Wednesday, 29 March 2017

Nasi Lemak Gay

Nasi Lemak Gay | Assalamualaikum w.b.t.. Edisi nama Nasi Lemak ni memang dah melampau kot.. Pada mulanya agak ok dengan Nasi Lemak Spiderman.. Lepas tu bermula dengan nama Nasi Lemak Anak Dara.. Lepas tu dah agak melampau dengan Nasi Lemak Pondan.. Seterusnya muncullah Nasi Lemak Gay.. Adoi.. Rasa dah macam melampau-lampau la.. Lepas ni nama apa la lagi.. Ramai dah senaraikan.. 

Nasi Lemak Gay
Nasi Lemak Gay

Yes.. Memang betul.. Dengan meletakkan nama berkenaan, itu salah satu cara nak pasarkan jenama nasi lemaknya dengan mudah, tetapi semua orang boleh terima ke? Bila dah melibatkan isu-isu yang sensitif, for sure ramai netizen yang berkata-kata.. Pemasaran dia berjaya.. Jualan? Tak semestinya kot.. 

Kalau korang la dengar Nasi Lemak Gay.. Apa pertama sekali korang akan fikir? Renung-renungkan.. Dah dapat publisiti percuma pada tuan milik Nasi Lemak Gay ni.. Hehe..

Read more ...

Tuesday, 28 March 2017

Siti Nordiana, Pengacara Gema Gegar Vaganza

Siti Nordiana, Pengacara Gema Gegar Vaganza | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam ada terbaca pasal program terbaru dari Astro ni.. Gema Gegar Vaganza.. Katanya salah seorang pengacaranya ialah Siti Nordiana.. Betul ke wartawan ni tulis.. Betul ke Siti Nordiana.. Salah tulis ke? Macam tak percaya.. Tapi sekali lagi terbaca berita yang sama di mStar.. So betullah Siti Nordiana akan bergandingan dengan Achey Bocey serta Fikri (Lawak Solo) sebagai pengacara program Gema Gegar Vaganza yang akan di tayangkan di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) pada setiap hari Sabtu, 9 malam bermula 08 April 2017..

Siti Nordiana, Pengacara Gema Gegar Vaganza
Siti Nordiana, Pengacara Gema Gegar Vaganza

Gema Gegar Vaganza ini seakan sama dengan program Gegar Vaganza tetapi akan mempertaruhkan lagu ketuhanan yang mana akan disertai oleh artis yang pernah mempunyai nama sebelum ini iaitu Kumpulan Hijjaz, Kumpulan Saujana, Kumpulan Mirwana dan Kumpulan UNIC manakala peserta sola ialah Hafiz Hamidun, Ana Raffali, Bienda, Azmi Caliph Buskers, Izam (EYE) dan Wani.. Juri tetap untuk program ini ialah Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi..


Read more ...

5 Langkah Tempah Hotel di Trivago Secara Online

5 Langkah Tempah Hotel di Trivago Secara Online | Assalamualaikum w.b.t.. Kalau korang nak pergi bercuti, for sure mesti banyak pilihan laman web yang boleh dipilih untuk membuat tempahan kan.. Dalam banyak-banyak tu mesti ada yang terbaik kan.. Antara yang Eraz pernah guna ialah Trivago.. First time guna masa Eraz ke Kuala Terengganu.. Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah bermula dari mencari nama-nama hotel yang berdekatan, sampailah ke saat pembayaran.. Bila semua dah settle, sampai masa, pergi check in je.. Bayaran semua dah settle kan.. Alhamdulillah.. So korang pun boleh la guna Trivago.. Insyallah puas hati punya..


So, kenapa sebenarnya memilih Trivago? Sebabnya Trivago merupakan satu laman web carian hotel murah terhebat di dunia kerana boleh membenarkan kita untuk memilih hotel-hotel terbaik dunia.. Melalui online sahaja, korang boleh pilih hotel-hotel yang ada di Malaysia mahupun luar pada Malaysia.. Singapura ke, Jepun ke.. Mana-mana lah.. Caranya tersangatlah mudah..

5 Langkah Tempah Hotel di Trivago Secara Online

1. Pergi ke laman web www.trivago.com.my.. Lepas terus pilih kawasan tempat korang nak bercuti.. Nanti Trivago akan senaraikan untuk korang..


2. Mencari hotel penginapan anda

Bila korang dah masukkan tempat korang nak bercuti, boleh la masukkan teruskan tarikh nak check in dan nak check out.. Jenis bilik pun kena pilih terus sebab mana la tahu ada masa pergi dengan kawan-kawan mesti bilik kecil sikit kan, tapi kalau dengan family, mesti bilik besar sikit.. Terus SEARCH..


3. Menempah hotel pilihan anda

Selepas selesai buat pilihan lokasi hotel berkenaan, Trivago akan senaraikan hotel yang ditawarkan dan korang boleh buat membuat pilihan mengikut populariti, harga dan jarak.. Semua atas keselesaan dan ciri-ciri yang korang nak..

Untuk melihat perincian berkenaan, anda boleh klik bahagian filter OK..


4. Membuat bayaran tempahan

Selepas puas hati dengan pilihan hotel, korang boleh terus klik pada pilihan korang dan laman web terus akan bawa korang ke laman web untuk membuat bayaran.. Di situ, korang boleh membuat pilihan untuk tempah hotel bersama sarapan atau tidak.. Bergantung kepada pilihan masing-masing.. Simple je.. 

5. Selepas dah pilih semua dan tetapkan cara nak buat bayaran, ikut je arahan yang ditetapkan dan biasanya tak sampai 5 minit, tempahan selesai.. Email pun korang akan terima.. So tunggu masa je la untuk bercuti.. Hehe..

Semoga info membuat tempahan menggunakan Trivago ini berguna kepada korang.. Pilihlah Trivago!!!!

Untuk maklumat lebih detail lagi, korang boleh la ke laman web INI.. Terima kasih..
Read more ...

Friday, 17 March 2017

MAHALNYA ! Pisang Goreng 4 Keping = RM 2

Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam sesuatu lak tajuk entri kali ni.. Tapi itulah hakikatnya.. Baru ni Eraz singgah beli Pisang Goreng di tempat biasa tetapi sangat terkejut dengan harganya.. Pisang Goreng 4 Keping = RM 2.. Kita beli untuk staf office yang ada hanya 2, 3 orang hari tu.. Beli la kerepok lekor RM 2 dan Pisang Goreng RM 2.. Biasa dah cukup dah.. Dan mungkin tak habis.. Tapi yang berlaku hari tu memang buat kita terkejut..


Kenapa? Sebabnya biasanya memang suka singgah beli kat makcik ni dan sebelum memang sedap la.. Tapi kenapa la kali ni terkena lak macam ni.. RM 2 bersamaan 4 keping.. Masa order beritahu harga RM 2 keropok dan RM 2 pisang goreng.. So tengok dia letak kerepok dah pelik.. Kenapa sikit kan.. Lepas tu bilang dia letak pisang goreng, eh! 4 je.. Sebelum balik tu dan nak bayar, tanya sekali lagi, berapa harga ni makcik.. RM 4.. Errrmmmm.. Baiklah..

So mungkin hari tu pisang mahal kot.. Dan mungkin hari sebab makcik dan potong kecik-kecik pisang tu.. Dan mungkin hari bla bla bla.. Itulah yang difikirkan dalam kereta.. Hakikatnya zaman sekarang, banyak barang dah mahal.. Rasa macam berbeza sangat sangat sangat dari dulu.. Apa boleh buat.. Ini di zaman kita dewasa.. Kalau di zaman anak kita pulak dewasa, tak tahu la kan.. 

Read more ...

Wednesday, 15 March 2017

Cara Bagi Anak Berkelakuan Baik Di Kedai Makan

Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang ni, kalau nak makan satu keluarga di luar, memang kami memerlukan sesuatu yang boleh buat anak rasa tenang sementara menunggu makanan siap dan sampai ke meja makan.. Kakak Zara dah ok sekarang.. Tapi adik Adam yang semakin membesar ni memang perlukan sesuatu.. Kalau tak, memang dia tak selesa menunggu lama.. Ya lah, budak kecil kan.. Mana boleh duduk diam lama-lama kecuali tidur..


Kalau sebelum INI Eraz pernah cerita berikan Galaxy Tab sementara nak nunggu makanan, kalau yang terbaru ni, Eraz terpaksa jalan sikit pergi beli buku mewarna dan crayon walaupun di rumah dah ada banyak.. Daripada bagi mereka pegang alat elektronik bercahaya, baiklah kita bagi buku kan.. Mata pun tak terjejas..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan lepas makanan sampai, mereka dapat makan dengan tenang.. Dalam kepala, lepas ni ada tahu nak bawa apa-apa siap-siap.. For sure mereka berdua akan syok punya main.. Apa dia? Magic Book.. Korang boleh tengok videonya di sini..

Read more ...