Thursday 15 March 2012

Cindai Jadi Pilihan Malam ni..

Plan aku nak post entri sal  Cindai  ni, dari pagi tadi lagi.. Tapi tak sempat.. 

Kenapa Cindai? Sebabnya aku dengar Dato' CT nyanyi 'live' kat Suria FM pagi tadi.. Lame giler tak dgr lagu ni.. Lepas dengar pagi tadi, rasa macam nak dengar lagi dan lagi.. Haha.. 

Info-Info, lagu ni dicipta oleh Pak Ngah dan Hairul Anuar Harun.. Album ni terjual 120,000 unit tu.. Wow! Tup-tup Cindai menang AJL tahun '98.. 

Pernah masa mula-mula lagu ni keluar, ada yang kata lagu ni berhantu.. Bahagian mana yang berhantu tu, aku tak tahu la.. Semua tu pendapat orang.. Tugas aku, dengar je..



Lirik

Cindailah mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu

Mendendam unggas liar di hutan
Jalan yang tinggal jangan berliku
Tilamku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku
Hias cempaka kenanga tepian
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga si bunga impian
Gugurnya sebelum berkembang

Hendaklah hendak hendak ku rasa
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan

Janganlah jangan jangan ku hiba
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta
Merajuk bukan berpanjangan

Akar beringin tidak berbatas
Cuma bersilang paut di tepi
Bidukku lilin layarnya kertas
Seberang laut berapi

Gurindam lagu bergema takbir
Tiung bernyanyi pohonan jati
Bertanam tebu di pinggir bibir
Rebung berduri di hati

Laman memutih pawana menerpa
Langit membiru awan bertali
Bukan dirintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali

5 comments:

  1. lagu masa ju tecik2 dulu..
    konsert live dari bilik shower :P
    hehehehehe...

    ReplyDelete
  2. waah ! lama tak dgr lagu nih, nostalgia sunggoh ! haha

    ReplyDelete
  3. imbau nostalgia silam ye.. dato' ct tengah popular masa ni

    ReplyDelete
  4. eh cindai , lagu berhantu ni..hehe tp mmg sweet n traditional kan lagu dia...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.