Tuesday, 5 March 2019

Elfira Loy Hamil ?

Elfira Loy Hamil | Assalamualaikum w.b.t . Kadang-kadang Netizen ni memang hebat . Tuan badan tak umum pun lagi , tapi mereka dah dapat detect . Kalau siapa yang follow Instagram Elfira Loy dan suaminya , Faris Anuar , mereka tak de pun umum apa-apa . IG Stories pun , tapi netizen dah boleh tahu semua tu . Mungkin ada sumber yang mereka boleh percaya yang beritahu tu , Wallahualam .

Elfira Loy Hamil

Tapi kalau betul Elfira Loy Hamil pun tak de masalah , orang dah sah kahwin . Cuma biasa la , di awal hamil , orang tak umum sangat . Biar la stabil dulu . Macam Eraz dulu , wife hamil 5 bulan baru beritahu . Hehe . Eraz tahu berita ni pun melalui Explore Instagram tu . Lepas tu masa nak dengar lagu Demi Kasih Sayang - Siti Nurhaliza di Youtube , terjumpa lagi berita video di bawah :


Macam yang Eraz beritahu , betul ke tidak Elfira Loy Hamil , biarlah tuan punya diri yang umumkan . Apa-apa pun , tunggu berita sahih ok . Kalau betul hamil , tahniah . Rezeki awal ni orang kata . Syukur . 

Bila buat entri pasal 'Elfira Loy Hamil' hamil ni , rasa macam throwback masa awal-awal buat blog dulu . Haha . Semoga Eraz kekal istiqamah untuk aktif dalam menulis di blog ERAZFADLIDOTCOM ni sebaik mungkin . Terima kasih semua .

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.