Dang Suria Tenaga Pengajar Realiti TV On Air
Ingat lagi tak kes ni dulu? Lupa? Leh baca entri ni.. Kes On Air Dang Suria.. Kini Dang Suria dilantik sebagai Tenaga Pengajar untuk On Air yang akan mulakan siaran pada Mei ini.. Jom baca artikel ni..
Meskipun proses pencarian 20 finalis program realiti TV On Air sudah pun berakhir, masih ramai pihak yang belum lupa dengan komen salah seorang juri iaitu Dang Suria yang dianggap kejam tatkala sesi uji bakat yang berlangsung di Johor Bahru, Johor.
Malah, ada yang beranggapan komen berkenaan seperti tiada releven dengan kerjaya pengacaraan. Ini kerana, Dang Suria telah menilai dan mengkritik teruk sifat fizikal seorang peserta lelaki yang didakwa tiada daya penarik dan peserta perempuan yang bertubuh besar.
Tanpa memberikan peluang, Dang Suria terus mengenepikan bakat mereka dan meletakkan peserta berkenaan dalam kelompok individu yang langsung tidak layak diserap dalam program ini.
Justeru itu, kedua-dua peserta ujibakat tersebut tidak berpuas hati dan terus mengamuk di luar bilik uji bakat
Sungguh pun begitu, Dang Suria tidak diketepikan dan masih lagi terlibat dengan program ini serta meneruskan tugasannya sebagai tenaga pengajar kepada 20 finalis yang bakal memulakan pertarungan mulai 1 Mei ini.
Tidak mahu mengambil pusing dengan pelbagai cacian dan cercaan terhadapnya sebelum ini, Dang Suria menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah hanya untuk menjalankan tugasnya tanpa ada niat lain.
"Saya tahu ramai yang kurang bersetuju dan tidak puas hati dengan komen saya selepas menontonnya. Tapi, terus-terang pada ketika itu, saya hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai juri.
"Lagipun, apa yang saya komen itu adalah perkara yang benar . Saya rasa tidak salah untuk berbuat sedemikian rupa kerana dalam bidang showbiz ini, konflik dan drama perlu ada," katanya.
Tambah Dang Suria lagi, dia tiada niat untuk menjatuhkan maruah peserta itu atau bersikap kejam, sebaliknya mahu bersikap jujur untuk kebaikan seseorang.
"Saya hanya berkongsi pengalaman saya dalam komen-komen yang saya berikan.
"Jauh sekali untuk menjatuhkan dan memalukan seseorang kerana bagi saya seseorang yang ada niat baik kepada seseoang itu sahaja akan bersikap jujur dengan kata-katanya.
"Jadi komen dan nasihat saya itu hanya untuk menjadi kawan yang baik kepada mereka dan bukan berpura-pura atau pun hipokrit.
"Terpulanglah apa orang nak cakap kerana saya tidak boleh memuaskan hati semua orang dengan apa yang saya lakukan dan hanya saya sahaja tahu sebabnya," luahnya lagi.
Sebagai tenaga pengajar, Dang Suria dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap peserta On Air berada di landasan yang tepat.
Selain sibuk dengan tugasan baru ini, ibu kepada dua orang anak ini juga bekerja sebagai Pengurus Perhubungan Awam di Hotel Royal Bintang Kuala Lumpur.
Siaran pertama On Air akan dimulakan dengan Diari On AIr yang dikemudikan Karl Shafek sebagai hos di Astro RIa (saluran 104) pada setiap Rabu hingga Sabtu bermula 23 Mei ini, jam 10 malam.
Studio On Air pula bakal bersiaran selama lapan minggu di Astro Ria pada setiap Ahad bermula 27 Mei ini, jam 10 malam.
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.