Tuesday 26 June 2012

TERKINI 26 JUN 2012 : Selongkar Kes Remaja 3D ! Diculik, Diperkosa, Dipaksa Kahwin..

TERKINI 26 JUN 2012 : Remaja 3D ! Diculik, Diperkosa, Dipaksa Kahwin..

Seperti biasa, datang pagi-pagi kat ofis, tak sah kalau tak selak akhbar.. Kalau tak yang hardcopy, selak jugak yang online.. Terjumpa berita yang menarik atau yang boleh memberi pengajaran bersama, E'raz akan kongsi bersama pembaca lain.. Fuh! Kes hari ni, CULIK, PERKOSA, PAKSA KAHWIN.. Bunyi cam sadis kan.. 

Kes ni berlaku kepada remaja berumur 15 tahun yang mana mengalami pengalaman menakutkan apabila diculik di Jeli, Kelantan dan kemudian dibawa ke Grik, Perak, lalu diperkosa.. Mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk dinikahkan secara paksa oleh perogol terbabit tetapi 36 jam kemudian, gadis berkenaan ditinggalkan di tepi jalan di sini, Sabtu lalu.. Giler kesian dekat remaja nih.. Mesti trauma!

          
Lagi berita yang dipetik Harian Metro, difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam Khamis lalu, pelajar tingkatan tiga itu sedang membantu ibu saudaranya berniaga di kedai makan di Sungai Mekong, Jeli, Kelantan, apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul dan menarik remaja itu ke dalam Proton Wira.. Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azizul, 43, berkata mangsa dibawa ke Jeli oleh ibu saudaranya yang datang ke rumah keluarganya di Grik.

“Saya difahamkan anak saya dibawa ke Kampung Belum Baru, Grik dan dirogol dalam kereta oleh lelaki berusia 30-an itu,” katanya sedih ketika ditemui di sini, semalam.

Minta jauh perkara seperti ni berlaku lagi dan berlaku dikalangan keluarga-keluarga kita..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. DiGi’s Promosi Sosial
2. Monsters University

7 comments:

  1. Gila ke hapa penculik tu? Takutnya....

    ReplyDelete
  2. dunia zaman sekarang.. takut nyeerrr.. :(

    ReplyDelete
  3. mcm2 skang ni.. minta2 dijauhkan lah.. keep update enty best2 since dah follow u

    ReplyDelete
  4. itu la yg paling kita takutkan. sekarang ni jangan kata gadis.. mak orang pun diorang sebat..

    ReplyDelete
  5. mang aiii scarynya...gilakk pencuri tuh

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.