita camni.. Dimanakah sifat perikemanusiaan? Kes terbaru ni berlaku di Kuantan, Pahang.. Jom baca sedikit daripada berita penuh tentang berita sedih ni..
“Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula.. Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya.. Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa..”
Itu kata-kata daripada Norhidayah Ahmad yang berumur 22 tahun, ibu kepada bayi 8 bulan, Mohamad Adam Mikhail Abdullah yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.. Teman lelaki ibunya pula berumur 19 tahun..
Sekarang ini, bayi berkenaan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).. Norhidayah dikatakan tidak menyangka perkara ini berlaku kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.. Beliau menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin..
Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.. Untuk berita penuh, kena la dapatkan HARIAN METRO hari ni..
apa nak jadilah zaman skrg ni...
ReplyDeleteassalamualaikum eraz...semakin menjadi2 kes mcm ni skg kejam betul...:)
ReplyDelete