Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 30 March 2016

Bila Adam Fitri Bersongkok & Berjubah !

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya dah lama teringin nak pakaikan Adam Fitri jubah.. Jubah yang Adam pakai ni sebenarnya atok dan nenek belikan masa tunaikan umrah bulan Disember lepas.. Tiba-tiba hari Isnin lepas, Mama dia rasa nak pakaikan jubah tu.. Songkok tu baru beli sehari sebelum tu untuk bekalan hari raya nanti.. Jarang-jarang nampak kat sini, orang pakai jubah dengan songkok.. Tapi budak-budak, saje-saje pakaikan je la.. Kopiah dah ada tapi tak larat nak carik..


Satu je lagi tak nampak sangat Adam pakai jubah sebab Adam masih tak boleh berjalan.. Kalau boleh berjalan, memang macho la kan.. Sekarang Adam dalam proses nak berjalan.. Dah boleh bangun dengan berpegang pada sesuatu.. Rasanya raya ni mungkin akan dapat berjalan kot.. Insyaallah.. Perkembangan Adam ni memang cepat.. Anak lelaki kot.. Perangai pun berbeza dengan Kakak Zara masa kecil dulu.. Adam ni, kalau nak susu, akan berbunyi sampai la dapat susu.. Kalau geli tekak, memang over bunyinya macam nak muntah.. Haha..
Read more ...

Tuesday, 29 March 2016

Gempak SuperStar | Program Realiti Terbaru Astro 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas berjaya dengan gemilangnya program Gegar Vaganza, Astro memperkenalkan satu lagi program realiti terbaru 2016 iaitu Gempak SuperStar.. Kalau Gegar Vaganza menghimpunkan penyanyi lama yang tak aktif dan bawa kembali menyanyi, tetapi Gempak SuperStar pula bawa kalangan pelakon Malaysia ke pentas nyanyian untuk menjadi penyanyi.. Siapa artis yang terlibat?


Senarai Peserta Gempak SuperStar 2016
1. Nazim Othman
2. Tasha Shila
3. Sherry Ibrahim
4. Siti Elizad
5. Raja Ilya
6. Arja Lee
7. Dazrin
8. Izreen
9. Soffi
10. Ryzal

Pengacara? Serius nak tengok Nabil Ahmad dan Jihan Muse.. Tapi dengarnya, pengacara program ni akan diberikan kepada Sharnaaz Ahmad.. Ahad ni, 3 April ni adalah Konsert Prelude Gempak SuperStar dan Ahad 10 April pula akan bermula dengan Konsert Siaran Langsung Pertama Gempak SuperStar. Camne kehangatan program baru ni? Kena la tunggu.. 

Read more ...

Monday, 28 March 2016

Bila Isteri ke Jualan Promosi Siti Nurhaliza X Ariani

Assalamualaikum w.b.t.. Sabtu baru ni wife ada whatsapp satu gambar tudung koleksi Siti Nurhaliza di Ariani.. Nampak cantik.. Harga pun ada less ni.. Masa tu wife hantar gambar Instant Erina yang harga asal RM 149,  jadi RM 75.. Lepas bincang-bincang, ok la, Eraz setuju nak belanja wife dua tudung.. Dia happy, kita lagi la happy kan.. Try untuk terjah pergi pada malamnya tu juga sebab lepas ni tak tahu ada free masa ke tak kan.. Tapi Ariani ni tutup awal.. 8.30 malam dah tutup.. So decide pergi semalam selepas ambil anak di nursery.. Memang kami berempat la masuk sekali.. Adam for sure kena bergilir dukung sebab baru dapat merangkak kan..


elajah punya jelajah dalam kedai tu, nampak macam tak berkenan dengan jenis kain tudung tu.. So decide untuk beli design yang lain.. Kita orang lelaki ni, tengok macam sama je semua.. Kain tu panas ke atau sejuk bila pakai, mana la tahu kan.. Kalau nak tanya pendapat pasal corak dan warna, boleh la.. Design Ariani memang setengah tu memang cantik.. Kalau simple pun, mereka akan bermain dengan warna atau manik-manik kan.. Sebab tu la ada harga yang 400 lebih kan.. Lagi mahal pun ada.. Tapi masa SALE la ramai orang pergi beli.. Kalau less tu bawah dari RM 100 ok la untuk tudung kan.. 

So semalam, sempat la rembat 3 helai rasanya dan beli kan satu untuk Zara.. Zara memang suka mengikut Mama dia pakai tudung.. Kadang-kadang tu lama dia pakai, kadang-kadang tu, sekejap je.. Dalam kereta tu rasanya ada banyak dah tudung dia pakai.. Kadang-kadang pakai dalam rumah, masa kereta, gerak separuh jalan, nak buka.. Biasa la budak umur 2 tahun lebih kan.. Masih lagi bertatih nak belajar..
Read more ...

Sunday, 27 March 2016

Masa untuk Renew Roadtax Kali Kedua Tahun 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau ikutkan jadual hari ni, memang padat.. Dari pagi sampai ke petang kot.. Maafkan Papa, hari ni anak-anak kena ke nursery sebab kena bagi laluan untuk Papa settlekan hal ni.. So! Lepas je hantar anak-anak ke nursery, macam ala-ala nak pergi kerja, terus ke AmBank Kota Bharu untuk renew roadtax kereta wife.. Itu yang tajuk renew untuk kali kedua tahun 2016.. Kereta Eraz dah selamat Januari baru ni.. Sebut bab roadtax, ramai yang kerut dahi sebab kena keluarkan duit kan.. Tapi tetap kena spend duit sebab nak guna hari-hari kan..


Jarang-jarang berlaku dapat No. 1 ni kat kaunter ni.. Haha.. Macam happy pun ada.. Harap dapat settle awal sebab lepas ni nak teruskan hal kedua untuk hari ni pulak.. Fikir-fikir, duit memang keluar macam air mengalir la hari ni.. Tapi tak boleh di elak as usual.. Kang berbahaya kepada pengguna kereta.. Orang yang kita sayang jugak kan.. 

Read more ...

Friday, 25 March 2016

Budak USM Panggil School

Assalamualaikum w.b.t.. Baru-baru ni ada viral satu tweet dari #RupublicUSM.. Ayat simple sahaja.. Tapi sebenarnya mungkin ada yang tak perasaan.. Kebanyakan universti memang menggunakan perkataan fakulti untuk merujuk kepada fakulti atau pusat pengajian kan.. Tapi pelajar-pelajar USM memanggilnya dengan nama School.. Bukan fakulti macam budak-budak universiti lain.. Kalau sebut fakulti dalam USM, memang mereka akan menukarnya kepada School.. Bunyi mcam pelik kan.. Macam duduk di sekolah-sekolah..


Di USM tu sendiri tak de perkataan fakulti.. Mereka menggunkan Pusat Pengajian.. Contohnya Pusat Pengajian Sains Komputer.. Daripada situ kot lama-kelamaan perkataan school tu muncul.. Sama juga dengan hostel atau asrama.. Sesetengah universiti panggil kolej kediaman, asrama dan seangkatankan.. Tapi USM memanggilnya Desasiswa.. Contohnya Desasiswa Restu, Cahaya Gemilang.. Kalau Eraz dulu, masa tahun pertama dan kedua, duduk di Cahaya Permai.. Tapi nama dah tukar sekarang..

#Kenangan 2002 - 2005 di Pusat Pengajian Sains Komputer, Desasiswa Cahaya Permai, Desasiswa Cahaya Gemilang dan Desasiswa Restu

Read more ...

Thursday, 24 March 2016

Calon Top 5 ABPBH 29 Yang Sangat Mengarut !

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam rasanya dah diumumkan senarai calon Top 5 untuk ABPBH 29 bagi tahun 2015 ni.. Masa tengok pencalonan awal, rasanya macam ada la lagi logiknya.. Banyak nama besar dan popular yang mungkin akan terisi untuk ke Top 5.. Pada mulanya tengok bila ada beberapa kategori utama digabungkan antara wanita dan lelaki, rasa macam tak lain macam.. Tapi bila munculnya calon Top 5 ni, rasa macam lagi mengarut.. Kalau satu dua kategori, boleh la dterima.. Tapi kalau boleh dikatakan semua, hahaha je la.. Hehe.. 

Ini hanyalah pendapat peribadi.. Biasalah kalau bermain dengan undian peminat, semua ni sebenarnya tidak mustahil tapi logiknya tu kadang-kadang tak de la lari jauh sangat.. By the way, siapa-siapa yang berminat untuk tengok calon Top 5 ABPBH 29 ni, boleh tengok di bawah :


Artis Baharu Lelaki Popular - Mana nama besar macam Hafiz Roshdi, Syamil AF dan lain-lain pelakon or penyanyi? Artis Baharu Wanita Popular - Siapa Falisha Crossley? Nana Sheme pun ada? Errrmmm.. Tak pe la, kategori artis baru, biasala muka baru..


Pelakon Filem Lelaki Popular - Ok la, tapi mana nama besar yang lain macam Aaron Aziz, Zizan Razak dan lain-lain kan? Peminat ramai rasanya.. Pelakon Filem Wanita Popular - Emma Maembong filem apa ek? Fathia Latiff?? Nur Risteena? Alahai.. 


Pelakon TV Lelaki Popular - Ok la berbanding dengan kategori lain di atas.. Orang lama macam Faizal Hussein pun terselit.. Pelakon TV Wanita Popular - Emma ok la.. Fathia pun ok la.. Elizad pun ok.. Saleha.. Dua kategori nampak.. Ramai betul peminat dia.. Erma Fatima tiba-tiba muncul!


Penyanyi Lelaki Popular - Ir Radzi? Syed Shamim? Adoi.. Kategori Lelaki Popular kot.. Malas nak komen panjang.. Hehe.. Penyanyi Wanita Popular - Munculnya Aishah Aziz dan Eleena Harris, sangat errrrmmmmmmm.. Hehe..


Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular - Ok la rasanya kan? Artis Komedi Popular - 4 lelaki dan 1 wanita.. Yang wanita Zulin Aziz? Memang dia ada nama tapi mana hilangnya pemenang tahun lepas, Didie Alias? Jihan Muse pun tak de kot..!


Artis Versatil Popular - Kategori baru.. Calon-calon memang ada nama.. Siapa-siapa la masuk pun sebab rasanya kategori ni tak akan wujud lama.. Pengacara TV Popular - Wak Doyok wei.. Haha.. Hazlin Hussein ok la.. Izreen Azminda? Satu program je kot.. Mana Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang ada pengacara Gegar Vaganza yang kebaboom tu..? Fara Fauzara pun hilang..


Penyampai Radio Popular - Ini pun lucu.. Korang tengok la sendiri.. 

Apa-apa pun, ini memang pilihan peminat mereka.. Eraz cumalah pemerhati.. Tak de buat undian pun.. Pernah berlaku mengikut ramalan ramai, kumpulan peminat sangat giat mengundi di akhbar untuk artis mereka.. Disebabkan kena memilih 5 orang dalam ramai-ramai calon, mereka akan pangkah artis mereka dan empat artis lain lagi mesti pilih dikalangan yang tidak berapa popular untuk mengurakan jumlah undian.. Sebab tu senarai calon top 5 jadi huru hara.. Sekali lagi, ini hanyalah pendapat peribadi, korang mesti ada pendapat korang kan.. Wassalam..

Read more ...

Wednesday, 23 March 2016

The Manhattan FISH MARKET | Kota Bharu


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, baru ni sempat dan berpeluang bawa wife, Zara dan Adam ke The Manhattan FISH MARKET yang ada di KB Mall.. Baru je buka lagi.. Satu-satunya The Manhattan FISH MARKET di Kelantan.. Pernah try juga semasa di KL tetapi lain rasanya sebab bersama kawan-kawan kan.. Tapi kali ni dengan family pula.. Memang masa datang tu tak plan nak makan apa, so bila sampai sana, baru study menu apa yang best dan sedap mata memandang.. Banyak juga nampaknya yang menarik.. Tapi gambar-gambar di bawah ni ialah hasil apa yang kami order.. 

Untuk Papa

Untuk Mama

Untuk Zara

Kongsi Bersama

Kalau sampai bab air, memang macam ni la kami.. Memang tempah satu sahaja.. Wife memang tak suka sangat air manis atau berkarbohidrat atau sewaktu dengannya la.. Air suam je la air dia.. Zara pun sama, order air suam tapi dalam masa yang sama, kongsi dengan papa la air apa yang special kan.. Adam? Anda kecik lagi.. Tak order apa-apa.. Tapi suap mana yang boleh.. Alhamdulillah hari tu Zara makan dengan elok macam sebelum-sebelum ni.. Takde minta nak turun dari Baby Chair tu.. Adam pun sama.. Tapi bila ada anak sebesar Adam, memang makan bergilir tu pasti la.. Adam tak berapa nak selesa duduk dalam Baby Chair lagi.. Sekejap boleh la..

Ok bab makanan.. Jujurnya semua yang ditempah ni habis.. Kami kongsi-kongsi la rasa semua kan.. Kalau tak membazir dan rugi la kan.. Semua boleh dikatakan fresh dan sedap.. Kena la dengan citarasa kami.. Kalau nak dibandingkan harga dengan makan di kedai biasa yang lain, kira macam berbaloi la.. Bayangkan kalau bayar harga makan dengan harga yang ditetapkan tapi dapat makanan yang tak best dan tak habis.. Rasa macam rugi giler kan.. But hari tu, alhamdulillah..

Masa datang tu, orang tak ramai sangat.. So memang dapat tempat yang selesa la untuk anak-anak dan isteri.. Layanan pekerja The Manhattan FISH MARKET? Alhamdulillah.. Tiada masalah.. So boleh ulang datang..
Read more ...

Tuesday, 22 March 2016

Aktiviti Luar Bersama Anak Selepas Balik Kerja

Assalamualaikum w.b.t.. Salah satu aktiviti luar bersama anak-anak kalau ada masa selepas balik kerja.. Kerja ni kadang-kadang balik lambat, ada ketika balik awal.. Tapi kalau ada masa untuk balik awal, memang akan bawa anak-anak jalan-jalan kat luar sebab nak bagi mood riadah sikit.. Kalau tak sempat nak jalan-jalan pun, selalu Zara yang dah besar sikit tu tolong Mama atau Papa kemas kawasan depan rumah.. Tak nak hanya mereka habiskan masa di dalam rumah sahaja.. Rasa bersalah pun ada.. Mungkin bila Adam dah besar sikit, boleh buat jadual hari-hari tertentu untuk aktivit riadah ni.. 


Kalau ditenggokkan dalam gambar di atas, masa ni kami bertiga tanpa Mama keluar jalan-jalan di petang hari.. Si kakak tu memang tak payah nak cakap apa la.. Kalau keluar jalan-jalan memang dia suka.. Dia jalan je sendiri tapi tak bagi jauh sangat.. Kalau jalan sibuk sikit, memang Zara akan jalan tepi Papa.. Kalau ada kereta atau moto, dia akan berhenti sekejap atau datang peluk kaki Papa.. Atau terus pegang tangan.. Mungkin dia rasa nak selamat dan bagus la kan.. Memang kena lebih berhati-hati..

Adam.. Adam ni kadang-kadang dukung macam tu je.. Kadang-kadang bawa keluar stroller.. Yang pasti, dua-dua dia ok dan duduk baik-baik.. Zara ni memang dah biasa kalau keluar berhampiran dengan kawasan taman ni, mesti akan menuju ke kedai jual waffle dan ice blended.. Harga memang tak mahal la sebab kakak yang berniaga tu target budak-budak kawasan sekitar tu je.. Dan yang pasti, memang sentiasa penuh.. Kita tengok pun seronok kan.. Apa-apa pun, memang Eraz sendiri rasa macam puas hati kalau dapat bawa anak-anak keluar jalan-jalan macam ni..
Read more ...

Monday, 21 March 2016

Main Di Taman Permainan Tengah Panas Pun Layan

Assalamualaikum w.b.t.. Ini pun sama.. Masih kisah di Kuala Terengganu.. Ini mulanya idea Mama Zara.. Lepas tu, Zara bila dah nampak, memang nak la pergi main.. Tak pe la, layan je la.. Masa anak nak main ni.. Sebab Adam tak berapa pun nak bagi ambil angin luar, dukung sekarang tapi duduk bawah pohon asmara yang teduh tapi berangin.. Kami bergilir pegang Adam untuk layan Zara main itu ini.. Banyak mainan tapi bagi dia main buai dan gelengsor je la.. Gelengsor ok la lagi sebab teduh kan.. Main buai tu yang tak tahan, tengah-tengah panas.. So sekejap je la.. Nasib baik makan pujuk untuk berhenti..


Si Mama pun sama naik la walaupun berbaju kurung.. Panas-panas pun layan la anak.. Dia berbaju kurung sebab baru balik dari majlis perkahwinan sepupu dia.. So sebab dah check-out apa semula, kira tak salin baju dah dan terus balik ke Kota Bharu.. Tapi sebelum balik ke Kota Bharu, kita singgah dulu dan layan ICT Haji Pok Long, Pantai Teluk Ketapang (entri semalam).. Ada masa sikit ni.. Taman mainan ni sebelah kedai tu je.. Tak boleh lama sangat.. Kesian pada anak.. Kire buat bekal dan alas perut untuk perjalanan balik ke Kota Bharu..
Read more ...

Sunday, 20 March 2016

AirAsia Memang Tiada Makluman Delayed Ke Sekarang?

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah diberikan kesihatan yang agak baik berbanding semalam.. Kalau dibandingkan semalam yang tak larat tu, hari ni memang better la.. Terus makan ubat ikut jadual supaya aktiviti esok dan seterusnya sehingga balik Kota Bharu tidak tergendala.. Punyalah risau terlambat naik flight tadi tapi bila sampai delayed rupanya.. Bukan selalunya AirAsia sms kepada penumpang ke kalau delayed? Ke sekarang tak? Ke Eraz ada tick apa-apa masa beli online baru ni? Kalau tahu delayed, takde la nak rushing sangat kan.. 


Perasaan bila nak berjauhan dengan anak ni memang tak boleh nak cakap.. Setiap kali pun akan sama je.. Nasib baik la juga sebab habiskan masa dengan kategori berharga tadi.. Takde la teringat sangat.. Zara dah ok sekarang.. Kalau dulu nak pergi nursery pagi-pagi, mesti ada babak menangis sekali sekala.. Tapi sekarang no more.. Adam Fitri ok setakat ni.. Apa-apa pun, semoga penerbangan malam ni selamat semuanya.. Harapnya tak delayed lagi..
Read more ...

Gambar Perkahwinan Jihan Muse & Ungku Hariz

Gambar Perkahwinan Jihan Muse & Ungku Hariz | Assalamualaikum w.b.t.. Kalau bukan tengok gambar Majlis Berinai Jihan Muse malam Jumaat baru ni, mesti tak tahu yang Jihan Muse akan berkahwin.. Pandai dia sembunyi kan tarikh dari semua.. Ura-ura tu pernah la dengar.. BTW, Tahniah kepada Jihan Muse dan Ungku Hariz atas perkahwinan mereka yang berlangsung pada petang ini, Ahad.. Tahniah juga sebab follower instagram Jihan Muse nampaknya dah 1 million.. Wow.. Harap rezeki Jihan dan Ungku Hariz bertambah-tambah murah lepas kahwin ni.. Mana tahu menang ABP tahun ni kan.. Ini antara gambar yang Eraz ambil di Instagram Jihan Muse..







Read more ...

Bukan Denggi

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Dah selesai jumpa doktor.. Yang positifnya, bukan denggi.. Alhamdulillah.. Boleh la fly pergi KL malam ni walaupun tak mengemas satu benda pun lagi.. Risau la sebab demam kali kedua back to back walaupun antibiotik sebelum ni habis kan.. Simptom yang sama.. Nak makan pun jadi tak de selera di buatnya.. Sampai sekarang ni pun belum makan lagi ni.. Teringin nak makan ala-ala sup gitu.. Mana la nak cari ni..


Sepatutnya hari ni ialah hari Papa habiskan masa dengan anak-anak.. Tak perlu pergi nursery.. Tapi terpaksa la hantar Zara dan Adam ke nursery sebab Papa tak larat.. Nasib baik anak-anak ok setakat ni.. Demam mereka tidak berulang.. Risau jugak kan kalau nak tinggal mereka kalau demam sebab Mama dia pun baru nak ok dari demam.. So complete la satu keluarga demam kali ni.. Sakit badan tu yang tak tahan.. Lenguh-lenguh.. Lepas tu sakit kepala lagi.. Dan sakit tekak.. Adoi.. Harap ok la lepas makan ubat..

Read more ...

Kenapa Demam Datang Balik !

Assalamualaikum w.b.t.. Masih lagi di klinik untuk buat check up kali kedua selepas pergi klinik yang lain Isnin lepas.. Antiobotik habis.. Demam pun dah ok hati Selasa dan seterusnya.. Ingatkan dah ok la.. Tapi malam semalam, simptom tu datang balik.. Sama macam hari tu.. Badan jadi sejuk.. Badan panas.. Sakit kepala.. Lenguh kaki dan bahagian-bahagian tertentu badan.. So hari ni try buat check up untuk denggi la terus.. Risau jugak ni.. Malam ni nak g KL.. 


Pergi KL dengan dua tujuan.. Kerja dan Personal.. Serba salah nak cancel tiket flight sebab dah beli semua dan pergi pula berdua dengan Mak.. Tak sanggup la nak biarkan mak pergi sorang-sorang kan.. Lagi pun pergi tak lama kot.. Selasa dah balik.. Kira macam redah je la.. Hope dapat bertahan..

Dah buat check up tekanan darah tinggi, macam ok.. Demam? Suhu memang tinggi sikit la.. 38.8 rasanya.. So sekarang sedang menunggu panggilan untuk berjumpa doktor.. Kalau klnik ni memanh dikenali menunggu lama.. Tapi disebabkan sevice doktor ini boleh dikatakan terbaik dan boleh check denggi, sabar je la menunggu walaupun dah dua kali tertidur atas kerusi.. 

Read more ...

Saturday, 19 March 2016

Layan ICT Haji Pok Long, Pantai Teluk Ketapang

ICT Haji Pok Long, Pantai Teluk Ketapang | Assalamualaikum w.b.t.. Teringat-teringat lagi isi ketam dan udang celup baru ni.. Al-kisahnya biasa la kalau pergi Kuala Terengganu.. Kalau tak terjah sekejap di kedai makan seafood celup tepung ni, rasa macam tak sah.. Terutama sekali kalau dah tahu kualiti makanan di situ memang sedap kan.. So untuk kali ke berapa tak pasti, semasa ke Kuala Terengganu baru ni, sebelum bertolak balik ke Kota Bharu, singgah sekejap di kedai ICT Haji Pok Long, Pantai Teluk Ketapang.. Kawasan tu juga dikenali kawasan belakang airport Terengganu dan berhampiran pantai..

ICT Haji Pok Long, Pantai Teluk Ketapang
ICT Haji Pok Long, Pantai Teluk Ketapang

Jujurnya memang sedap.. Ketam yang besar tu walaupun harga boleh agak, tapi isi dia memang sangat sedap dan banyak.. Memang fresh.. Sama macam sotong.. Bila gigit rasa macam ala-ala kenyal atau mungkin rapuh, entah la, tapi memang sedap.. Ikan tu bukan favourite Eraz samada sedap atau tidak.. Itu wife punya.. Udang pula khas untuk Zara Faleesya yang memang sangat suka udang.. Alhamdulillah semua kami berjaya habiskan.. Memang rasa nak repeat datang semula la.. 

Sebelum pernah sampai dengan adik serta family sebab adik dulu pelajar UMT.. So dah dekat la dengan universiti kan.. Baru ni pula datang dengan rakan-rakan sepejabat berlainan cawangan.. Tempat yang sama juga.. Tapi kali ni tak lama la sebab kalau baca entri sebelum ni, Adam Fitri masa tu demam.. So kami singgah ala-ala macam buat alas perut la.. So, kalau siapa-siapa ke Terengganu, boleh la ke ICT Haji Pok Long, Pantai Teluk Ketapang ni.. Serius berbaloi..
Read more ...

Gambar Malam Berinai Jihan Muse

Gambar Malam Berinai Jihan Muse
Gambar Malam Berinai Jihan Muse

Gambar Malam Berinai Jihan Muse | Assalamualaikum w.b.t.. Pada semua peminat Jihan Muse, semalam menjadi pasti yang mana Jihan Muse akan menamatkan zaman bujang dia dalam masa terdekat ni.. Jihan sendiri telah upload gambar malam majlis berinai dia sendiri di Instagram.. So! Hari ni Eraz nak kongsi beberapa gambar sekitar majlis berkenaan yang mana Jihan Muse yang akan menjadi isteri kepada pelakon, Ungku Hariz.. Mereka akan dinikahkan pada hari Ahad ini dalam satu majlis tertutup di Shah Alam.. Memang percintaan mereka ni bukan tak de orang tahu.. Mereka terbuka cuma Jihan sendiri tidak suka diberikan publisiti.. Sembilan tahun kot bercinta..

Gambar Malam Berinai Jihan Muse

Majlis Malam Berinai ni bagi sesetengah selebriti ni perkara biasa sahaja.. Sama macam Jihan Muse yang memilih tema Baba & Nyonya.. Dan nampaknya semua kawan-kawan Jihan yang ada berpakaian kebaya nyonya.. Antara yang hadir ialah Nad Zainal, Sharifah Sakinah, Marsha, Sherry Al Hadad, Nana Mahazan, Nabila Huda, Fara Fauzana, Rafidah Ibrahim dan Azza Elite.. Best friend Jihan macam Zara Zya dan Shila Amzah nampaknya macam tak de.. Mungkin muncul pada hari pernikahan atau perkahwinan.. So inilah antara Gambar Malam Berinai Jihan Muse..

Gambar Malam Berinai Jihan Muse

Gambar Malam Berinai Jihan Muse

Gambar Malam Berinai Jihan Muse

Gambar Malam Berinai Jihan Muse
Read more ...

Friday, 18 March 2016

Amal Letak Air Dalam Baldi Di Musim Panas Dalam Rumah


Assalamualaikum w.b.t.. Cuaca memang sangat panas kan sekarang ni.. Kalau berada di luar, memang boleh rasa kehangatan.. Kalau drive pun, bayangkan kalau aircond tak berapa nak ok, harus berpeluh.. Itu driving, kalau menunggang motosikal lagi la kan.. Tak dapat nak bayangkan bagaimana rasa mereka kan.. Apa-apa pun, kita amalkan yang positif, sama-sama kita buat sesuatu yang baik untuk kesihatan kita terutama dalam tempoh cuaca panas yang melanda sekarang ni.. Ok! Di whatsapp ada kawan-kawan forward kan tentang fenomena cuaca panas sekarang ni.. Cuba baca di bawah ni : 
Dear all, Akibat keadaan Equinox yang akan dtg dlm 3 hari lg kepada Malaysia. Sila tinggal di dalam rumah terutamanya dari 12:00-03:00 pm setiap hari. Suhu akan turun naik hingga 40 darjah Celsius. Ini boleh menyebabkan penyahhidratan dan strok matahari. (Ps: fenomena ini adalah disebabkan oleh matahari terletak secara langsung di atas garisan khatulistiwa.) Sila pastikan semua orang termasuk diri anda terhidrat. Setiap orang perlu mengambil kira-kira 3 liter air setiap hari. Pantau tekanan darah semua orang sekerap yang mungkin. Ramai yang mungkin mendapat strok haba. mandi dengan air sejuk sebagai sekerap yang mungkin.  
Kurangkan pengambilan daging dan lebihkan buah-buahan & sayur-sayuran. Strok haba adalah sangat berbahaya. Letakkan lilin yang tidak digunakan di luar kawasan rumah atau kawasan terdedah. Jika lilin boleh cair, ianya btul2 di tahap yg bahaya. Sentiasa letakkan baldi atau 2 air separuh penuh di ruang tamu & di setiap bilik untuk mengekalkan suhu kelembapan. strok haba tidak mempunyai gejala petunjuk, disebabkan itu ianya sgt berbahaya dan boleh menyebabkan kegagalan organ. Sentiasa periksa kadar lembapan bibir dan mata anda. STAY HEALTH .. 
Hati2 semua.....kemuncak equinox adalah pada 20/3/2016 hari Ahad ini 
Sumber : Whatsapp
Eraz pernah buat satu entri pasal Equinok Dan Cuaca Panas Di Malaysia ni.. Semua info tu dari FB Malaysian Meteorological Department.. Jadi memang betul la info tu kan.. Kalau baca-baca ayat di atas tu, rasanya benar apa yang tertulis.. Cadangan untuk letakkan air dalam baldi dan letak di ruang tamu dan bilik memang betul sebab ingin berikan sedikit kelembapan kepada semua penghuni kan.. Lain la kalau duduk dalam aircond kot.. Minum air ni memang sentiasa penting.. So macam ni, kalau rasa memang betul-betul panas dalam rumah, amalkan la mana yang patut supaya kita jauh dari perkara yang tidak baik.. So?! Sama-sama kita beringat dan ingat mengingati..
Read more ...

Hasil Redeem Drypers Point Shop Sampai

Assalamualaikum w.b.t.. Dalam 10 hari yang lepas kot, Eraz ada buat satu entri bertajuk, 'Tebus Mata Drypers Point Shop di Drypers Baby Club'.. Dalam entri tu Eraz cerita nak redeem Rub-a-Dub Soft Book dengan Clack-and-Slide Activity dengan menggunakan point terkumpul hasil beli Drypers untuk Zara dan Adam.. Semua point melalui kod yang diberikan tu dikumpulkan dalm Drypers Point Shop di Drypers Baby Club.. Alhamdulillah masa tu dah terkumpul sebanyak 5700 kot.. Tapi sebab rasa dah banyak sangat, baik dapatkan mainan untuk Adam kan.. So apa lagi, redeem la dulu semaksima mungkin.. Dan selepas seminggu lebih, sampai juga.. Ingatkan lambat.. 

Rub-a-Dub Soft Book + Clack-and-Slide Activity

Barang percuma kot hasil belikan pampers Drypers untuk anak-anak.. Kalau beli sendiri, boleh tahan juga harganya kan.. Cuba survey.. So daripada membazir buang ke plastik  Drypers tu, ambil la dulu kod di dalam dan key in dalam sistem.. Lepas tu buang je la plastik kalau tak nak guna untuk letak sampah ke apa.. Hehe.. Mungkin ramai yang tak tahu perkara ni.. Kalau nak redeem pampers pun boleh.. Tapi kuantiti yang tak banyak la.. Tapi free la kiranya kan.. Hasil belian.. Senarai barang yang boleh redeem? Semak SINI..

#Boleh la Papa nak buat suprise untuk anak lepas ni.. Hehe..
Read more ...

Thursday, 17 March 2016

Papa Ajar Zara Faleesya Berenang?

Assalamualaikum w.b.t.. Ajar Zara berenang? Memang tak la.. Dia sendiri pun tak tahu mahir ke tak, ini nak ajar anak? Kalau betul serius, kena bawa masuk kelas la kan.. Sebenarnya ini salah satu daripada aktiviti kami semasa menginap di Hotel Permai Kuala Terengganu yang lepas.. Memang plan pun untuk riadah petang kiranya.. Bukan untuk papa or mama, tapi khas untuk Zara.. Jarang-jarang sekali dapat rehat bersama, so luangkan la masa untuk main air kolam kan.. Nama pun budak-budak.. So bila budak-budak nak main, papa or mama la terpaksa main sekali di kolam kanak-kanak tu.. 


Ada bawa Zara ke kolam dewasa.. Tapi sekejap je dia bertahan di situ sebab bosan kot.. Dekat kolam budak-budak, ramai 'kawan-kawan'.. So lepas bawa 'berenang' dua tiga round, terus Zara beritahu papa nak pergi ke kolam sebelah.. Tempat mula-mula dia turun.. Padahal situ ramai orang.. Tak de la bebas sangat kan.. So layan je la.. Memang masa tu khas untuk dia.. Sebelum ni main tak pakaikan pelampung ala-ala life jacket tu.. Tapi sebab baru beli dan terus try bagi dia pakai.. Alhamdulillah, Zara tak de merengek suruh buang.. Dia pakai je sampai habis..

Paling best lagi, Papa Mama tak sempat nak ajak naik masuk bilik sebab risau dia sejuk, dia sendiri yang minta nak naik.. Memang kami nampak dia macam nak sejuk dah.. Lagi satu, mungkin Zara ni tengok dalam tv, lepas pakaikan jacket keselamatan tu, dia macam pandai pulak nak berenang.. Pandai pulak dia libas-libaskan kaki belakang.. Zara nak masuk kelas berenang ke? Hehe.. Apa-apa pun, masa camni la sangat berharga antara parents dan anak.. 

Sepatutnya Adam Fitri pun main sama.. Tapi nasib tak baik dia sebab Adam tiba-tiba demam.. Adam maybe ok, tapi kami la yang frust sebab tak dapat nak ajak Adam main kolam kan.. Hujung bulan ni kami plan nak pergi bercuti di Tok Aman Bali.. So mungkin masa tu tak de halangan lagi.. Insyaallah..
Read more ...

Wednesday, 16 March 2016

Permohonan MyBrain15 Tahun 2016 Dibuka Bermula 16 Mac hingga 30 April 2016

Permohonan MYBRAIN15 Tahun 2016 Dibuka Bermula 16 Mac hingga 30 April 2016Assalamualaikum w.b.t.. Berita baik kepada semua rakyat Malaysia yang berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016, permohonan untuk program MyBrain15 untuk tahun 2016 telah dibuka mulai 16 MAc 2016 sehingga 30 April 2016  Jam 11:59 malam.. Untuk Syarat Kelayakan Program MyBrain15 MyMaster dan MyPhD, boleh disemak terus melalui link di bawah :

Permohonan MyBrain15 Tahun 2016 Dibuka Bermula 16 Mac hingga 30 April 2016

Syarat Kelayakan MyMaster


Syarat Kelayakan MyPhD


Antara syarat umum untuk memohon antaranya ialah mesti orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau Kakitangan swasta; atau Pensyarah IPTS; atau Kakitangan kerajaan / badan berkanun / IPTA ( kontrak / sambilan / sementara ). Syarat tambahan lain, kena refer laman web kat atas la..

Mungkin ini merupakan berita baik yang ditunggu-tunggu oleh ramai rakyat Malaysia.. Tetapi sayang seribu kali sayang kepada Penjawat Awam Tetap, permohonan tidak dibuka kali ini seperti tahun 2015 yang lepas.. Apa-apa pun, sesiapa yang layak memohon, boleh la terus memohon.. Mana tahu rezeki korang kali ni.. Sebelum isi borang secara online tu, kenalah isi betul-betul.. Kalau silap, nanti ditolak pula.. Maklumat lanjut lagi? Boleh refer laman web facebook INI.. Good Luck! Ingat, Permohonan MyBrain15 Tahun 2016 ini, ber tarikh tutup pada 30 April 2016 Jam 11:59 pm..
Read more ...

WW #142 | Superhero Dalam Pendidikan Islam


(Klik Pada Gambar Untuk Besarkan)

(Klik Pada Gambar Untuk Besarkan)
Read more ...

Tuesday, 15 March 2016

Menu Ikan Bakar bertukar ke Menu Room Service

Assalamualaikum w.b.t.. Lagi kisah di Kuala Terengganu baru ni.. Sebelum pergi lagi, wife dah request.. Malam pertama sekali di sana, nak try makan ikan bakar di Kuala Terengganu tu.. Kira cari tempat yang paling best la kan.. So apa lagi, whatsapp la seorang kawan yang memang tinggal dan kerja di Terengganu tu.. Juga whatsapp kat satu group whatsapp.. Up la juga satu status di facebook.. Ya la, setiap orang ada citarasa yang tersendiri kan.. Kita tengok mana jawapan yang banyak so mungkin tempat itu la pilihan utama kan.. Ok! Akhirnya boleh buat kesimpulan, jawapan ramai memberitahu kedai ikan bakar paling best ialah di Kuala Ibai.. Bawah jambatan ke apa tah..


Tapi sedia maklum yang Adam Fitri tiba-tiba demam teruk kan.. Kalau ikutkan hati nak keluar dan makan ikan bakar, memang belasah je keluar kot.. Tapi selesa kah korang keluar makan best-best tapi anak tak selesa di situ.. Mungkin kena dukung ke apa ke kan.. So lebihkan keselesaan anak, jadi kami terpaksa batalkan rancangan untuk dinner ikan bakar.. So malam tu kami ber'santai' sahaja di bilik hotel.. Tapi nak makan apa kan.. Tak kan nak pergi beli bungkus.. Pinggan, sudu semua mana ada kan.. Ok.. Room Service!! Mustahil tak de kan di Hotel Permai ni.. Risalah tak de atas meja.. Sekali duk dalam laci..

First time kot try room service.. Setakat duduk di hotel samada pergi training je, mesyuarat ke, tak pernah la lagi gunakan perkhidmatan room service ni.. Harga sah-sah la boleh tahan kan.. Rasa? Bergantung pada hotel tu la.. Tengok menu yang ada.. Errrmmmm.. Terpaksa la pilih yang biasa makan.. Berbaloikan dengan harga di akan dibayar nanti, dengan makanan yang akan dimakan nanti? Tak pe la, better order dari keluar dan anak tak selesa kan.. Bila ting tong makanan sampai.. Memang betul yang bermain di fikiran.. Belasah saje lah..

Lepas makan secara bergilir, memang tidur awal la kami sambil berjaga kot-kot demam Adam makin teruk.. Zara memang tidur lewat sikit.. Tapi kalau dia dah tidur, memang pagi la bangun.. Adam? Dia tidur tapi kul 3 pagi dia bangun nampak macam ok sikit.. Tak ulik dia tidur, kasi dia main untuk cergaskan badan.. Suap makanan baby kat Adam sebab sebelum tidur tu, dia muntah.. Sampailah pukul 5 dia main, then bagi susu, dia tidur balik.. 
Read more ...

Bila Kena Demam Panas Secara Mengejut !

Assalamualaikum w.b.t.. Al-kisahnya semalam, dalam pada menguruskan Adam Fitri yang demam, sekali Papa nya juga demam secara tiba-tiba.. Wife memang cuti semalam sebab ingin menjaga Adam Fitri yang demam.. Habis satu badan berbintik merah.. Kata doktor, itu virus biasa.. Bergantung kepada antibodi seseorang budak itu.. Tapi di Papa nya pula, malam yang sampai dari Kuala Terengganu tu macam ok je lagi.. Nak tidur malam pun macam ok je lagi.. Tapi alih-alih bangun pagi nak pergi kerja tu, wife kata banda panas giler! Eh! Tapi tetap gagah kan diri pergi kerja juga.. Sampai on time alhamdulillah..

Tapi bila sampai je office, terus mula rasa mengantuk giler, badan rasa berat dan penat giler, sejuk aircond lagi la bertambah-tambah rasa demam ni.. Badan memang tak payah nak cakap la, memang panas sepanas-panasnya.. Tapi tetap terus kan kerja lagi.. Lama kelamaannya, tak tahan juga, telan panadol.. Rasa macam tak ok juga, so decide ke klinik untuk jumpa doktor.. Check-check memang demam panas la.. Kepala dah mula sakit.. Betis ke bawah dah mula sakit.. Sejuk tak payah nak cakap la.. Tapi badan panas.. So doktor bagi la MC sehari.. Sampai rumah, tak sempat nak main dengan anak ke apa, terus tidur sampai ke pukul 6 petang.. Alhamdulillah, lepas bangun tu ok la sikit..


Makan memang tak payah nak cakap la.. Beli nasi kerabu konon nak buat lunch, tapi memang tak sentuh.. Tak lalu langsung.. Dinner? Pun sama.. Walaupun ada tomyam, request buah je.. Memang tak lalu.. Dalam kepala duk fikir, jangan la makin kurus aku ni.. Hehe.. Request nak tidur awal alih-alih bila dah tidur, wife kejut sekali lagi untuk makan ubat sebab badan mula panas balik.. Alahai.. Hari ni? Datang kerja walaupun tak larat sebab pagi ada meeting.. 
Read more ...

Monday, 14 March 2016

Equinok Dan Cuaca Panas Di Malaysia

Equinok Dan Cuaca Panas Di Malaysia | Assalamualaikum w.b.t.. Sehari dua ni memang cuaca sangat panas.. Anak-anak dua-dua dah demam.. Adam masih belum ok lagi.. Diri sendiri dan coming soon.. Badan dah mula panas, duduk di tempat kerja, jadi sejuk, urat dah mula rasa sakit..  Bila buka laman facebook Malaysian Meteorological Department tadi, ada kenyataan media dari mereka tentang Equinok Dan Cuaca Panas Di Malaysia.. Jom ramai-ramai baca kenyataan di bawah ni :


Equinok Dan Cuaca Panas Di Malaysia

Equinok Dan Cuaca Panas Di Malaysia

Cuaca panas dan kering ni memang boleh mengakibatkan banyak penyakit.. Terutama pada anak-anak kecil, orang tua dan semestinya diri kita sendiri.. Perlu banyak minum air untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.. Kadang-kadang bab minum air ni dipandang remeh.. Kita sama-sama cuba la untuk elakkan berlaku perkara yang tak diingini.. Suhu memang sangat tinggi dalam masa sekarang sehingga hujung bulan Mac 2016.. Ber waspada..
Read more ...

Bila Bermalam Dengan Nyamuk di Hotel Permai Kuala Terengganu

Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum melalui entri Kisah di Kuala Terengganu, Eraz sekeluarga ke Terengganu dan decide untuk bermalam di Hotel Permai Kuala Terengganu.. Kami membuat tempahan awal melalui Trivago dan alhamdulillah masih ada kosong.. Pilihan hotel untuk kami kali ni adalah sekadar untuk bermalam dan bagi anak-anak mandi kolam sebagai aktivti riadah mereka.. Lepas google-google, tengok-tengok, terus decide memilih untuk bermalam kat situ la.. Harapnya selesa untuk kami.. Sampai je dalam pukul 4 lebih tu, terus check ini dan terus ke bilik No. 13*.. Ok la biliknya.. Selesa la untuk kami 4 beranak.. Lepas tengok-tengok kawasan, ada tercatat satu notis ini di tingkap.. Tengok di bawah :


Apa tanggapan korang? Alamak, kat hotel pun ada nyamuk ke? Hehe.. Dalam kepala memang kami kata, kalau tak buka tingkap tu, nyamuk tak masuk kot.. Ok.. So kita jangan bukak tingkap langsung sebab aircond pun ada kan.. Tapi nak dijadikan cerita, musuh ketat kami malam tu ialah nyamuk!! Dengan Adam yang demam panas, dapat gangguan nyamuk pula, adoi.. Stress dan tidur for sure la tak cukup kan.. Kalau tahu la ada nyamuk, memang kami akan standby awal-awal kot ubat nyamuk.. Nak bawa kelambu tu, melampau la kan.. Hehe.. 


So hasil gangguan nyamuk, anak-anak pun ada mungkin sorang satu atau dua gigitan dan papa dan mama ni pun kena juga.. Sebab first time bermalam di Hotel Permai ni, jadi kami tak tahu la.. Kebetulan kena bilik bawak kot.. Kalau bilik mahal dan tinggi-tinggi, selamat la kot.. So? Kalau siapa-siapa nak bermalam di Hotel Permai, tanyalah dulu receptionist tu samada bilik tu kemungkinan ada nyamuk ke tak.. Boleh la standyby ubat nyamuk awal-awal.. Kesian la kalau ada anak kecil kan.. Kadang-kadang mereka ni, kalau tidur, mana la nak berselimut.. Adam kena satu di pipi.. Hehe.. Sabar je la..
Read more ...

Sunday, 13 March 2016

Kisah di Kuala Terengganu

Assalamualaikum w.b.t.. Kisah di Kuala Terengganu ni bermula semalam hinggalah hari ini.. Masa taip entri ni, Eraz dan keluarga dah selamat sampai di Kota Bharu.. Alhamdulillah.. Sekarang dah pukul 11.37 pm tapi rasa macam nak taip sesuatu di blog.. Al-maklum la hari ni macam kosong je di sini.. Bermula dengan ajakan dan jemputan pihak keluarga ke satu majlis perkahwinan sepupu wife hari ini, bermulalah plan si bapa untuk anak-anak dan isteri.. Keluarga sebelah mertua ada ajak juga kek Cameron Highlands pada hari Jumaat dan Sabtu, tetapi terpaksa mengecualikan diri kerana wife tak berapa nak ok lagi.. Sorry family.. Tapi ke Terengganu ok la sebab jalan tak mendaki bukit kan..


Perancangan itu ini dibuat untuk dua hari di Kuala Terengganu (KT) tetapi apa kan daya, tak berapa nak mengizinkan walaupun sudah sampai di sana.. Pada awal Jumaat, kami berkemas dan keluar makan, Adam Fitri masih ok.. Tapi bila sampai nak bertolak dan on the way ke KT, badan Adam dah mula panas balik.. Nak patah balik, dah sekerat jalan.. Hotel pun dah bayar.. So teruskan sahaja lah.. Berbekalkan ubat yang ada dan basahkan badan serta kepala Adam, demam nampak on off kebah tak kebah.. Ada ketika dia macam tak bermaya langsung, ada ketika dia bangun main jam 3 hingga 5 pagi semalam, ada ketika dia panas badan, ada ketika badan dia ok.. Semua on off.. Memang kena sabar..

Dan beberapa perancangan kami memang tersasar kerana memikirkan ketidakselesaan Adam.. Walaupun boleh dilaksanakan tetapi Adam tidak selesa, sebagai ibu bapa, pun akan menjadi tidak selesa la kan.. Tak pe family ku, nanti kita buat trip lagi.. Don't worry.. Mungkin bukan masa kita kali ni.. Walaupun begitu, ada beberapa aktiviti sempat dilakukan semasa Adam ok.. Alhamdulillah, wife dan anak-anak suka, syukur.. Nanti kita story morry.. Hehe..

Sekarang? Sampai di rumah semula tadi, sempat bagi Adam dan Zara makan dan lepas tu badan Adam panas balik.. Mandikan dan kasi dia tidur.. Saat ini, badan Adam masih ok.. Bintik-bintik merah timbul di kulit hari ni.. Tak tahu samada campak atau alergik.. Insyaallah esok nak bawa p jumpa doktor..

#Tahniah kepada Izzat dan Sarah kerana sah bergelar suami isteri hari ini, 13 Mac 2016.. Plan asal nak pernah majlis akad nikah Izzat juga tergendala..


Read more ...