Saturday 2 June 2012

TERKINI 02 JUN 2012 : Nenek Maut Dalam Kes Cubaan Ragut di Pasir Mas, Kelantan

02 JUN 2012 : Nenek Maut Dalam Kes Cubaan Ragut di Pasir Mas, Kelantan

Lagi kes maut selepas cubaan ragut.. Lagi terkilan bila seorang warga emas yang terlibat.. Makin hari, makin banyak kes ragut yang meragut nyawa.. Tiada belas kesian sungguh.. Jom baca sikit artikel kes ragut ni.. Salam takziah untuk keluarga mangsa dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa..


MAUT...mayat Zahrah (gambar kecil) diusung ke kereta jenazah untuk disemadikan.

KOTA BHARU: Seorang wanita warga emas tidak sempat tiba di rumah bagi membuat kuih untuk dijual, apabila dia menemui ajal dalam kejadian cubaan ragut kira-kira satu kilometer (km) dari kediamannya di simpang tiga Pusat GiatMara, Pasir Mas, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Zahrah Zakaria, 63, yang juga seorang ibu tunggal, meninggal dunia jam 6.45 pagi keesokannya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, akibat kecederaan parah di kepala selepas terjatuh daripada motosikal yang dinaiki bersama adiknya, Faridah Zakaria, 43.

Bagaimanapun, Faridah hanya mengalami kecederaan ringan di buku lali kanan dan dirawat sebagai pesakit luar hospital sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Deputi Superintendan Tengku Azman Tengku Abdullah berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama adiknya yang menunggang motosikal Yamaha dalam perjalanan pulang selepas membeli barang dapur di bandar Pasir Mas.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

2 comments:

  1. hadiah super awesome,rugi tak join!!
    http://ainiesempoy.blogspot.com/2012/06/mega-tech-giveaway-by-mizzsninie-cikmun.html

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.