Sunday, 9 February 2020

Permohonan eGtukar 2020 Dibuka Bermula 17 Februari 2020

Permohonan eGtukar 2020 Dibuka Bermula 17 Februari 2020 | Assalamualaikum w.b.t . Perkataan eGtukar ni memang ditunggu oleh semua guru di Malaysia . Bila dah buka dan isi borang , buka sekadar saje-saje tetapi dengan penuh harapan . Hanya mereka sahaja yang faham . Btw , Eraz ternampak iklan ni masa duk skrol facebook awal pagi tadi .

Entri yang dilink kan tu dari laman web pendidik2u . Korang boleh terus ke laman web berkenaan kalau nak baca full atau boleh baca quote di bawah ni ok ;

Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan makluman berkenaan info pertukaran guru bagi sesi Jun 2020 dan Januari 2021 di laman web egtukar. Berikut merupakan maklumat terkini berkenaan perkara ini . 
Pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi tahun 2020 , kementerian pendidikan malaysia .
Adalah dimaklumkan permohonan pertukaran guru bagi tahun 2020 melalui modul e-gtukar akan dibuka mulai :
17 Februari 2020 hingga 17 Mac 2020 bagi sesi pertukaran Jun 2020 dan Januari 2021,
Pengemaskinian maklumat diri melalui sistem pengurusan sekolah (sps) modul pengurusan guru e-operasi adalah tanggungjawab pemohon sebelum 16 Februari 2020 .


Apa-apa pun , selamat mencuba pada semua guru dalam Permohonan Permohonan eGtukar 2020 ni ok . Insyaallah mungkin tahun 2020 ini milik korang . Amin .

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.