(GAMBAR) Kisah Penghijrahan dan Keikhlasan Farah Asyikin.. Kini BERTUDUNG..
Lepas terbaca Pancaindera (Sisipan Mingguan Malaysia) semalam, tergerak hati nak membuat entri tentang penyanyi lagu Kembali Lagi Di Sisimu, Farah Asyikin.. Selepas ramai artis wanita Malaysia bertudung antaranya Liza Hanim, Nora, Siti Nordiana, Farah AF2, Irma Hasmie, Diana Amir, Siti Fazurina, Yatt dan lain-lain, kini muncul Farah Asyikin dengan imej bertudung litup dan bersarung tangan sentiasa..
"Farah memanjatkan kesyukuran kerana diberi hidayah sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang membuatkan hidupnya begitu tenang."
Kisah penghijrahan :
"Bercerita tentang pengalaman yang membuatkan hatinya mahu berhijrah, Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008 memberitahu, semuanya berlaku sewaktu memandu pulang dari menghadiri majlis pertunangan Farhan AF4."
"Beberapa hari sebelum itu, saya sudah terima imbasan dosa-dosa masa lampau yang cukup menginsafkan. Tapi apabila ia berlaku sekali lagi sewaktu saya memandu, menambahkan lagi rasa kedu di hati."
""Saya rasa cukup terhina dengan perbuatan masa lampau saya. Hati saya merintih sayu kerana terlalu lalai dan mengejar dunia sedangkan bekalan akhirat sedikit cuma," cerita Farah beremosi kesal dengan kesilapan diri sebelum ini."
Kerjaya sekarang :
Farah kini baru menceburi bidang pendidikan sehingga membuatkan keseluruhan hari yang ditempuhinya itu cukup bermakna.. Bergelar guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara Kuala Lumpur sejak 17 Mac lalu adalah satu tanggungjawab baru buat dirinya..
syukur alhamdulilah..
ReplyDeletecantik dia bertudung :))
ReplyDeleteklu pakai tudung 2,jgn pakai tudung bukit.....Zaman skrg ni org pakai tudung,tapi masih lagi nampak aurat.. aurat 2 wajib TUTUP..Pakai tudung 2 x Wajib..
ReplyDeleteassalamualaikum eraz....semua artis dah bertudung skg ni kan...:)
ReplyDelete