Thursday 28 April 2016

Makan Tanpa Menikmati di Kenny Rogers Roasters

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam memang dah plan dari awal untuk ke Tesco Kota Bharu samada selepas kerja atau selepas maghrib.. Beli ape? Haha.. Beli barang sama yang pernah dibeli sebelum ini tetapi disebabkan terlupa ambil masa family day, tertinggal kat sana.. Disebabkan rasa perlu ada, so kena pergi beli sekali lagi di tempat sama dan barang tu pun sama.. Barang apa? Klik SINI dan barang tu memang Zara pakai..

Dalam masa yang sama, wife puasa semalam tu plan nak makan kat luar terus.. Dan orang berpuasa decide untuk berbukan di Kenny Rogers.. Walaupun dah tahu harga di Kenny Rogers ni sangat 'best' tapi jarang-jarang sekali, tak pe la kot.. Hehe.. Memang Zara dan Adam pun ikut sekali.. Selalu mereka ok je kalau bawa sekali.. Tak de masalah sangat.. Tapi kali ni ..


Pertama sekali di Kenny Rogers semalam memang sangat ramai orang.. So kami order lama sebelum berbuka, tetapi masa azan tu, baru je dapat muffin je.. Alahai.. Tunggu punya tunggu, dapat air.. Makanan utama? Memang sangat lambat semalam.. Orang di sebelah kami yang datang lebih lambat, dapat dulu pulak.. Akhirnya selepas sekian lama, dapat la yang wife dulu then bagi dia makan dulu sebab puasa kan.. Zara pun makan sekali dengan wife.. 

Adam dah mula meragam sebab susu bekal dah habis.. Eraz la terpaksa dukung ke sana ke mari untuk bagi dia selesa.. Lepas tu, masa makanan Eraz pulak sampai, duduk dan suap Adam pula.. Sepanjang berada di Kenny Rogers semalam memang rasa semua tak menjadi.. Kami makan dengan tanpa rasa menikmati.. Masa otw balik rumah, rasa macam tak pernah makan kat situ pun.. Faham tak? Hehe..


Satu sebab service semalam memang lambat.. Adam pula meragam sebab tak de susu dan mungkin dia teringin nak baring atas katil dah.. Hehe.. Tapi alhamdulillah banyak juga dia makan.. Zara ok, makan nasi, banyak la jugak.. Tapi akhir-akhir masa nak balik, bila Adam menangis, dia pun sama naik 'manja' kan diri nak menangis.. Tiba-tiba.. So memang kami rasa tak tenteram la sikit..

Kami sebelum dah biasa makan di Kenny Rogers (SINI antara yang di rekodkan) tu cuma service kali ni je sangat slow.. Belum serik cuma harap tak berulang.. Anak2? Pun sama, sebelum ni ok je.. Contoh macam makan kat SINI atau SINI.. Ok je, tapi mungkin sebab baru balik dari nursery, mengantuk, nak susu, so meragam la sikit.. Biasa la kan.. 
Read more ...

Monday 25 April 2016

Jihan Muse Penyelamat Konsert Gempak Superstar Minggu 3

Assalamualaikum w.b.t.. Tadi baru buat entri pasal Jihan Muse.. Ini muncul lagi.. Takpe la, jarang-jarang berlaku..Minggu lepas memang tak buat review tentang Konsert Gempak Superstar.. Sebabnya? Sebab betul-betul mengecewakan.. Tapi minggu ni memang tengok dari awal sampai habis sebab ada satu tarikan dari pengacara gantian Scha Al-Yahya iaitu Jihan Muse.. Tak tahu pun yang Jihan akan mengantikan Scha untuk minggu ke 3 ni.. Memang tak on pun channel 123.. Tapi bila kat group whatsapp cakap Jihan pengacara malam ni, terus tukar channel.. Bermula dari awal sampai habis, memang berbeza suasananya dari minggu pertama dan kedua..


Jujur lagi, memang Eraz tak tengok persembahan peserta kecuali Sherry Ibrahim sebab dah tahu.. Disebabkan memang rekod dan ada ketika pause sebab Zara nak tengok Super Wings, so bila play balik, memang boleh forward ketika persembahan.. Komen juri, memang tengok sebab nak tahu apa mereka kata walaupun tak tengok persembahan.. Celoteh pengacara pun sama, tengok juga.. Kan baik kalau Jihan Muse dikekalkan terus kan.. Tapi itu mustahil.. Scha kena betul-betul buat yang terbaik untuk minggu depan..

Siapa tersingkir? Ok la Eraz cerita sikit.. Nampaknya Tasha Shila tersingkir minggu ni sebab memang mendapat kritikan yang teruk dari Kak Ogy.. Selain tu. Elizad pun sama kena kritikan pedas.. Tapi disebabkan mungkin undian SMS tinggi, so dia terselamat.. Program ni kan 50% undian sms dan 50% markah juri.. Next week tengok ke? Errrmmmmmm...

Read more ...

Sunday 24 April 2016

Bila Instagram Jihan Muse kena hacked !

Assalamualaikum w.b.t.. Bila follower instagram dah berjuta-juta, mula la orang yang tak bertanggungjawab nak kan instagram tu.. Terbaru instagram Jihan Muse yang baru ni dah mencecah 1.1 juta follower dah kena hacked.. Eraz dapat tahu dari instagram bff Jihan iaitu Shila Amzah.. Instagram Jihan sebelum ni hanya beratus ribu follower je.. Tapi lepas teruskan jadi pengacara Gegar Vaganza 2015, follower terus meningkat dah meningkat..


Bayangkan nak buat akaun baru dan nak dapatkan follower berjuta, makin tak sakit kan.. Kepada yang lain terutama yang folower yang sangat banyak, berhati-hatilah.. Dengan berjaya hacked instagram orang yang berjuta follower tu, apa agaknya orang tu nak buat? Jadikan igshop? Berkat je jualan? Tak kan nak jadi ig personal.. Mesti orang dapat detect nanti..

#Sabarlah wahai Jihan Muse

Read more ...

Friday 22 April 2016

COOLBLOG di Musim Panas!

Assalamualaikum w.b.t.. Bila sebut coolblog je, mesti ramai yang tahu kan.. Tambah-tambah kalau musim-musim panas ni, memang la lagi terasa nak kan.. Perisa pun banyak.. Boleh top up dengan topping itu ini kan.. Kalau salah pilih perisa, mesti slow sikit dah nak habiskan dan rasa macam alaaaa.. Kalau boleh berjaya beli perisa yang korang suka, confirm nak repeat lagi esoknya kan.. Harga? Boleh je dapatkan harga basic.. Tapi kalau dah tambah itu ini, jangan terkejut pulak..


Coolblog ni kalau beli setiap hari, rasanya tak mampu la jugak kot.. Tapi tak kan nak beli setiap hari kan.. Ikut kan hati, ya la.. Jangan terkejut kalau dah tambah itu ini, harga mencecah RM 6 ++.. Kalau basic, Eraz tak sure.. Maybe RM 3 ++ or RM 4 ++ kan.. Tapi sekali nak beli, mesti nak puas hati kan.. Tambah-tambah kalau beli perisa yang memang favourite.. Rasa pun lebih kurang buah asal, memang seronok la kan.. Bila dah ada merata-rata, memang senang nak singgah beli.. Seronok juga barangkali kalau buat perniagaan Coolblog ni kot.. Haha..

Read more ...

Thursday 21 April 2016

Gino Pizza Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya Gino Pizza dah lama kot buka di Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu ni.. Tapi disebabkan belum tergerak hati ke sana, so tak sampai la kiranya.. Tapi baru-baru ni wife ada sebut sekali lagi pada Gino Pizza ni.. Selalu Pizza Hut atau Domino Pizza.. Tapi apa salahnya sekali ni kita try dulu macamana rasa Gino Pizza pula kan.. Mana tahu tertarik daboom kan.. So petang lepas balik kerja, terus angkut semua termasuk Zara & Adam ke Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu tu.. 


Masa kami sampai tu, belum ada orang lagi.. Kosong.. Tapi lepas seketika, ada la tiga family pula sampai.. Sebab first time, memang banyak tanya sikit la pada staf yang ada.. Mana yang best apa semua kan.. Ya la, first time datang, mesti la nak yang terbaik kan.. So menu wajib adalah pizza la.. Sebab dua orang je dewasa, memang dah plan tak nak membazir.. Jadi lepas bincang-bincang kami pilih yang seafood punya.. Rasa? Sedap.. Tak rugi la kami ke sini..


Masa belek-belek menu tu, terjumpa pula Choco Bread Stick pula.. Dah memang penggila Chocolate, so terus terkeluar dari mulut order satu.. Yang sampai pertama sekali ialah air.. Then Choco Bread Stick ni.. Sebab masa tu turn Eraz pegang Adam dan wife layan Zara, sempat la kunyah satu dulu.. First time rasa juga so ok la.. Boleh la order lagi tapi kalau request chocolate lebih boleh tak? Haha..


Settle semua makan bila nak pergi bayar tu, tak terkejut la., Sebab biasa dengan harga Pizza Hut dan Domino Pizza.. So Gino Pizza ni boleh dikatakan lebih berpatutan.. Yang paling penting, kami sekeluarga happy dan tiada masalah sepanjang makan di situ.. Alhamdulillah.. Insyaallah lepas ni boleh pergi lagi dan try menu pizza yang lain..
Read more ...

Tips Memakai Wangian

Assalamualaikum w.b.t.. Eraz semua orang pakai perfume kan.. Kalau ada pun yang tak pakai tu tak ramai la.. Pelbagai jenis perfume yang ada di dunia ni.. Mahal, murah.. Tahan lama atau tak.. Sah solat atau tak.. Macam-macam.. So hari ni Eraz nak share tips untuk memakai wangian..


Lindungi minyak wangi daripada kelembapan, haba dan cahaya.. Tempat yang seeloknya ialah kawasan yang sejuk dan kering dan jauh daripada cahaya matahari secara langsung.. Selain itu, digalakkan untuk membeli minyak wangi dalam botol semburan kerana ia akan membantu untuk menggelakkan penyejatan aroma dan tindak balas kimia dengan udara..

Dapatkan De'Xandra Perfume sekarang !
Follow Instagram zaraadam_online

Berbekalkan konsep mampu milik untuk semua rakyat Malaysia, sememangnya kalau korang berkategori pelajar pun mampu untuk memiliki at least sebotol 35 ml De'Xandra Perfume.. Dengan adanya pelbagai pilihan bau kegemaran, sememangnya korang akan berpuas hati.. Dengan harga RM 65 sebotol atau RM 60 sebotol jika membeli 2 botol ke atas dalam masa yang sama, sememangnya berbaloi.. Postage? Ini boleh dibincangkan dan korang sememangnya akan tersenyum..

Follow Instagram zaraadam_online




De'Xandra Perfume, memperkenalkan satu perfume yang sangat murah dan tahan lama.. Dan paling penting ialah boleh bawa solat.. De'Xandra Perfume.. Mesti dah ada yang pernah dengar dan mungkin kali pertama dengar.. Kalau mana-mana yang sudah biasa pakai, memang dah tahu akan kewangian yang ada, ketahanan bauan perfume itu dan harganya.. Mana-mana pembaca yang sedang mencari perfume yang sesuai samada untuk wanita mahupun lelaki, inilah lah pilihannya, De'Xandra Perfume..



Ciri-Ciri DE'XANDRA PERFUME

1) TAHAN LAMA DENGAN HARGA BUDGET

Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah KETAHANANNYA.
Dan soalan PERTAMA yang sering di tanya oleh mereka sebelum membeli ialah
" TAHAN LAMA tak perfumes awak  ni?" atau
" Berapa jam ketahanan perfumes ni?

Dengan memberikan pilihan kepada penggemar jika mahukan yang TAHAN LEBIH LAMA sudah tentu pilihan utama adalah ORIGINAL PERFUMES, tetapi masalah BUDGET menjadi kesukaran kepada mereka

Oleh itu, beliau telah membuat kajian tentang pati perfumes dan mendapati pelbagai kilang pengeluaran perfumes yang mempunyai kualiti dan ketahanan tersendiri . DE'XANDRA akhirnya telah di hasilkan daripada pati yang terbaik dan selamat digunakan dengan harga budget.

2) BOLEH BAWA SOLAT

" Boleh bawa solat tak?" 

​Walaupun sudah berkali-kali ustaz , ustazah dan pihak jakim mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya.

Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol terbaik dari ekstrak tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah dari Ekstrak tebu dan ianya  boleh di bawa solat.

3) BOLEH BAWA TRAVEL

Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh di bawa hand luggage dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa. 

Dengan kandungan 35ml, membantu ramai untuk bawa De'Xandra TERBANG bersama. 

CIRI-CIRI lain yang ada pada DE'XANDRA PERFUMES

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA

De'Xandra Perfume ini boleh dipos terus kepada pembeli! Jika beminat, boleh whatsapp ke no. di bawah :

Contact : 0179773382

Follow Instagram zaraadam_online
Read more ...

Wednesday 20 April 2016

Belasah Pulut Durian Di Tengah Malam !

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya hari Ahad lepas, masa on the way dari Machang ke Kota Bharu, banyak betul nampak kedai-kedai buat buah dah mula jual durian kan.. Bila terbayangkan isi durian tu, rasa macam nak singgah je terus beli sebiji kan.. Tapi fikir-fikir, kalau beli dan bawa balik sebiji je rumah, confirm tak habis.. Eraz sendiri pun makan banyak pun.. Selain Eraz, ada wife je.. Dia pun tak makan banyak jugak kot.. Zara Adam, kecil lagi kan.. So lupakan hasrat tu dulu.. Mungkin lepas ni boleh in case la nak balik rumah mertua atau rumah Ma Abah..


Tapi tup-tup semalam masa singgah satu kedai tu, ada jual pulut durian.. Kira macam sesuai la kalau tak makan banyak kan.. Beli satu paket, ada pulut, seketul durian besar dan santan.. Alhamdulillah.. Tertunai hasrat nak makan.. Beli satu je sebab dah tahu pulut ni cepat kenyang kan.. Lagipun dinner nanti ada nasik.. Kira macam nak makan lepas dinner la..

Sekali lepas dinner, rest sekejap sebab nak tidurkan Adam.. Then Zara pulak tidur.. Masa tu Pulut Durian tu dah tersedia masuk dalam pinggan.. Masa nak tidurkan Zara tu, sekali dengan kami-kami tertidur.. Hehe.. Tapi nasib masih menyebelahi Eraz, terbangun pukul 12 lebih dan cuba rasa, santan tu belum basi.. Kalau basi, nak belasah durian je.. So terus la belasah sorang-sorang.. Sebab sedap, memang habis.. 

Tapi lepas makan, memang confirm 200% kena gosok gigi.. Giler berbau kan.. Apa-apa pun, puas hati! Harga? RM 6 satu.. Ok la sebab makan habis.. Hehe..

Read more ...

Monday 18 April 2016

Jadual Baru Imunasasi MMR 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Plan nak buat semalam entri pasal Jadual Baru Imunisasi 2016 ni dah ada dalam kepala 2, 3 hari kot.. Tapi tak sempat.. Ingat lagi entri Imunisasi Bayi 9 Bulan | Vaksin Penyakit Campak? Dalam entri tu memang Eraz ada maklum yang imunasi untuk 9 bulan tu memang yang baru punya bagi 2016.. Walaupun Adam lahir tahun 2015, tapi kami tetapi teruskan jadual imunisasi ini di klinik swasta.. Tapi sama juga bagi sesetengah klinik kesihatan, mereka juga mengikut jadual ini walaupun bayi tu lahir tahun 2015..


So untuk entri ini, Eraz publish tentang jadual imunisasi MMR yang baru bagi tahun 2016.. Kalau korang tengok jadual tu, memang boleh nampak perbezaan bermula bulan ke 9.. Jadi mungkin ini boleh dijadikan rujukan korang..

Read more ...

Saturday 16 April 2016

Perbezaan Gaji Dan Rezeki

Assalamualaikum w.b.t.. Gambar ini Eraz jumpa di Facebook.. Rasanya sangat menarik untuk berkongsi kepada semua pembaca blog ini.. Mungkin secara general nya kita sedia maklum akan perbezaan antara gaji yang didapat setiap bulan dengan rezeki yang diberikan oleh Allah.. Tetapi dalam caption gambar ini, ada lima perbezaan yang kita mungkin tahu tapi tidak sedar.. Sama-sama kita baca :


Perbezaan Gaji Dan Rezeki

Gaji ada slip, Rezeki tidak ada..
Gaji company bank in, Rezeki dari Allah..
Gaji selalunya wang kertas, Rezeki lebih dari tu..
Gaji dijemput dengan kertas, Rezeki dengan taqwa..
Gaji boleh agak, Rezeki tak terduga..

Alhamdulillah.. Semestinya kita semua ini mempunyai 'gaji' dengan cara yang berbeza kan.. Ada makan gaji.. Kerja sendiri.. Jumlah pun pelbagai kan.. Begitu juga dengan rezeki.. Rezeki yang diberikan oleh Allah ini pun dalam pelbagai cara.. Ada yang nampak depan mata.. Ada yang kita tak jangka dan tak nampak.. Ada yang cepat dan ada yang lambat.. So, sama-samalah kita bersyukur..
Read more ...

(GAMBAR) AEON Mall Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Akhirnya hujung bulan ini akan rasminya AEON Mall Kota Bharu di kawasan Lembah Sireh dan berdekatan dengan Tesco akan dibuka 28 April ini.. Kalau dikira bermula hari ini, tak sampai 12 hari je la lagi.. 28 April tu hari Sabtu.. Confirm-confirm tak boleh pergi sebab kerja.. Tapi kalau tak kerja pun, rasa tak akan pergi sebab mesti orang ramai giler kan.. So kalau pergi, mungkin sehari kemudian atau lepas tu.. Hehe.. Rasa macam malas nak bersesakkan..

Kalau ikutkan gambar-gambar pembinaan bahagian dalam, banyak juga butik-butik yang pertama kali muncul di Kelantan.. So itu salah satu tarikan.. Selalu kalau nak pakai pakaian jenama berkenaan, kena ke KL.. Tapi sekarang, ada kat AEON Mall la.. Bagi wanita, nampaknya ada Kaison tu.. Tak dapat Ikea, Kaison pun jadi la.. Apa-apa pun, Eraz nak belanja sikit gambar dalam pembinaan.. Lagi gambar ada di Facebook yang sedang di share oleh ramai orang..







#Bila Ikea pula nak ada kat Kelantan? Panggung Wayang / Cinema nampaknya dah nak wujud.. Rujuk SINI..
Read more ...

Pelajar Pun Mampu Miliki De'Xandra Perfume

Assalamualaikum w.b.t.. Berbekalkan konsep mampu milik untuk semua rakyat Malaysia, sememangnya kalau korang berkategori pelajar pun mampu untuk memiliki at least sebotol 35 ml De'Xandra Perfume.. Dengan adanya pelbagai pilihan bau kegemaran, sememangnya korang akan berpuas hati.. Dengan harga RM 65 sebotol atau RM 60 sebotol jika membeli 2 botol ke atas dalam masa yang sama, sememangnya berbaloi.. Postage? Ini boleh dibincangkan dan korang sememangnya akan tersenyum..

Follow Instagram zaraadam_online




De'Xandra Perfume, memperkenalkan satu perfume yang sangat murah dan tahan lama.. Dan paling penting ialah boleh bawa solat.. De'Xandra Perfume.. Mesti dah ada yang pernah dengar dan mungkin kali pertama dengar.. Kalau mana-mana yang sudah biasa pakai, memang dah tahu akan kewangian yang ada, ketahanan bauan perfume itu dan harganya.. Mana-mana pembaca yang sedang mencari perfume yang sesuai samada untuk wanita mahupun lelaki, inilah lah pilihannya, De'Xandra Perfume..



Ciri-Ciri DE'XANDRA PERFUME

1) TAHAN LAMA DENGAN HARGA BUDGET

Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah KETAHANANNYA.
Dan soalan PERTAMA yang sering di tanya oleh mereka sebelum membeli ialah
" TAHAN LAMA tak perfumes awak  ni?" atau
" Berapa jam ketahanan perfumes ni?

Dengan memberikan pilihan kepada penggemar jika mahukan yang TAHAN LEBIH LAMA sudah tentu pilihan utama adalah ORIGINAL PERFUMES, tetapi masalah BUDGET menjadi kesukaran kepada mereka

Oleh itu, beliau telah membuat kajian tentang pati perfumes dan mendapati pelbagai kilang pengeluaran perfumes yang mempunyai kualiti dan ketahanan tersendiri . DE'XANDRA akhirnya telah di hasilkan daripada pati yang terbaik dan selamat digunakan dengan harga budget.

2) BOLEH BAWA SOLAT

" Boleh bawa solat tak?" 

​Walaupun sudah berkali-kali ustaz , ustazah dan pihak jakim mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya.

Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol terbaik dari ekstrak tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah dari Ekstrak tebu dan ianya  boleh di bawa solat.

3) BOLEH BAWA TRAVEL

Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh di bawa hand luggage dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa. 

Dengan kandungan 35ml, membantu ramai untuk bawa De'Xandra TERBANG bersama. 

CIRI-CIRI lain yang ada pada DE'XANDRA PERFUMES

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA

De'Xandra Perfume ini boleh dipos terus kepada pembeli! Jika beminat, boleh whatsapp ke no. di bawah :

Contact : 0179773382

Follow Instagram zaraadam_online
Read more ...

Friday 15 April 2016

"Rumah Aku Je Blackout?"

Assalamualaikum w.b.t.. Jika petang semalam, kami diduga dengan kereta wife yang rosak.. Tapi Allah permudahkan cara dengan takdirkan wife dan anak-anak drive bertentang dengan arus asal iaitu selalunya balik terus ke rumah, tapi semalam, tiba-tiba ke office Eraz.. Dan kereta tu ditakdirkan nampak kerosakan di depan office Eraz sebab wife bertolak balik ke rumah semula.. Alhamdulillah dah selesai kes tu walaupun kereta masih di workshop.. Rujuk entri INI..

Malamnya pula, tiba-tibe black out.. Masa tu kebetulan Adam Fitri bangun nak susu.. Lepas tu settle bancuh susu dan bagi pada Adam, black out! Tak de guruh or kilat tapi hujan la sikit-sikit.. Dalam hati kata mungkin satu kawasan taman kot.. Tapi bila buka pintu tengok, depan rumah ada sekolah.. Sekolah tu ada elektrik.. Tengok belakang rumah, rumah belakang ada elektrik.. Ok, keluar rumah sekejap sebab nak tengok rumah sebelah..


Rumah sebelah kiri ada elektrik! COnfirm.. Tapi rumah sebelah kanan, macam tak de elektrik.. Tapi tak pasti pula mereka ada ke tak kat rumah.. Selalu mereka jarang ada kat rumah tapi buka lampu di depan.. So dalam fikiran berfikiran, Allah nak uji kami dengan beri sikit dugaan kerosakan di rumah la kot.. Dalam kepala duk fikirkan siapa nak kena panggil esok ni.. Dah la kerja.. Kena cuti ke.. So esok plan panggillah orang yang biasa kan..

Dalam masa yang sama lepas dah check keadaan sekeliling, terus call TNB buat laporan.. Mereka tanya itu ini dan tunggu feedback.. Mereka nak buat semakan.. Selepas 40 minit kot, elektrik masih belum ada.. Anak dah mula gelisah panas.. Zara pula kadang bangun suruh Papa bukakan lampu.. Timbul stress sikit fikir pasal rumah ni sebab kesian tengok anak-anak..


Terus rasa nak decide bawa anak-anak dan isteri ke rumah mertua demi keselesaan mereka.. Then lepas 45 minit kot dari awal tak de elektrik, terus semua cerah balik.. Alhamdulillah.. Tak perlu kami panggil orang pakar elektrik datang esok.. Kerja pun boleh pergi.. Anak-anak isteri pun boleh tidur tenang.. Eraz berjaga sekejap kot-kot berlaku lagi dan mengharapkan orang TNB call semua bertanya atau beritahu apa berlaku.. Tapi tak de..

Yang penting sekarang semua dah ok.. Syukur.. Fikir-fikir sejenak, Allah nak tarik sesuatu tu sekejap je.. Bila-bila masa je.. Tak kira masa.. 
Read more ...

Allah Permudahkan Cabaran Kehidupan Kami Semalam

Assalamualaikum w.b.t.. Ini kisah semalam.. Kereta wife pernah rosak teruk rasanya tahun 2010 atau 2011 kot.. Masa tu masih belum berkahwin lagi.. Bertunang.. Ermmm.. Pun lupa dah tarikh kejadian.. Masa di jalan raya, kereta tiba-tiba berasap dan aircond hanya keluar angin.. Berlaku pada sebelah petang rasanya, tapi malam baru kereta boleh gerak dan dibawa ke workshop.. Masa wife dengan Mamanya dan Eraz terus drive dari Machang ke KB untuk beri bantuan mana mampu..

Semalam berulang lagi dengan kereta yang sama.. Kali wife bersama Zara dan Adam masa on the way lepas ambil anak-anak di nursery.. Nak dijadikan cerita, wife mengikut apa permintaan Zara untuk ke pejabat Papa selepas ambilnya di nursery.. Selama ni tak pernah pun wife layan permintaan sebab better balik rumah dan tunggu Papa kat rumah.. Kalau tanya Eraz pun, Eraz tak bagi juga.. Better la balik rumah dan bagi anak-anak main kat rumah atau rehat-rehat.. Lagipun datang kerja dua kereta kan..


Tapi semalam wife datang juga ke pejabat dan bila sampai, Zara nak ikut balik dengan Papa manakala Adam dengan Mama.. Tapi wife beritahu masa dalam 200 ke 300 meter nak sampai office, aircond kereta tak sejuk dan hanya keluar angin.. Dalam kepala mungkin gas habis kot.. So bila wife dan Adam nak balik, Eraz perasan bonet kereta berasap dan air mencurah di bawah kereta.. Alamak.. Terus minta wife stopkan kereta dan bawa wife dan anak-anak terus masuk ke dalam office..

Bukan apa, baru seminggu atau dua minggu lepas, ada kereta terbakar di depan office.. Fobio juga nampak kejadian tu kan.. Dari apa-apa berlaku, better mereka keluar dulu kan.. Masa nak stopkan enjin kereta tu, Eraz perhatikan temperature ok.. Tandaan jarum macam biasa.. Tapi kenapa berasap dan air mengalir banyak kan.. Terus teringat kes dulu dan boleh agak apa berlaku..

Terus panggil mekanik yang biasa dengan kami untuk minta tolong bawa balik ke workshop dan baiki.. Dari pemerhatian awal, mungkin berpunca dari kipas aircond yang tidak berfungsi.. Dari terbakar atau berlaku perkara yang tidak elok lagi, better stop dan minta mekanik baiki dulu..

Apa yang nasib baik nya, wife pula tergerak hati nak ke office Eraz sedang ikut kebiasaan, dia balik ke rumah terus dengan anak-anak.. Bayangkan kalau ditakdirkan dia balik ke rumah terus dengan anak-anak dan berlaku di dalam perjalanan, siapa boleh bantu kan.. Dah la dengan anak-anak.. Dalam perjalanan pulak tu, kena la berhenti di tepi jalan kan.. Ya Allah.. Allah permudahkan dugaan sedikit kesusahan itu dengan aturkan wife dan anak-anak ke office Eraz.. Syukur sangat walaupun nanti perlu keluarkan duit untuk baiki kereta.. 

So sekarang, kereta tu berada di workshop la..
Read more ...

Thursday 14 April 2016

Rambut Adam Fitri Dah Panjang!!!

Assalamualaikum w.b.t.. Masa dapat anak sulung perempuan a.k.a Zara Faleesya, tak fikir sangat pasal nak gunting rambut.. Sekarang pun, Mama dia je yang 'service' sendiri rambut Zara.. Tapi berlainan bila dapat anak lelaki.. Papanya kena fikirkan bila tiba masanya untuk gunting rambut Adam.. Masa Adam baru lahir dan dalam masa tertentu nak botakkan kepala, boleh la Papa buat kan.. Dah ada rambut ni, nak gunting berfesyen ke apa, mana la Papa pandai kan.. So kenalah pergi kedai gunting kan.. Alahai.. Menangis ke Adam nanti?


So setakat hari ni belum cuba bawa lagi Adam.. Samada menangis atau tidak, Eraz tak pasti la.. Kebanyakkan membaca entri rakan-rakan blogger dan status di media sosial, ramai anak yang menangis dalam pengalaman pertama nak gunting rambut di kedai.. Bila fikir, adakah Adam macam tu kan.. '

Kalau masih bertahan tak pergi gunting rambut, kesian juga pada dia kalau dah pandai.. Sekarang dah umur 11 bulan dan baru sekali je Eraz botakkan kepala Adam.. Lepas tu tak de gunting-gunting rambut lagi.. Sekarang tengah fikir macamana cara nak bagi Adam selesa dalam tempoh nak gunting rambut tu.. Anak Papa pun nak hensem juga kan.. Kalau rambut panjang sangat, kesian juga pada dia.. 

Siapa pernah buat entri pasal perkara ni? Share la link kat komen.. Nak terjah baca.. Mana tahu tips korang boleh di apply kan pada Adam Fitri kami kan.. Peace..
Read more ...

D' Bayam Food Village ( Chim Chum )

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam merupakan kali kedua kami ke D' Bayam Food Village ( Chim Chum ) ni.. Sebenarnya dari dulu lagi kami duk panggil restaurant ni Chim Chum je.. Kali pertama dulu masa Zara Faleesya masih dalam perut Mama dia.. Tapi kali ni Adam Fitri dah hampir setahun kan.. So memang jauh la jaraknya untuk kami repeat pergi ke sana.. Kali ni pergi sebab memang rasa nak pergi makan steamboat.. Alhamdulillah lepas je solat Maghrib, terus kami ke sana dan kami jadi orang pertama sampai? Orang pertama? Errmmmmm.. Hehe..


Kunjungan pertama kali dulu, keadaannya hampir full house.. Tapi kali ini menjadi orang pertama.. Apa-apa pun, kami jalankan je la tugas kami sebagai pelanggan kan.. Yang diserang mula-mula semestinya sea food yang ada macam sotong dan udang.. Sotong favourite Eraz.. Udang favourite Zara.. Mama dan Adam mula-mula pergi ambil nasi goreng dan kuey teow goreng untuk bagi pada Zara dulu.. Kasi kenyang dulu.. Adam pula kami ambilkan bubur nasi kosong..

Untuk steamboat memang banyak pilihan.. Macam sotong, udang, ayam black paper, ayam spicy, daging, bebola ikan dan ada 5,6 jenis lagi la.. Makanan lain macam laksa, somtam, buah-buahan, ABC dan lain-lain juga.. Tak mampu nak listkan semua.. Yang pasti, memang kami tak sempat nak makan semua sebab cepat kenyang dan bila bawa anak kecil macam Adam, terhad la sikit kan.. Kebetulan pula Adam tidur masa tengah-tengah makan.. Panas sikit kan. Berpeluh la budak kecik tu..

Paling seronok kami tengok, Zara Faleesya la.. Bermula dengan makan nasi goreng, lepas tu dia habiskan bubur nasi Adam dan tambah lagi sikit.. Dia makan udang-udang yang Eraz bakar.. Air tak payah nak cakap la.. Memang puas hati tengok dia.. Bila dan kenyang, dia minta turun dah nak main-main sekitar la.. Adam pula, datang tak tidur, pertengahan jalan tidur tapi bila dekat nak balik, bangun la pula..

Masa kami pergi semalam, harga sekepala RM 22.00.. Dengan harga tu, kami sengaja la ambil jenis makan yang bajet tinggi sikit kan.. Udang memang banyak juga, sotong pun puas hati.. Mula-mula jenis yang kecil.. Lepas keluar yang besar pula.. Dan beberapa lagi la.. Kalau nak dikirakan RM 22.00 tu, memang tak sampai la.. Tapi bila tengok kegembiraan Zara, tak pe la.. Happy kan..

Akhir sekali, kalau kata nak repeat lagi sekali, ok la.. Tak de masalah.. 
Read more ...

Wednesday 13 April 2016

Kebab Ayam in Progress

Assalamualaikum w.b.t.. Kebab Ayam in Progress tu caption di FB & Instagram.. Hari tu tiba-tiba wife belikan ayam, lada benggala, baby tomato, sos tiram sebab dah nak habis, lidi satay.. Nak buat apa kan.. Dan diberitahu, untuk sos, banyak bahan dah ada dan sosej pun memang dah menjadi ready stock.. First time kumpulkan bahan-bahan macam ni.. Dan hasilnya pada malam tu ialah Kebab Ayam..

Sebab first time wife nak buat, so dalam kepala, kenapa ada lidi satay? Bukan kebab sumbat bahan dalam roti ke? Haha.. Apa-apa je la.. Biarkan wife buat.. Nampak dari penyediaan tu, simple je.. Sedap ke kan.. Lepas tu tengok sos perapan pula.. Bau macam best.. Sepatutnya bahan diperap selama sehari tapi sebab drastik nak macam, sempat sejam lebih je kot.. Haha..

So bila dah settle perap sekejap, dicucuk cucuk di lidi satay.. Oooo.. Gini la rupanya kebab ayam.. Ok.. Bau best ni.. Warna warni.. Wife kata, itu rupa sebelum masak.. Kalau dah masak, memang lagi cantik.. So ini gambar masa baru letak dalam kuali ajaib ni..


Cantik kan.. Dah rasa menyelerakan ni.. Tapi malangnya bila dah masak, lupa pula nak ambil gambar.. Memang lagi cantik.. Bau masak atas dapur, memang best.. Rasa? Macam tak sangka juga kan.. So dah bagitau wife, next time buat lagi!

Read more ...

Tuesday 12 April 2016

Tak Jatuh Ego Seorang Suami Menjemur Pakaian Ahli Keluarganya

Assalamualaikum w.b.t.. "Tak Jatuh Ego Seorang Suami Menjemur Pakaian Ahli Keluarganya " ini merupakan satu status beserta gambar yang telah dimuatturun oleh Founder KBBA a.k.a blogger popular kita di facebook hari ni.. Ben Ashaari.. Sangat menarik isu ni sehingga ramai giler kot yang LIKE dan SHARE.. Pendapat? Pun pelbagai la kan.. Tapi bagi Eraz, setuju sangat dengan pendapat Ben.. Tak jatuh pun ego seorang suami itu apabila menjemur pakaian sendiri dan ahli keluarga nya.. Eraz pernah buat entri lebih kurang pasal ni dulu.. Rujuk entri ni sekejap : Salah ke Lelaki / Suami Buat Kerja Rumah ?


Entri pada 19 AUGUST 2015 tu memang Eraz dah hurai detail tentang pendapat Eraz.. Memang bagi Eraz, biasa je.. Dari kecil Eraz memang didedahkan dengan pandangan menolong kaum wanita a.k.a ibu kita a.k.a kakak kita a.k.a adik perempuan kita a.k.a sekarang ni isteri kita.. Bayangkan masa isteri sedang sarat mengandung ke, mampu ke kita tengok mereka tu buat kerja dengan keadaan yang sedemikian.. Atau masa isteri tidak sihat, tak kan nak biarkan kain tak berbasuh lama kan.. Kang seluar dalam pun takde, susah nanti..

So apa pendapat korang semua terutama kaum-kaum lelaki mahupun bapa-bapa sekalian..
Read more ...

Imunisasi Bayi 9 Bulan | Vaksin Penyakit Campak

Assalamualaikum w.b.t.. Imunisasi Bayi 9 Bulan.. Sebenarnya imunisasi ni baru wujud tahun ni.. Kalau dulu, lepas sahaja imunisasi 6 bulan, terus ke 12 bulan kan.. Vaksin Penyakit Campak.. Tetapi rasanya bermula tahun 2016 ni, Vaksin Penyakit Campak ditambahkan dos dan ianya dimulakan pada bulan ke 9.. So semalam, kami bawa Adam Fitri untuk dapatkan suntikan vaksin tu..


Sebenarnya umur Adam dah nak masuk 11 bulan.. Tapi disebabkan demam dan sebagainya, baru semalam baru boleh dapatkan suntikan.. So untuk imunisasi bayi 12 bulan, vaksin penyakit campak seterusnya pun akan lambat juga la.. Setakat ni alhamdulillah, tak pernah lagi demam selepas dapatkan suntikan.. Tapi kali ni nampak lain macam.. Lepas Maghrib tu dah dapat rasa badan Adam mula panas.. Terus pukul 8.00 malam kami check suhu badan dah naik ke 38.7.. Terus bagi ubat..


Tengahmalam selepas 6 jam sekali lagi.. Disebabkan tak selesa, memang Adam tak nak duduk dalam bilik.. Terpaksa la bawa Adam main-main kat luar walaupun dah pukul 2.00 pagi.. Tertidur terus di luar.. Hari ni dalam pukul 9 pagi, sekali lagi bagi ubat supaya demam tu tak melarat.. Harapnya esok Adam dah ok.. Risau jugak kan.. So arini, wife terpaksa EL dan esok kalau tak ok, Eraz akan ambil turn..
Read more ...

Monday 11 April 2016

Paragon Cinema di KB Mall Kota Bharu

Paragon Cinema di KB Mall Kota Bharu | Assalamualaikum w.b.t.. Beberapa minit yang lepas, pihak pengurusan KB Mall telah memuatnaik satu status terbaru tentang Paragon Cinema.. Ianya akan dibuka buat pertama kalinya di KB Mall dijangka pada Julai 2016 ini.. Betul ke ni? Kalau betul, Paragon Cinema akan menjadi panggung wayang pertama di Kelantan dan KB Mall akan jadi Mall pertama yang ada panggung wayang di Kelantan.. 


Sebelum ni pernah dengar yang Aeon pernah utarakan untuk buka cinema tetapi terpaksa dilupakan hasrat tu sebab ada syarat yang tidak dapat dipatuhi.. Bagaimana pula dengan Parogon Cineme? Tunggu dan lihat..






Read more ...

Chapter Cafe Kota Bharu

Chapter Cafe Kota Bharu | Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya dah lama wife sebut pasal Chapter Cafe ni.. Katanya dalam facebook ada ternampak satu menu berasaskan Soft Shell Crab.. Eraz memang penggila Soft Shell Crab ni.. Tapi selalu makan Soft-Shell Crab with Salted Egg Yolk di restoran yang terpilih la.. Tapi di Chapter Cafe, antara yang popular ialah Soft Shell Crab Burger.. Ok.. Satu menu yang baru.. Kena try ni.. So lepas beberapa hari, beberapa minggu dan sampai beberapa bulan ke ek, lupa dah, akhirnya kami sampai semalam selepas balik kerja.. Bawa anak-anak sekali.. Kira dinner terus la.. Haha..

Chapter Cafe Kota Bharu
Chapter Cafe Kota Bharu

Google mana tempat Chapter Cafe ni.. Betul-betul di bandar Kota Bharu ke? Tapi bukan.. Rupanya di kawasan Wakaf Mek Zainab.. Still Kota Bharu tapi bukan betul-betul di pusat bandar.. Bagi yang tak biasa jalan kat situ, memang kena guna waze atau map la.. Betul-betul di round about kawasan tu.. Alhamdulillah, sebab dah boleh agak tempatnya, so tak susah la nak carik bagi bagi..

Tempat memang cantik.. Salah satu tarikan Chapter Cafe ialah design cafe nya.. Memang menarik perhatian.. Tak kira budak-budak muda dan orang dewasa macam kami ni, memang rasa nak stay situ lama la.. Tapi kalau bawa anak kecil macam Adam dan Zara, terhad la sikit dengan sambil makan, nak kena kawal anak yang sedang nak membesar tu kan.. Kalau pergi 'bujang', rasanya memang selesa la.. Layanan pekerja juga sangat baik.. Kawasan parking sangat terhad tapi tak de masalah.. Semalam kami dapat parking depan-depan kot.. Hehe..

Chapter Cafe Kota Bharu
Chapter Cafe Kota Bharu

Ok! Ini sangat penting bagi kami.. Bila nama cefe, memang kami mengharapkan menu mereka terbaik dan kualiti yang baik.. So disebabkan Eraz memang peminat setia Soft Shell Crab, so Eraz order Soft Shell Crab Burger untuk diri sendiri dan wife order Fish & Chips.. Anak-anak, share je la sebab mereka tak makan banyak dan di nursery pun baru lepas makan.. Air? Chocolate (Cold) dan Green Tea (Cool).. Air kosong biasa boleh ambil je.. Percuma..

Soft Shell Crab Burger
Soft Shell Crab Burger

Sedikit kekecewaan dari kami bab makanan.. Pandangan pertama tentang cara hiasan apa semua, memang sangat simple.. Biasa sahaja.. Takpe, kalau rasa sedap, tak de hal la.. Tapi bila makan, kategori makanannya biasa-biasa sahaja.. Bila makan, rasa macam tak de feel.. Terus rasa kecewa tapi still makan la sebab dah bayar hampir RM 50 kan.. Hehe.. Expectation kami sangat tinggi berdasarkan entri-entri di blog sebelum ni yang memperkenalkan Kafe Moden yang ‘Hipster’ Di Kota Bharu.. 

Fish & Chips
Fish & Chips

Akhirnya kesimpulan yang kami buat, semuanya ok tapi bila sampai bab rasa makanan, alahai.. Sorry.. Pergi untuk kali kedua? Errrmmmm.. Masih dalam pemikiran.. Rasa menu lain ke? Errrmmmm.. Tengok la macamana.. Pada yang masih belum sampai, boleh pergi then komen la di entri ni apa korang rasa.. Mana tahu ada menu yang best kan.. Wassalam..
Read more ...

Gempak SuperStar | Sangat Mengecewakan !!!

Assalamualaikum w.b.t.. Promo demi promo di buatoleh pihak Astro untuk menarik perhatian ramai.. Yes, rasanya memang ramai yang tertarik dan rasa nak tengok apa akan berlaku pada Konsert Pertama Gempak SuperStar ni kan.. Boleh lawan Gegar Vaganza ke? Pelakon kot menyanyi.. Ok.. Dalam kepala, ini program nyanyian kan.. Tanpa tahu apa konsep sebenar program ni, tengok la dulu apa jadi..

Tapi tidak seperti yang disangkakan.. Ingatkan ianya akan menjadi satu program yang akan ditonton lagi minggu depan.. Tapi bermulanya program Gempak SuperStar ni, pengacara dah buat kita rasa, alahai.. Nama besar dalam dunia lakonan, Sharnaaz Ahmad dan Scha Al-Yahya.. Tapi serba tak kena.. Program siaran langsung, memang akan menampakkan mereka tak bersedia.. Nak cepat itu satu hal.. Sampai potong itu ini, tersasul dan lain-lain..


 
Pengacara adalah salah satu peranan penting untuk satu-satu program.. Tambah-tambah lagi kalau program itu LIVE.. Kalau program kurang best, tapi pengacara tersangat best, orang tengok program tu sebab nak dengar celoteh dan apa akan mereka lakukan.. Walaupun over run, kalau pengacara itu pandai cover, penonton selesa.. Tapi untuk Gegar Vanganza, maaf.. Apa-apa pun, gandingan Nabil Ahmad & Jihan Muse masih tiada tandingan!! Peace.. #Sorry #GempakSelebriti

Bermula dengan pengumuman juri tetap dan juri undangan yang macam tak suprise langsung, boleh la dimaafkan.. Then bila juri memberi komen jujur mereka, perlu ke ada orang back up selepas itu.. Kan dah terbantut komen mereka.. Program ni dah jadi macam program AF dah.. Tiba-tiba rasa macam tak faham apa konsep sebenar program ni.. Dato' Ramli MS sepatutnya salah seorang juri bukannya belakang tabir kot.. Sebut pasal konsep, terus jadi tak faham bila peserta pertama, Arja Lee membuat persembahan..

Bermula dengan sketsa macam teater, dalam kepala berfikir, oooo.. Ini cara Arja pilih untuk memulakan nyanyian.. Takpe la.. Next, Dazrin.. Eh! Drama juga mula-mula.. So sampailah ke peserta terakhir, Izreen la yang memulakan persembahan dengan lakonan.. Ok.. Mereka pelakon.. So memang sehingga ke final akan mulakan dengan lakonan la ya? Boring.. Dari situ memang dah tak tahu apa konsep program ni.. Dan perlu ke sebenarnya program ni? Dah macam program Audition terbitan NTV7 dulu-dulu kala.. Yang berbez hanyalah program Gempak SuperStar ni ialah pesertanya dah superstar dalam lakonan tapi untuk Audition tu baru semulanya..

Mungkin program ni diwujudkan untuk suka-suka sahaja.. Tak fokus pada nyanyian.. Tak fokus pada lakonan.. Sekadar mengisi masa penonton di malam Ahad.. Tahap nyanyian, walaupun mereka pelakon, ini pertandingan kot.. Faham-faham je la.. Tapi dalam ramai-ramai tu, ada sorang dua yang betul-betul boleh menyanyi.. So harapnya mereka la menang..

Memang program kosong untuk Minggu Pertama ni.. Minggu Kedua nak tengok lagi ke? Kalau tengok pun mungkin ulangan atau yang telah direkodkan.. By the way, good semula dan harap boleh improve.. Sangat-sangat kecewa.. Bagaikan indah khabar dari rupa.. Wassalam..
Read more ...

Friday 8 April 2016

Maxis Kemaskini Pakej One Plan – Tingkatkan Kuota Data Untuk Semua Pelanggan

Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum yang isu Maxis ni memang viral dalam minggu ni kan.. Jadi hari CEO Maxis Morten Lundal hari ini membuat pengumuman mengejut melalui Facebook Live dan diselitkan permintaan maaf kepada pelanggan Maxis sedia ada.. Isu apa sebenarnya? Sebenarnya ia lebih kepada isu rasa pelanggan tidak dihargai dan membandingkan pakej dari telco yang lain.. Seterusnya pelanggan itu terus membuat keputusan untuk tukar ke telco yang lain walaupun terpaksa membayar sejumlah wang.. Ianya dikatakan berbaloi jika terus bertahan.. So! Disebabkan itulah, pengumuman mengejut ini di buat supaya dapat memujuk pelanggan Maxis terus kekal..


Yang pasti, mulai Mei 2016, pelan baru ni, pelanggan sedia ada Maxis One Plan dengan pelan kuota 1 GB akan ditingkatkan ke 5 GB.. Pelanggan pelan 3GB pula akan ditingkatkan ke 8 GB.. Dan.. Satu lagi.. Untuk bulan April 2016, bermula 16 April, kesemua pelanggan Maxis One Plan akan menerima kuota data sebanyak 3 GB secara percuma bulan ini.. Ianya sebagai tanda mohon maaf atas kesilapan..

So kepada semua pelanggan Maxis, any comment?
Read more ...

De'Xandra Perfume | Harga Mampu Milik Perfume + Free Gift !

De'Xandra Perfume | Harga Dapat Perfume + Free Gift !

Assalamualaikum w.b.t.. Dah pernah try De'Xandra Perfume? Atau yang sedia ada sudah hampir habis? Jangan tunggu habis, nanti tak de perfume pula.. By the way, pihak DeXandra Perfume Original 0179773382 di Facebook dan Instagram zaraadam_online sekarang menawarkan De'Xandra Perfume dengan harga RM 65 sebotol tetapi kalau beli dua botol dan ke atas, harga akan jatuh RM 60 sebotol.. Bayangkan beli dua samada untuk diri sendiri atau kongsi, dah jimat RM 10.. Paling penting, ada FREE GIFT juga nanti.. So tunggu apa lagi, whatsapp 0179773382 sekarang untuk tempahan dan pertanyaan..

Follow Instagram zaraadam_online


De'Xandra Perfume, memperkenalkan satu perfume yang sangat murah dan tahan lama.. Dan paling penting ialah boleh bawa solat.. De'Xandra Perfume.. Mesti dah ada yang pernah dengar dan mungkin kali pertama dengar.. Kalau mana-mana yang sudah biasa pakai, memang dah tahu akan kewangian yang ada, ketahanan bauan perfume itu dan harganya.. Mana-mana pembaca yang sedang mencari perfume yang sesuai samada untuk wanita mahupun lelaki, inilah lah pilihannya, De'Xandra Perfume..


Ciri-Ciri DE'XANDRA PERFUME

1) TAHAN LAMA DENGAN HARGA BUDGET

Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah KETAHANANNYA.
Dan soalan PERTAMA yang sering di tanya oleh mereka sebelum membeli ialah
" TAHAN LAMA tak perfumes awak  ni?" atau
" Berapa jam ketahanan perfumes ni?

Dengan memberikan pilihan kepada penggemar jika mahukan yang TAHAN LEBIH LAMA sudah tentu pilihan utama adalah ORIGINAL PERFUMES, tetapi masalah BUDGET menjadi kesukaran kepada mereka

Oleh itu, beliau telah membuat kajian tentang pati perfumes dan mendapati pelbagai kilang pengeluaran perfumes yang mempunyai kualiti dan ketahanan tersendiri . DE'XANDRA akhirnya telah di hasilkan daripada pati yang terbaik dan selamat digunakan dengan harga budget.

2) BOLEH BAWA SOLAT

" Boleh bawa solat tak?" 

​Walaupun sudah berkali-kali ustaz , ustazah dan pihak jakim mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya.

Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol terbaik dari ekstrak tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah dari Ekstrak tebu dan ianya  boleh di bawa solat.

3) BOLEH BAWA TRAVEL

Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh di bawa hand luggage dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa. 

Dengan kandungan 35ml, membantu ramai untuk bawa De'Xandra TERBANG bersama. 

CIRI-CIRI lain yang ada pada DE'XANDRA PERFUMES

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA

De'Xandra Perfume ini boleh dipos terus kepada pembeli! Jika beminat, boleh whatsapp ke no. di bawah :

Contact : 0179773382

Follow Instagram zaraadam_online
Read more ...