Sunday 29 April 2012

Datuk Mohd Zawawi Yusoh : Tak Guna Cantik Kalau Tiada Iman

“Semua orang suka kecantikan dan mahukan anak cantik. Namun, apa gunanya berwajah cantik dan tampan tapi melawan ibu bapa. Jadi kecantikan dalaman sebenarnya lebih penting,” kata perunding motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh.

Menarik untuk bacaan semua.. Petikan ni diambil dalam Metro Ahad.. Mungkin Datuk di interview berikutan topik Mak Lawa, Anak Cun.. Jom sama-sama sambung baca..




Mohd Zawawi berkata, manusia boleh berusaha bagi mendapatkan keturunan cantik, namun ia ditentukan Allah.

Katanya, pembentukan muka, anggota badan dan pembesaran ditentukan Allah.

Beliau berkata, antara usaha yang boleh dilakukan ialah ibu mengandung digalakkan membaca surah Yusuf untuk mendapatkan anak cantik, surah Luqman bagi anak bijak dan surah Maryam untuk mendapatkan anak soleh.

Ini termasuk menjaga pemakanan dan kandungan supaya anak yang bakal dilahirkan sihat.

“Jika mahukan keturunan cantik, mungkin boleh memilih pasangan cantik seperti orang kulit putih yang berhidung mancung, berambut perang dan berbibir nipis.

“Namun, kecantikan itu tidak ada gunanya jika ia tidak seiring dengan sikap kita, lebih-lebih lagi jika langsung tidak beriman kepada Allah.

“Ambil contoh sahabat Rasulullah SAW iaitu Bilal bin Rabah. Bilal adalah hamba daripada bangsa kulit hitam dan kerap diejek kerana keadaan itu,” katanya.

“Namun Bilal antara individu terawal memeluk Islam dan diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran hingga dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah SAW,” katanya.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

1 comment:

  1. setuju! kdg2 cantik je tak guna tapi knowledge kurang!

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.