Monday 19 March 2012

Info : 6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh


Pertama : Kulit lebih Lembut dan Halus

Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang 'water heater' untuk mendapatkan air yang hangat dan mengilangkan kesejukan. Selepas itu, jika kita memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula lebih lembut dan halus.

Kedua : Melancarkan Peredaran Darah

Jika peredaran darah kita lancar maka tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah kita juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rase letih.

Ketiga : Meningkatkan Kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila kita mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testeron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

Keempat : Mengurangkan Risiko Darah Tinggi

Untuk kita yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kita mengurangkan penyakit kita. InsyaAllah dengan izin Allah jika ia diamalkan selalu, penyakit kita akan pulih.

Kelima : Mengurangkan Tekanan Serta Tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat mandi pagi sebelum subuh.

Keenam : Meningkatkan Sel Darah Merah

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu,anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Sumber : Blog Zuraidah Binti Akmal

Jika anda rasakan artikel ini menarik dan boleh memberi manfaat, jangan lupa ye untuk Share kan bersama rakan-rakan anda di Facebook. Cuma klik pada butang Share berwarna biru di bawah. 


--------------------------------------------

5 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.