KWSP Umum Dividen Tahun 2012, 6.15 %
KWSP telah umum dividen semalam.. Bagi tahun 2012, nampaknya sebanyak 6.15%.. Nampak dividen untuk tahun demi tahun, meningkat.. Dan juga tahun 2012 menjadikan tahun dividen yang paling tinggi.. Begitu juga dengan pihak Tabung Haji baru-baru ini..
Cerita diluar berita asal : Kisah dividen KWSP ni sampai di telinga E'raz sejak seminggu dua lepas.. Sebabnya, setiap hujung minggu bermula minggu CNY baru ni, pihak Public Mutual membuka booth di sini.. Jadi sempatlah diaorang promote produk mereka yang menggunakan akaun 1 simpanan KWSP.. Semuanya boleh dimulakan selepas pengumuman dividen ini.. Siapa kat sini ada join Public Mutual? E'raz belum tapi macam menarik.. Sedang menunggu agen daripada Public Mutual ni datang ke pejabat, khas untuk memberi taklimat..
ps : #Macamana la boleh lupa password i-Akaun KWSP ni..

