Sunday 26 February 2017

Mampukah Kita Jadi Suami Seperti Rasulullah S.A.W Ajar ?

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Semangat menulis tu datang kembali selepas merundum jatuh tahun lepas.. Sangat sangat kecewa dengan diri sendiri tapi setiap hari walaupun tanpa tulisan, memang bermain dalam kepala untuk tulis entri baru.. Idea ada, masa yang mencemburui orang kata.. Alasan lain? Banyak sebenarnya.. Tapi disebabkan minat untuk menulis dan ber'title' blogger yang tegar tu, memang setiap hari nak bangkit..

Alhamdulillah bermula Februari 2017 ni, Eraz muncul kembali dengan cara tulisan yang sama.. Berbekalkan title blogger personal, parenting dan lifestlye, akan muncullah entri yang Eraz rasa perlu ditulis dan dibaca oleh semua pembaca.. Walaupun pun ada pembaca lain yang tak aktif dah, insyaallah harapnya akan muncul pembaca-pembaca baru yang lain.. 

Entri ni Eraz rasa nak sangat share kerana rasanya macam berguna kepada semua.. Ianya sesuai dengan lelaki yang akan berkahwin mahupun yang sudah berkahwin.. So silalah baca.. Fikir dan tanya hati, adakah kita mampu menjadi seorang suami yang mengikut ajaran Rasulullah S.A.W atau tidak.. Di sini ada empat gambar bersama caption yang senang difaham.. Semoga berguna kepada semua.. Insyaallah..




Read more ...

Saturday 25 February 2017

Kenapa aku pilih TYZARA

Kenapa aku pilih TYZARA | Assalamualaikum w.b.t.. Sejujurnya setiap kali sapu lantai, samada wife atau Eraz sendiri yang sapu, memang rambut salah satunya 'aset' utama yang masuk dalam bakul sampah.. Merata-rata pula tu.. Di sikat memang tak payah cakap la.. Kami suami isteri memang ada pernah tukar banyak jenis syampoo.. Tapi nampaknya macam kurang menjadi je.. Wife pernah bagitau, rambut gugur lepas bersalin semakin menjadi-jadi.. Terpaksa la fikir alternatif mencari cara rawat rambut gugur.. Memang semua wanita bersalin alami masalah yang sama ke? Itu satu masalah rambut kan.. 

Rambut gugur memang menjadi masalah utama untuk ramai rakyat Malaysia amnya dan juga rakan-rakan sekeliling khususnya.. Jenis rambut yang bermasalah ni banyak kan.. Contohnya rambut gugur yang tak terkawal, rambut rosak / bercabang, gatal kulit kepala dan kelemumur, berminyak, kering, rambut yang tidak sihat dan paling tak best lagi ialah berbau.. Tidak!!! Korang semua gunakan shampoo apa untuk halang semua ni???

Eraz sebagai blogger dan suka blogwalking ke blog-blog, terjumpa satu entri menarik bertajuk, Rambut Gugur? Guna Tyzara Je by MamaKembarTiga… Sejujurnya perkataan Tyzara tu memang kali pertama dengar masa tu.. Sebab memang ada masalah rambut gugur, jadi baca dari A sampai Z.. Apa yang lekat dalam kepala ialah jangan terkejut kalau masa guna tu macam tak de buih sangat dan kulit kepala terasa sejuk dan nyaman, rasa ringan.. Hehe.. 

Kredit Gambar : Qaseh

Kenapa pilih TYZARA? Sebabnya, dengan apa testimoni yang dipaparkan juga bahan-bahan yang terkandung, Tyzara insyaallah dapat bantu selesaikan masalah rambut ni Eraz dan isteri nanti dan juga masalah-masalah rambut rakan-rakan yang lain macam rambut gugur yang tak terkawal, rambut rosak / bercabang, gatal kulit kepala dan kelemumur, berminyak, kering, rambut yang tidak sihat dan berbau.

Tyzara adalah jenama bagi Shampoo Rawat Rambut yang lebih dikenali sebagai shampoo soya.. Bila sebut soya, semua orang tahu la kan.. Tyzara menggunakan bahan yang berkualiti tinggi, PROTEIN SOY.. Ia dihasilkan daripada kacang non-GMO (iaitu kacang yang tidak diubahsuai secara genetik) dan ia diperbuat daripada kacang soya asli.. Di mana protein soy ini memberi tenaga pada rambut kita..

Selain daripada itu, ada juga PANAX GINSENG ROOT EXTRACT yang mana boleh menguatkan akar rambut dan memberikan kesuburan kulit kepala untuk memberi ruang anak rambut baru untuk tumbuh.. Dan juga MAJUS ROOT EXTRACT untuk memberikan vitamin pada akar rambut dan menyahkan kotoran kulit kepala.. Bagus kan..

Tak sabar dah ni nak guna Tyzara Shampoo.. Kita dah tanya serba sedikit pada Tyzara Shampoo ni dengan agent mereka.. Katanya nak kesan berganda, boleh gunakan Serum Tyzara juga.. Harga pun dapat pakej tu.. Lagi-lagi kalau masa promosi, lagi la berbaloi beli.. Hehe..


By the way, korang yang lain juga boleh dapatkan info tentang Tyzara ni melalui platform di bawah :

Hotline : 019-5767697

Dalam masa yang sama, jemput juga join contest ini..

Kenapa aku pilih TYZARA
Kenapa aku pilih TYZARA 
Read more ...

Cara Menggunakan Sempoa

Cara Menggunakan Sempoa | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam ada bercakap dengan dua orang staf kat office ni.. Katanya dia terpaksa belajar menggunakan Sempoa sebab anak sulung mereka yang baru masuk Darjah 1 tanya macamana nak guna.. Haha.. Gelabah juga la kan bila anak minta ajar.. Ya la, zaman kita dulu, rasanya tak semua guru atau sekolah pakai Sempoa.. Jadi macamana nak ajar anak buat homework, kalau kita sendiri tak pandai guna.. Hehe.. 

Salah seorang staf tu siap download apps lagi sebab nak belajar.. Yes, idea yang bijak.. Kalau masa tu nak keluar pergi beli Sempoa pun tak jadi juga sebab kena belajar dulu.. Salah satu cara lagi, boleh try cari kat Youtube.. Insyaallah jumpa.. By the way, entri hari ni Eraz jadi Sempoa sebagai tajuk.. Gunakan gambar bila cepat faham.. Tapi ini basic.. Untuk lanjutan, kena google lagi la.. Tapi search video kat Youtube..

Cara Menggunakan Sempoa

Cara Menggunakan Sempoa

Cara Menggunakan Sempoa

Cara Menggunakan Sempoa

Cara Menggunakan Sempoa

Cara Menggunakan Sempoa
  
Cara Menggunakan Sempoa

Senangkan nampaknya.. Tapi itu baru 'mengenal nombor' ya.. Untuk tambah, tolak, darab, bahagi, korang kena cari tempat lain la.. Insyaallah kalau ada jumpa di mana-mana, Eraz akan 'tepek' di sini.. Eraz sendiri pun nak belajar ni walaupun anak sulung baru 4 tahun.. Hehe.. Math memang favourite dan ada kelebihan sikit, tapi Sempoa memang tak belajar dulu.. Zaman Eraz dulu, budak Chinese je kot belajar.. Sekolah Kebangsaan tak belajar sangat.. Selamat mencuba.. Walaupun tak tahu menggunakan Sempoa, korang jangan pula tak ajar anak tu.. Kecewa nanti anak.. Peace no war..

Read more ...

Friday 24 February 2017

Ada Orang Terengganu Atau Kelantan Kat Sini?

Assalamualaikum w.b.t.. Entri ni sangat sesuai dibaca oleh orang Terengganu atau Kelantan dan juga secara amnya kepada semua rakyat Malaysia lah sebab masing-masing ada pendapat kan.. Alkisahnya, awal pagi ni ada terbaca di Facebook Saudara Adha kita pada identiti dan jati diri di antara orang Terengganu dengan orang Kelantan apabila mereka berkahwin dengan orang luar.. Apa kaitannya? 


Malam ini saya nak kupas sedikit mengenai identiti dan jati diri di antara orang Terengganu dengan orang Kelantan apabila mereka berkahwin dengan orang luar. Orang Terengganu apabila mereka berkahwin dengan orang sama negeri, walaupun tinggal di luar, mereka tetap akan kekal jati diri dan masih bertutur dialek Terengganu. Tapi bila orang Terengganu berkahwin dengan orang luar Terengganu (kecuali Kelantan) dan mereka tinggal di luar, hampir majoriti akan hilang jati diri dan biasanya mereka sudah tidak boleh bertutur dialek Terengganu apabila pulang ke kampung..

Berbeza dengan orang Kelantan yang berkahwin dengan orang luar, mereka akan kekal dengan jati diri dan tidak lupa untuk bertutur dialek Kelantan walaupun sudah berpuluh tahun berada di luar. Ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan orang Terengganu / Kelantan yang berkahwin dengan orang luar. Mungkin anda ada pandangan kenapa mereka jadi begitu?

Kredit : Facebook Mohd Adha

So apa pendapat korang terutama orang Terengganu atau Kelantan? Korang ada pengalaman masing-masing ke? Eraz boleh cerita sikit sebagai orang Kelantan.. Setakat ni rasanya memang betul kenyataan di atas tu tentang orang Kelantan.. Kalau bukan 100% pun, mesti % tu banyak la.. Hehe.. Contoh abang kepada Eraz sendiri yang berkahwin dengan orang Subang Jaya.. Di sana memang mereka bercakap KL la.. Tapi bila balik kampung, slang or dialek tu memang kekal Kelantan.. Dah lama kot mereka tinggal kat sana.. Dan dah ada rumah dah.. 

Majoriti kawan pun sama.. Masih kekal dengan dialek Kelantan.. Macam Eraz bagitau tadi, bukan 100% la.. Kes kawan-kawan tu kalau tersasul pun, sikit-sikit je la kan.. Tapi still berbahasa Kelantan.. Untuk orang Terengganu, Eraz tak sure.. Ada orang Terengganu boleh komen? Hehe.. 
Read more ...

Thursday 23 February 2017

Cara Memohon Kad Debit-i Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M DEBIT-i)

Cara Memohon Kad Debit-i Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M DEBIT-i) | Assalamualaikum w.b.t.. Mesti berita pasal Kad Debit-i Diskaun Siswa 1 Malaysia ni dah tersebar luas kan.. Terutama sekali di whatsapp.. So korang sebagai pelajar IPTA dan IPTS dah mula isi ke? Ke ada yang masih belum dapat apa-apa berita lagi? 

Secara detailnya Eraz tak mampu la nak cerita penuh.. Boleh refer pihak IPT masing-masing.. Tapi perkara penting untuk tujuan pengisian, boleh refer gambar-gambar di bawah ni.. Diharapkan dapat membantu korang untuk mengisi borang permohonan Kad Debit-i Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M DEBIT-i) ni.. Eraz dah tak layak dah sebab dah konvo baru ni untuk program Master.. Huhu.. 

PROSES PERMOHONAN 
(Klik gambar untuk besarkan)


Kelayakan dan Kaedah Permohonan 
(Klik gambar untuk besarkan)


Dokumen Yang Diperlukan Semasa Pengambilan Kad 
(Klik gambar untuk besarkan)


Cara Memohon di Laman Web Bank Rakyat
(Klik gambar untuk besarkan)


Cara Memohon di Laman Web Bank Rakyat
(Klik gambar untuk besarkan)


POSTER Kad Debit-i Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M DEBIT-i)
(Klik untuk besarkan)

Read more ...

Selepas Hampir 4 Bulan Kena Chicken Pox

Assalamualaikum w.b.t.. Chicken Pox ni adalah perkara biasa yang kita dengar dijangkiti kepada bayi, kanak-kanak dan budak-budak kan.. Tapi kalau orang tua macam Eraz yang bergelar pakcik dah ni memang jarang.. Dan amat jarang juga berlaku, Chicken Pox menyerang banyak pada muka.. Tetapi ianya berlaku juga kepada Eraz.. Memang dari dulu mengelak untuk kena Chicken Pox sebab masa budak-budak dulu tak kena.. Tapi jika terkena pada anak sendiri, memang tak mengelak la.. Sayang mengatasi segalanya..

Zara dan Adam pada mulanya kena Chicken Pox ni.. Rujuk entri INI.. Selepas dua minggu atau lebih beberapa hari, tanda-tanda awal muncul pada bapaknya pula.. Nasib baik maknya dah pernah kena.. Hehe.. Ingat kan biasa-biasa la kan sebab tengok keadaan anak sebelum ini ok.. Tapi parah rupanya.. Rujuk entri INI.. Kepada Eraz kategori kan parah? Sebabnya Eraz sampai masuk wad selama 5 hari di KPJ.. Rujuk entri INI.. Selepas 20 tahun lebih tak masuk wad, akhirnya tidur juga di wad kali ni..

Paling terkesan ialah muka sebab banyak serang di situ.. Muka sampai bengkak dan sampai ke dalam mulut ada Chicken Pox.. Kami ke hospital disebabkan oleh Eraz tak boleh nak makan sebab sakit dan terus kena gastrik terlampau.. Sampai tak boleh nak bangun bagai.. Sangat teruk.. Alhamdulillah ada wife yang memang banyak bekorban, ada anak yang memahami walaupun kecil.. Sepanjang wife jaga Eraz kat wad, anak-anak tinggal di rumah mertua.. Ibu Eraz sendiri pun sempat bermalam satu malam di hospital.. 

Selepas dua minggu habis MC, memang terpaksa pergi kerja dengan muka yang lain dari dulu.. Semua orang yang berurusan tengok pelik je.. Ya la, sebelum ni ok je kan, tapi masa tu, sangat teruk rasanya.. Down giler rase tapi, bila fikirkan orang lain lagi teruk, semua tu hilang.. Kehidupan berjalan seperti biasa.. Eraz memang biarkan parut tu hilang sendiri walaupun tunggu berbulan.. Last-last parut tu kelihatan macam parut jerawat..

Selepas hampir 4 bulan..

Selepas hampir 4 bulan, parut tu masih ada.. Kalau dulu tak berapa berani sangat nak selfie.. Tapi sekarang dah ada keyakinan sikit.. Parut still ada, tapi tak ketara macam dulu.. Sudah selesa dengan keadaan 4 bulan yang lepas, tak kisah la orang nak tengok pelik pun.. Yang jadi pelik tu sebab sebelum ni memang Eraz jaga sangat penampilan muka.. Tapi bila dan berparut, memang orang cam la kan.. Mungkin juga Allah nak uji aset 'utama' Eraz di pandangan orang.. Kan? Positif..

Read more ...

Wednesday 22 February 2017

Demam 'Innocent Defendant'

Assalamualaikum w.b.t.. Masa belajar di USM dulu, akulah orang yang paling giler tengok drama korea.. Bermula dengan Winter Sonara, Autumn In My Heart dan seterusnya.. Boleh kata, banyak giler VCD dan DVD jadi koleksi.. Habis belajar pun masih lagi ada 'demam' tu tapi lepas dapat kerja sekarang pada tahun 2007, sikit demi sikit hilang rasa nak follow drama-drama korea.. Tapi baru-baru ni rasa tu muncul semua.. Giler ayat.. Haha..

Dalam pada ramai orang duk giler tengok The Legend of the Blue Sea, kita tengok Romantic Doctor, Teacher Kim.. Memang tak tengok langsung The Legend of the Blue Sea kecuali episod akhir sebab wife tengok.. Bermula dari drama Romantic Doctor, Teacher Kim sehinggalah drama tu tamat, digantikan pula dengan Innocent Defendant.. Ingat kan nak try tengok episod 1 je.. Tapi rupa-rupanya melekat sampailah sekarang..

Demam 'Innocent Defendant'

Kenapa follow drama Demam 'Innocent Defendant'? Sebabnya bagi Eraz, drama korea ni memang lain dari yang lain.. Masa duk tengok, selalu juga fikir, kenapa la drama Melayu kita tak de yang macam ni.. Kan best.. Drama macam Romantic Doctor, Teacher Kim pun takde.. Sorry to say, drama Melayu ni walaupun ada ciri-ciri menjurus kepada genre macam drama korea tu, tapi mereka lebih fokus kepada percintaan.. Harap-harap lepas ni akan muncul drama bagus macam ni.. 

Hari ni dah Episod 10 untuk Innocent Defendant ni.. Setiap episod memang menjanjikan sesuatu yang lain dan terkeluar dari apa yang kita fikir.. Memang bijak cara susunan jalan ceritanya.. Kalau siapa yang tak pernah tengok, ini sikit sinopsis.. Park Jung-woo adalah seorang pendakwaraya di Pejabat Pendakwa Daerah Seoul Tengah.. Satu hari, dia bangun dan mendapati dirinya seorang banduan yang akan dijatuhi hukuman mati.. Mengalami amnesia sementara, Jung-woo tidak tahu apa yang berlaku kepada dirinya sehingga berada ke dalam penjara.. Dia berjuang untuk mendapatkan kembali ingatan dan membersihkan namanya..


Kalau korang nak mula tengok, sempat lagi ni.. Setiap hari Selasa dan Rabu.. Pukul 8.15 malam di saluran Astro 393.. Tinggal lagi 7 episod kalau tak silap.. 

Read more ...

Tuesday 21 February 2017

Realiti Jadi Driver & Penumpang

Assalamualaikum w.b.t..

GAMBARAN AWAL

Biasanya memang sejak ada kereta sendiri, lepas tu berkahwin, lepas tu jadi Papa memang akan drive kereta sendiri ke mana sahaja diri sendiri nak pergi, ataupun keluarga nak pergi.. Ini kes untuk perjalanan jarak jauh terutamanya.. So bila dah drive sendiri, memang keseronokan tu ada.. Lagi jauh perjalanan, lagi la best rasanya.. Sebab tu la masa belum kahwin dulu, drive untuk ke tempat kerja dalam 40 km dan balik 40 km tu perkara biasa.. Tapi..

Terfikir juga dalam kepala.. Kalau la aku jadi co-pilot atau penumpang je, mesti la lagi best kan.. Kalau perjalanan jauh, boleh la snap gambar, update FB, update IG atau update blog kan.. Tapi sebab jadi driver, semua tu memang tak boleh la.. Check message penting pun masa tengah break sekejap atau masa traffic light merah kan.. Jadi dalam kepala, alangkah seronoknya kalau jadi penumpang kalau travel jauh.. Hehe..

GAMBARAN SEBENAR


Baru ni ke Kuala Terengganu sebab ada urusan penting family.. Kereta sendiri pula masuk bengkel.. So terpaksa menumpang adik.. So rasanya dah lama tak jadi penumpang kot.. Baru ni tercapai.. Haha.. Tapi gambaran awal memang meleset sama sekali.. Mula-mula masuk kereta, Adam Fitri dah awal-awal cop nak duduk dengan Papa.. Hehe.. Kalau jadi driver, memang tak perlu pegang anak kan.. Hehe.. Fokus drive.. So memang jadi baby sitter la.. Wife dengan Zara.. Kami di belakang.. Ok, memang tak boleh main hp ni.. Layan Adam..

Lepas tu, ada ketika cuba buka handphone.. Konon nak check FB, IG, Whatsapp dan plan nak update blog.. Sekali tak sampai 5 minit, dah pening dan sakit kepala.. Haha.. Peristiwa zaman belajar dulu kembali.. Naik bas mesti pening.. Dari KB ke Masjid Tanah dan sebaliknya, juga dari KB ke Penang, Penang KB, memang tidur je sepanjang masa.. Mabuk! Haha.. Itulah realiti sebenarnya.. Sangkaan gambar awal di atas meleset!

So lepas ni, nak volunteer la jadi driver.. Tak mau dah pening-pening.. Nak tidur kat belakang, tak sanggup sebab dah biasa jadi driver, so bila nak tidur tu, kesian pula pada driver tu kan.. Korang macamana?
Read more ...

Monday 20 February 2017

Sekali Lagi Ke BB World KB Mall

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah semalam Kelantan diumumkan cuti peristiwa sempena Himpunan RUU 355.. So dapat la cuti sekali dengan wife dan anak-anak.. Memang dalam plan nak balik rumah Ma Abah tapi sebelum tu bawa anak-anak have fun dulu.. Plan asal nak bawa kat satu tempat di Kubang Kerian, tapi bila ke sana, tutup.. So terus la kami ke KB Mall.. Boleh la lunch terus.. 

BB World KB Mall
BB World KB Mall

Kenapa tak perlu Aeon Mall yang ada di Kidzoona? Sebelum ni memang dah pergi dua kali.. Memang luas.. Orang pun ramai.. Tapi bila dah pergi ke Aeon Mall, jawabnya memang bukan ke kidzoona sahaja la.. Mesti akan ada sampingan lain.. Silap-silap balik lewat la ke rumah Ma Abah.. So play safe, terus kami ke KB Mall ke untuk main kat BB World KB Mall..

Kawasan memang tak luas, tapi alhamdulillah masa pergi tu tak ramai kanak-kanak ada.. Then lepas tu, terus sorang demi seorang dapat.. Tapi tak penuh la.. Paling penting tak de jumpa budak-budak yang jenis suka bergaduh dan berebut barang.. Itu paling penting.. Alhamdulillah, lepas sejam kot, pujuk dua beradik tu balik.. Hehe.. Diaorang ok, then terus lunch sekejap sebelum drive balik rumah Ma Abah..

Seperti yang dijangka, memang budak-budak tidur sampailah ke destinasi yang dituju.. Perut kenyang, penat main, semua bercampur la tu..

Read more ...

Saturday 18 February 2017

(VIDEO) Magic Book Khas Untuk Kanak-Kanak | Hanya Guna Air

Magic Book Khas Untuk Kanak-Kanak | Hanya Guna Air - Assalamualaikum w.b.t.. Satu penemuan baru untuk Eraz.. Masa duk terjah Facebook seorang kawan ni, nampak satu video pasal Magic Book ni.. Tanpa tengok berulang kali, terus salin no. tel si penjual dan terus save dan whatsapp hanya harga dan lain-lain la.. Memang sekali tengok dah tertarik.. Jarang-jarang berlaku ni.. Korang belum tengok? Ni Eraz upload kan di sini melalui Facebook.. Siapa-siapa tak boleh tengok, bagitau dalam komen ok.. Eraz cuba upload yang lain.. Tengok dulu..


Macamana? Menarik tak? Dengan hanya menggunakan air, lukisan berwarna tu muncul.. Lepas tu whatsapp tanya, bukan hanya ada satu jenis, ada dalam lima jenis buku semuanya.. Minimum satu buku ada 5 muka surat yang boleh digunakan.. PALING PENTING juga, Magic Book ni bukan sekali guna sahaja tetapi boleh guna berkali-kali sebabnya lepas guna, boleh keringkan dan guna semula.. Budak-budak memang suka!

Ini senarai buku yang ada katanya :

1. Alphabet ( 5 pages boleh warna )
2. Transportations (5 pages boleh warna)
3. Numbers (5 pages boleh warna)
4. Animals (5 pages boleh warna)
5. My First Story (5 pages boleh warna) 

Apa yang best buku ni?

❤ Hanya menggunakan air..
❤ Boleh warna lagi lepas ia kering.. boleh warna berkali-kali..
❤ Selamat untuk anak..
❤ Melatih koordinasi tangan dan mata..
❤ Belajar dengan seronok..
❤ Eksplorasi bakat seni anak..
❤ Tak perlu risau baju kotor..
❤ Magic untuk anak anda..
❤ Tahan lama, boleh guna berkali kali..





Untuk tempahan :

Whatsapp 0179773382 sekarang!
Whatsapp 0179773382 sekarang!
Whatsapp 0179773382 sekarang!

ATAU 

Tinggalkan No. Tel di ruangan di entri ini dan akan dihubungi secepat mungkin
Read more ...

Friday 17 February 2017

Muhammad Putra Naruto

Muhammad Putra Naruto | Assalamualaikum w.b.t.. Muhammad Putra Naruto Bin Mohd Shah Rizal menjadi viral selepas satu gambar yang diupload oleh bapanya baby berkenaan bersama caption di instagram.. Kalau korang baca tajuk entri ni, mesti dah perasan satu nama pelik kan.. Naruto.. Dan caption pula berbunyi, "Anakku, jadilah anak yang soleh dan jadi lah insan yang berguna kepada agaman dan negara.. Berlatihlah bersungguh2 untuk menjadi Hokage suatu hari nanti.. Amin.. #myson #tapawjunior # alhamdulillah #naruto".. Disertakan juga gambar surat beranak.. Diupload pula oleh bapanya..

Muhammad Putra Naruto

Kalau korang tengok, korang percaya atau tidak.. Disebabkan ramai yang terpedaya dan terus menjadi viral.. Eraz malas nak komen panjang isu ni sebab sekadar membaca.. Tetapi selepas viral, bapanya membuat kenyataan balas tentang isu ini.. Tahu apa??

Bapanya, Mohd Shah Rizal memberitahu sijil kelahiran berkenaan di edit sebelum diupload ke Instagram.. Beliau hanya mahu bergurau dan tak sangka pula gambar di viralkan.. Semua ni bermula bila family mencadangkan nama 'Naruto' diberikan kepada anaknya..

Nama sebenar bayi berkenaan ialah Muhammad Putra Iyyad.. Tapi sebenarnya, si bapa memang ada plan nak letak nama Naruto.. Tapi disebabkan maksud korang baik, so dia lupakan.. Maksud Naruto? "Pergolakan".. Apa-apa pun, dia meminta maaf secara terbuka jika ada yang kurang senang..

Kadang-kadang sesetengan perkara tu, kita tak sangka pun akan menjadi viral.. Mungkin sebab orang biasa-biasa, bila upload dalam instagram, siapa la sangat yang view.. Tapi tengok la juga isu yang cuba di upload.. Kalau memang pelik dan nampak sangat lain dari yang lainnya, confirm senang tersebar.. So berhati-hati!!!

Bawah ni gambar yang telah viral tu

Muhammad Putra Naruto
Muhammad Putra Naruto


Muhammad Putra Naruto
Muhammad Putra Naruto

Read more ...

Thursday 16 February 2017

Kedai Makan Sedap Nenggok

Kedai Makan Sedap Nenggok | Assalamualaikum w.b.t.. Kalau orang Kelantan, mesti boleh agak apa maksud kedai makan tu kan.. Kedai Makan Sedap Nenggok.. Sekali tengok, ia akan membawa dua maksud ni.. Satu, makanan di kedai tu sedap sangat.. Dan satu lagi boleh membawa maksud sedap di tengok.. Itu kalau tengok sekali imbas la signboard tu.. Tapi kalau baca dan eja betul-betul, akan dapat maksudnya..

Kedai Makan Sedap Nenggok

Masa kami satu office ke satu majlis kahwin baru ni, lalu kedai ni.. Dan masing-masing bahaskan apa maksud sebenar kedai ni sebab kami hanya tengok sekali imbas je.. So masing-masing bawa maksus masing-masing.. Tapi bila Eraz lalu lagi, baru perasan ejaan betul kedai tu, Kedai Makan Sedap Nenggok.. Dan nak dijadikan cerita lagi, masa Eraz singgah beli breaskfast untuk bawa ke office, kakak yang kerja kedai makan tu duk bahaskan maksud kedai tu.. Eh!

So sebab dah biasa dengan mereka, Eraz sempat la menyampuk.. "Kak tengok ejaan nenggok tu G satu ke G dua?".. Terus mereka dapat jawapan.. Gelak2 la kat kedai tu.. So sebenarnya macam ni.. Meh nak belajar Bahasa Kelantan..


Sedap Nenggok = (G dua) Tu maksudnya sedap sangat.. Terlalu sedap.. Haa... Memang sesuai la dengan nama kedai makan kan.. Tapi kalau macam ni :

Sedap Nengok = (G satu je) Itu maksudnya sedap tengok.. Tapi tak kan la kedai makan tu nak bagi orang sedap tengok je kan.. Rasa pun kena la sedap..

The End.. Terima kasih kerana membaca.. Kepada owner kedai makan ni, kalau nak ajak kami pergi try, boleh PM atau komen k.. Kami bantu promosi.. Haha..
Read more ...

Wednesday 15 February 2017

Kelantan Umum Cuti Peristiwa 19 Februari 2017 Sempena Himpunan RUU 355

Kelantan Umum Cuti Peristiwa 19 Februari 2017 Sempena Himpunan RUU 355 | Assalamualaikum w.b.t.. Baru sekejap tadi Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan 19 Februari ini sebagai cuti peristiwa sempena Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.. Mula-mula dapat berita ni melalui Sinar Harian.. Lepas tu ada beberapa lagi akhbar lain yang siarkan.. Disusuli oleh video pengumuman rasmi di Youtube..

Kelantan Umum Cuti Peristiwa 19 Februari 2017 Sempena Himpunan RUU 355
Kelantan Umum Cuti Peristiwa 19 Februari 2017 Sempena Himpunan RUU 355

Kenapa Ahad yang diumumkan cuti peristiwa? Seperti biasa, jika perhimpunan tu diadakan pada hari Sabtu, ianya membolehkan rakyat Kelantan hadir beramai-ramai ke perhimpunan yang dijadual berlangsung pada 18 Februari dan pada 19 Februari iaitu Ahad, rakyat Kelantan yang bekerja tidak perlu rushing untuk pulang ke Kelantan.. Sedia maklum yang semua.. YES! Dapat cuti.. Hehe..

Entri Sebelum :


Read more ...

Burung Purple (Trash Doves) Serang Facebook

Burung Purple (Trash Doves) Serang Facebook | Assalamualaikum w.b.t.. Perasan tak akan kewujudan burung purple ni di Facebook.. Nama dia Trash Doves.. Burung yang pertama sekali Eraz nampak ialah yang hantuk kepala tu.. Sakit hati pula tengok.. Itu semalam.. Tapi hari ni lagi dahsyat, banyak ekor lagi keluar.. Haha.. Sampaikan di Facebook memang banyak giler status pasa burung ni.. Sampai menyampah pun ada tengok.. Hehe.. Ni Eraz senaraikan gambar-gambar burung berkenaan.. Mana satu pilihan korang..

Burung Purple 'Menyerang' di Facebook

Burung Purple 'Menyerang' di Facebook

Cuba korang buka facebook sekarang.. Mesti korang tergelak baca status berkaitan dengan burung purple ni.. Tak percaya? Cuba la.. Lepas tu komen kat entri ni.. Hehe.. Eraz tak larat nak copy paste masuk dalam entri ni.. Nanti kan penuh pulak.. Cukup lah sekadar masukkan gambar burung  yang tak bergerak tu.. Hehe.. 


By the way.. Untuk korang yang dah 'gunakan' burung-burung berkenan, mana yang menjadi pilihan di kalbu? Please la jangan pilih yang hantuk kepala tu.. Sakit hati tengok.. Eraz just amek yang pegang iphone tu.. Hehe.. Penutup, korang baca saya 'cerita' di bawah ni.. Hehe..

Read more ...

Tips Mengeringkan Pakaian Dengan Mesin Pengering

Tips Mengeringkan Pakaian Dengan Mesin Pengering | Assalamualaikum w.b.t.. Mesti ramai di sini ada pengalaman menggunakan mesin pengering kan samada di rumah sendiri atau di dobi layan diri.. Pernah berlaku tak, bila dah guna high / hot temperature pun masih ada yang tak kering kan.. Tapi sebelum baca Tips Mengeringkan Pakaian Dengan Mesin Pengering ni, pertama sekali kena pastikan kain yang dimasukkan dalam mesin pengering tu tidak melebihi limit sepatutnya dan jangan la masukkan pakaian yang basah yang belum spin tu.. Haha..

Panduan Mengeringkan Pakaian Dengan Mesin Pengering
Tips Mengeringkan Pakaian Dengan Mesin Pengering
  1. Untuk proses pengeringan, asingkan pakaian yang jenis cepat kering dan pakaian jenis sintetik ringan untuk dikeringkan bersama daripada pakaian tebal seperti tuala mandi atau seluar yang memerlukan masa yang lama untuk di keringkan.. (Layan Diri / Personal)
  2. Jangan penuhkan mesin pengering dengan muatan baju basah yang telalu banyak.. Ini boleh menyebabkan mesin pengering tidak berfungsi atau tidak bergerak.. (Layan Diri / Personal)
  3. Jangan keringkan terlalu lama.. Keluarkan pakaian yg sudah kering untuk memudahkan kerja-kerja lipatan nanti.. Dan jangan bazirkan tenanga elektrik atau gas semasa proses pengeringan.. Jika mesin pengering anda mempunyai set masa, pastikan masa yang betul untuk proses pengeringan bagi mengelakkan pembaziran tenaga.. (Personal)
  4. Jangan menambah pakaian yg masih basah semasa proses pengeringan berjalan di dalam mesin pengering.. (Layan Diri / Personal)
  5. Keringkan pakaian anda secara berturut-turut, bagi menjimatkan masa sementara mesin pengering masih dalam keadaan hangat / panas.. (Personal)
  6. Periksa atau pusingkan dryer secara manual selepas proses pengeringan siap dan berhenti bg memastikan tiada yg tertinggal seperti stoking atau pakaian kecil.. (Personal)
  7. Bersihkan mesin pengering selepas setiap kegunaan. Sentiasa servis atau buang habuk pada penapis mesin pengering untuk mengelak pengering tersumbat dan tidak panas utk keringkan baju..(Personal)
  8. Akhir sekali, lipat pakaian yang telah kering dan sembur dengan pewangi fabric Sinar Habib Dobi.. Untuk dapatkan aroma wangi sepanjang masa pada pakaian simpan baju yang telah dilipat didalam almari yg bertutup.. (Personal)
Ok tak Tips Mengeringkan Pakaian Dengan Mesin Pengering tu? Dan satu lagi, kalau guna mesin layan diri, elakkan main masuk ke semua pakaian dalam mesin.. Beri sedikit masa untuk leraikan baju-baju atau seluar yang berlipat atau 'berpeluk' antara satu sama lain supaya haba panas tu serap rata oleh semua kain ok..

.

Kunjungi Sinar Habib Dobi di Tanah Merah, Kelantan (Tepi Masjid Tepi Sungai) untuk kami membantu anda dengan perkhidmatan dobi yang terbaik dari kami atau hubungi +60139987280.. Selain perkhidmatan dobi, ada banyak lagi perkhidmatan lain contohnya mengeringkan pakaian sahaja, basuh toto / comforter, basuhan tangan, cucian kering, sterika pakaian, jual sabun, pewangi dan lain-lain.. Boleh call atau whatsapp No. +60139987280 untuk pertanyaan lanjut..



Dexandra Perfume juga boleh didapati di Sinar Habib Dobi ini.. Senang.. Ready stock ada di situ.. Tester pun ada.. Boleh test banyak bau dulu sebelum beli.. Harga memang berpatutan.. Boleh bawa solat, senang nak bawa travel.. Alhamdulillah.. Untuk pertanyaan pasal Dexandra Perfume, boleh whatsapp +60179773382 dan +60139987280.. Ok! #AgentDropshipJugaDiperlukan

#Semoga Tips Mengeringkan Pakaian Dengan Mesin Pengering akan berguna kepada semua.. Insyaallah..
Read more ...

Tuesday 14 February 2017

99 Kata-Kata #QALIFMODEN Fattah Amin

99 Kata-Kata #QALIFMODEN Fattah Amin | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam memang tak online sangat sebab ada urusan penting ke Kuala Terengganu.. Masa petang on the way balik ke Kota Bharu, buka Facebook kejap dan tengok kenyataan pada Sharnazz Ahmad yang berang pada seorang artis.. Hal apa lak ni.. Lepas baca, ada juga mention pasal artis tulis buku, buat single.. Errrmmmm.. Macam ditujukan pada Fattah Amin.. Ada lak cerita kakak Neelofa, Nabila, sebut-sebut pasal Fattah Amin.. Macam menarik.. Terus la baca dan cari berita lain..

99 Kata-Kata #QALIFMODEN Fattah Amin
99 Kata-Kata #QALIFMODEN Fattah Amin

Rupa-rupa dan viral satu Malaysia tentang Fattah Amin tulis buku.. Tajuk : 99 Kata-Kata #QALIFMODEN.. Semua netizen tu berkata-kata.. Samada mereka amatur mahupun yang memang mempunyai pengalaman dalam penulisan.. Eraz sendiri baca tu, biar betul kan.. Melalui kata-kata yang ditulis di twitter katanya, terhasillah sebuah buku.. Antara kata-kata? Korang boleh baca kereta di bawah ni :


Korang rasa? Ayat macam tu ok ke? Hehe.. Mungkin sekarang rezeki dia dapat terbitkan buku.. Ya la, sepatutnya ramai lagi yang sepatutnya mendapat peluang menulis sebuah buku yang berkualiti.. Tetapi mungkin rezeki Fattah Amin tengah meletop letop sekarang, terus ada orang offer.. Harapnya lepas ni, ada yang akan memberi lepas peluang kepada penulis Malaysia yang berbakat untuk pasarkan idea mereka..

By the way, dengan terjadinya viral kes ini, as usual, ini akan menjadi satu bentuk pemasaran buat produksi buku dan Fattah Amin sendiri.. Tak mustahil jualan buku tu melonjak-lonjak nanti.. Dah dapat banyak untung.. Betul tak? Ya la, dari yang tak tahu macam Eraz semalam, terus dapat tahu.. Dah satu Malaysia kot tahu ni.. 

Pemasaran macam ni sangat sangat penting buat mereka sebenarnya.. Mungkin jika ada buku yang berkualiti, tapi pemasaran takde atau kurang menjadi, sah-sah tak de orang tahu akan kewujudan buku berkenaan kan.. So?!
Read more ...

Monday 13 February 2017

Agent Dropship Diperlukan (Satu Jualan Keuntungan RM 20)

SIAPA SINI YG INGIN DIBANTU MEMBINA PERNIAGAAN DGN KOS RENDAH? 

KAMI INGIN BANTU ANDA YG INGIN MENJANA INCOME DGN MODAL YG RENDAH 

Dua persoalan itu akan terjawab kalau korang baca entri ini.. Insyaallah..


Assalamualaikum w.b.t.. Team Eraz Fadli sedang Agent Dropship untuk Dexandra Perfume.. Pernah dengarkan nama Dexandra Perfume? Memang menjadi-jadi sekarang.. Paling penting dalam business samada online atau offline ataupun bersemuka, pemasaran / marketing sangat penting.. Insyaallah dengan ilmu yang saya ada, akan dikongsikan bersama dengan ahli Team semua.. 

Kalau korang tak perlu buat jualan sebagai dropship pun tak pe.. Kalau dah pernah, lagi la senang kan.. Ada surirumah.. Pelajar.. Yang bekerja dan tidak bekerja dalam group ni.. Blogger juga dipanggil sekali untuk join sebab kalau blogger, for sure blog dan media sosial korang akan membantu kan.. Lagi la mudah..



Untung sebotol RM 20 
Kalau sehari sebotol RM 20 
Kalau seminggu (sebotol sehari sahaja) = RM 20 x 7 = RM 140 
Kalau sebulan (sebotol sehari sahaja) = RM 20 x 30 = RM 600 
Itu kalau sebotol sehari ya..  Kalau beberapa botol sehari?

+ TIDAK perlu simpan stok 
+ TIDAK perlu beratur di Poslaju untuk pos 
+ DAPAT jual benda yang orang akan beli 2-3 unit sekaligus 

NAK DAFTAR SEBAGAI DROPSHIP AGENT atau nak tahu details? 

✆ WhatsApp +60179773382 
✆ WhatsApp +60179773382 
✆ WhatsApp +60179773382 

===================== 
PENDAFTARAN TERHAD! 
===================== 




Read more ...

Sunday 12 February 2017

Cendol Durian

Cendol Durian | Assalamualaikum w.b.t.. Sebagai seorang peminat Durian, bila tengok gambar di bawah ni, tak tahu nak kata apa.. Haha.. Rasa macam nak pergi cari terus.. Nampak pula dinamakan Cendol Durian, lagi la rasa meleleh air liur.. Hehe.. Gambar ni Eraz ambil di Facebook.. Rasanya ada orang share atau pun dari iklan.. Terlupa dah.. Tapi ini bukan di Kelantan.. Tapi rasanya di Shah Alam, Selangor rasanya.. Di Kelantan ada ke?

Cendol Durian

Sekarang ni memang banyak kan menu-menu baru mengikut peredaran zaman.. Kalau tengokkan gambar, semua sedap ni.. Tapi rasanya, wallahulam.. Sebenarnya kalau di Kelantan ni pun, Eraz sendiri tak habis pun explore.. Haha.. Tambah-tambah anak kecil sekarang, memang kalau makan, kena jaga anak tu lebih.. Ya la, masih kecil kan.. Mungkin bila Adam dah besar sikit, sematang kakanya, Zara Faleesya, habis tempat kot kami jelajah.. Hehe...

Read more ...

Saturday 11 February 2017

Kelebihan Teh Hijau Yang Perlu Korang Tahu

Kelebihan Teh Hijau Yang Perlu Korang Tahu | Assalamualaikum w.b.t.. Siapa penggemar Teh Hijau kat sini? Eraz dulu pun tak suka juga.. Tapi orang kata, tak kenal maka tak cinta kan.. Mula-mula try yang beli di gerai tepi-tepi jalan.. Warna hijau tu memang betul-betul hijau la.. Sebab mereka guna serbuk kan.. Lepas tu tambah susu pekat.. Tapi lama-lama terfikir nak beli uncang.. So bermulalah menggunakan uncang Teh Hijau dari Boh..

Sejak guna uncang, menang guna gula je sikit sebab nak bagi ada rasa sikit.. Tak nak manis sangat.. Susu memang tak guna langsung.. Macam lari je rasa.. Alhamdulillah.. Beli sekotak, bahagikan dua, separuh di rumah, separuh lagi di pejabat.. Sebelum jadi penggemar, memang dah dengar beberapa kebaikan Teh Hijau ni.. So ari ni, Eraz nak share dengan semua tentang Kelebihan Teh Hijau..

Kelebihan Teh Hijau Yang Perlu Korang Tahu

1. Kelebihan Teh Hijau #1: Mengurangkan Berat Badan

Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori. 

2. Kelebihan Teh Hijau #2 : Pesakit Diabetes

Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.

3. Kelebihan Teh Hijau # 3: Pesakit Jantung

Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.

4. Kelebihan Teh Hijau #4: Risiko Barah Esofagus

Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.

5. Kelebihan Teh Hijau #5: Kolestrol

Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.

6. Kelebihan Teh Hijau # 6: Alzheimer dan Parkinson

Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.

7. Kelebihan Teh Hijau #7 : Reputan pada Gigi

Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain. 

8. Kelebihan Teh Hijau #8 : Tekanan Darah

Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kelebihan Teh Hijau #9 : Tekanan Perasaan

Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.

10. Kelebihan Teh Hijau #10: Antibakteria

'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.

11. Kelebihan Teh Hijau #11: Penjagaan Kulit

Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.

Read more ...

Friday 10 February 2017

Zara Faleesya Dan Kainnya !


Assalamualaikum w.b.t.. Bermula masa Zara bayi lagi.. Masa bayi kan, kain lampin mesti ada selalu kat tepi sebab risau kalau tiba-tiba muntah ke, nak sapu kat muka ke.. So rasanya bermula dari bayi, Zara memang suka pegang kain lampin.. Ingat kan itu perkara biasa dan lama-lama tak la kan.. Tapi rupa-rupanya..

Selepas kain lampin, ia bertukar ke kain selimut lembut dia.. Kita selimutkan dia, dia tarik pegang.. Sama macam hisap jari.. Kalau sekarang, takde kain, tak boleh hisap jari.. Kain tu dah jadi macam bantal busuk dia dah.. Nak ke mana-mana pun, ke nursery ke, tadika ke, mesti kena ada kain tu.. 

Tak sangka juga bermula dengan pegang kain lampin, terus berlaku sampai sekarang tetapi tukar ke kain lain.. Nasib baik kalau kita basah kain tu, takpe.. Takde la macam sesetengah budak tu, kalau nak kain tu, kain tu la.. Kalau basuh marah.. Tapi Zara tak.. Dia tak kisah, janji kain corak tu.. Kalau beli baru pun takpe, janji kain jenis sama, corak yang sama..

Sekali tengok memang cute, tapi bayangkan kalau tak de kain tu, memang gelisah la.. Kesian pula tengok.. Lastest terjadi pagi ni, masa hantar wife dan anak-anak ke rumah Tok Ma dia, tertinggal pula kain dalam kereta.. Kita dah sampai office, tiba-tiba wife call tanya sal kain.. Haha..

So terpaksa la demi anak, Papanya drive hantar kain tu.. Kalau tak, memang bad mood la dia.. Kesian la kan.. Tertinggal sebabnya sampai je rumah Tok Ma tadi, terus dia naik basikal dengan gembiranya.. Sampai lupa.. Tapi selepas dah habis main, mencari lah! Hehe..
Read more ...

Thursday 9 February 2017

Bila Handphone Dah 'Arwah'


Assalamualaikum w.b.t.. Akhirnya.. Ingatnya dapat bertahan sehingga Bulan Mac atau April 2017 tetapi jangkaan tu memang tak tepat.. Haha.. Tapi suatu hari, si Papa ni minta tolong anak kecilnya iaitu Adam Fitri ambilkan handphonenya di atas meja.. Anaknya dengan baik dan mendengar kata terus berjalan-jalan anak ke meja dan ambil.. Bagus anak Papa.. Tapi..

Biasa lah budak kecil.. Dalam pertengahan perjalanan nak hantar pada Papa, terjatuh.. Skrin hempap dulu.. Hehe.. Tak kata apa-apa.. Tak marah pun.. Sebab satunya dah tahu handphone tu memang ala2 nazak dan rasa happy sebab Adam diusianya dah faham banyak hal.. Alhamdulillah.. Sangat bersyukur akan perkembangan anak-anak..

Then esoknya terus handphone tu bermasalah.. Tak tekan apa-apa tapi semua button seolah-olah di tekan.. Hehe.. Dah macam magik dah jadinya.. So memang agak stress masa tu.. Nak whatsapp pun tak boleh.. Semua2.. Speaker pun dah tak dengar.. Ianya bermula dengan baru je sebulan beli handphone tu, terus jatuh dalam lopak air.. Mula-mula 'berdarah'.. Lepas tu speaker rosak.. Lepas tu jatuh, skrin pecah.. Macam-macam.. Memang nasib kurang baik.. 

So! Memang dah terpaksa la cari handphone baru.. Kang terganggu semua kerja.. Kerja hakiki dan business online ni.. Dropship pun nak update tempahan pun susah kan.. Disebabkan keinginan ingin dapatkan handphone brand yang sama, terpaksa la dapatkan handphone back up dulu dan sampai masa, beli yang baru dan tepat dengan pilihan hati..

Akhirnya Lenovo menjadi teman sekarang.. Wife dah tukar dari iPhone ke Oppo.. Suaminya guna Lenovo dulu.. Tapi hati tetap dengan iPhone.. Adakah iPhone 7 akan muncul? atau Sekadar iPhone 6s? Jeng jeng jeng.. Doakan semoga impian tercapai ok..

Read more ...