Saturday 4 March 2017

Bila Adam Fitri Jumpa Air

Assalamualaikum w.b.t.. Ini kisah semalam.. Memang dalam kepala dan letakkan dalam kepala, balik kerja, sampai je rumah, nak ajak Zara dan Adam keluar jalan-jalan di sekitar taman ni.. Alhamdulillah berjaya keluar office secara on time dan sampai rumah pun awal.. Tak masuk rumah lagi, terus ajak Zara dan Adam keluar jalan-jalan sampai pergi beli ice blended sorang satu.. Itu salah satu cara nak wujudkan bonding time antara Papa dan anak-anak..

Lepas dah penat jalan-jalan dan nampak cahaya matahari dah nak jatuh, so silau sikit la.. Kami pun balik rumah dan Zara terus masuk rumah sebab dia nak main play doh dia dengan Mama.. Adam masih tak nak masuk rumah dan Eraz dah tahu apa dalam kepala dia.. Mula-mula main pintu pagar rumah dulu.. Lepas tu sikit-sikit dia ke tempat paip.. So sebab memang nak bagi dia main je, so terus Eraz ambil kan bekas, gayung dan paip getah tu..


So bila Adam Fitri dan air bertemu, memang lama la dia menyiram bunga.. 'Siram' kereta.. 'Siram' lantai dan apa yang ada disekeliling la.. So Eraz layan je dia main.. Janji tak bahaya kan dia.. Sampai la satu ketika, dia sendiri dah penat agaknya dan dia sendiri minta buka selipar nak masuk rumah.. Terus angkat masuk bilik air, mandi dan lepas siap pakai baju semua, hisap susu.. Memang penat la tu..

Setiap hari bila nampak ibu bapa postkan aktiviti hujung minggu bersama anak-anak, memang jeles dan kadang-kadang rasa kesian pada anak-anak dan isteri.. Eraz yang memang kena kerja hujung minggu, wife yang cuti hujung minggu, memang susah nak cuti bersama keluar bawa anak jalan-jalan.. 

4 comments:

  1. Replies
    1. Memang rajin tapi dalam masa yang sama, nak main..

      Delete
  2. suka ye dia main air,besar skit buleh ajar berenang ni

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.