Sunday, 9 February 2020

Keputusan Anugerah Juara Lagu ( AJL ) 34

Keputusan Anugerah Juara Lagu ( AJL ) 34 Tahun 2020 | Assalamualaikum w.b.t . Walaupun AJL nya malam ni , tapi Eraz buat entri terus la pagi ni . Kalau nak tunggu malam ni , memang rasenya tak akan muncul la entri ni . Haha . Saje buat entri ni untuk utarakan pendapat sendiri . Apa yang sendiri nak dalam keputusan walaupun tak mahir dalam muzik . Hehe . 

Masa Separuh Akhir hari tu , memang banyak juga la frust . Banyak lagu favourite tak lepas . Tapi siapa la kita nak menidakkan keputusan juri profesional . Eraz ni netizen yang baik . Tak de la p komen itu ini . Haha . Sekadar baca dan bercakap sendiri je la . Tidak pun bercakap dengan wife . Itu je . 

Kalau tengok semula di Youtuber persembahan semua peserta Separuh Akhir , banyak yang logik juga kenapa lagu-lagu favourite tak lepas ke AJL akhir tu . Terutama komen Hijau Kertas tu . Punyalah semangat skrol carik untuk baca . Gitewww . Hah. Ok berbalik kepada AJL malam ni ok .


So Eraz tak payah la senaraikan semua peserta kan ? Kalau korang google , mesti banyak korang jumla dah list tu . Ke nak guna ? Errmmm . Ok la , supaya nampak entri ni cantik , Eraz senaraikan la juga untuk bacaan semua . Takde la siapa yang baca entri ni , tiba-tiba kena p google cari di entri orang lain pula kan . Ok ini dia peserta akhir malam ni :

  1. "Drama" - Drama Band
  2. "Sumpah" - Naim Daniel
  3. "Kisah Cinta Kita" - Hafiz Suip
  4. "Ku Bersuara" - Ernie Zakri
  5. "Anta Permana" - Bob Yusof (menggantikan Dato' Sri Siti Nurhaliza)
  6. "Bangun" - Aman RA
  7. "Ragaman" - Fairuz Misran (menggantikan Faizal Tahir)
  8. "Rampas" - Akim & The Majistret
  9. "Dinda" - Kugiran Masdo
  10. "Peneman" - Hazama & The Penglipurlara
  11. "Lembah Kesepian" - Haqiem Rusli
  12. "Sumpah" - Aina Abdul


Ok kalau korang , siapa korang pilih ? Mesti ada favourite kan ? Kalau tanya Eraz , nak sangat lagu Sumpah by Aina Abdul yang menang ! Kenapa ? Sebabnya kalau lagu ni best . Dan suara Aina pun power . Kalau Aina menang , mesti dia akan naik la lepas ni . Tengok la kalau tak percaya .


Tapi biasa la , inikan penjurian 'terbaik' , so memang malam ni juga la penentunya . Memang kalau tengokkan ramalan , banyak suara-suara mengeluarkan pendapat . Untuk Vokal Terbaik , memang lagi ramai yang tunggu . Aina , Ernie dan Hafiz antaranya yang disebut . Kalau Hafiz dapat , memang power la . Bekas juara kan . 

Anta Permana ? Ini lagi satu . Eraz ni membesar dengan Siti Nurhaliza ok . Walaupun DCT tak menyanyi sendiri lagu tu , ada letak harapan lagu tu sangkut Top 3 ! Lagu Siti kot . Hehe . Apa-apa pun , kita semua tunggu malam ni ok . Apa-apa boleh terjadi . Memang dah rekod awal-awal sebab tak sure boleh tengok live atau tidak wei . Biasa la kalau dah ada anak-anak ni . Lama tak cerita pasal Zara Adam dalam ni . Errrmmm . Wassalam .

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.